Lobak merah memang menjadi pilihan Bugs Bunny! Tahukah anda apa kelebihan dan khasiat kesihatan lobak merah? Jom baca artikel ini untuk ketahui dengan lebih lanjut.
Lobak merah atau nama saintifiknya Daucus carota merupakan sejenis tumbuhan yang menyimpan makanannya dalam bentuk ubi. Ia digunakan oleh manusia sebagai makanan. Lobak merah dikelaskan sebagai sayuran dan menjadi bahan masakan utama yang digunakan secara meluas dalam masakan di Asia dan seluruh dunia sebagai hidangan sampingan.
Lobak merah ini dikatakan mempunyai minyak dan vitamin lengkap seperti A, B dan C, garam, potasium, kalsium, potasium dan alpha karotin.
Apakah khasiat lobak merah?
Ringkasnya, menurut herbalis Nichiolas Culpepper, dalam bukunya ‘The Compelete Herbal’ lobak merah berupaya memecah angin, menyembuh luka, meningkatkan kekerapan kencing dan memecahkan batu karang. Sekiranya daun dihancurkan dengan madu boleh membantu menyembuh luka dan mengurangkan risiko kanser.
Pada awalnya, penanaman lobak merah adalah untuk kegunaan perubatan pada awal abad ke-10. Kemudian, barulah ramai yang mula menggunakannya dalam masakan.
Warna lobak merah datang daripada kehadiran karotenoid dan anthocyanin.
Lobak merah sangat baik untuk kulit kerana mempunyai Vitamin A dan antioksidan yang akan melindungi kulit daripada sinaran matahari. Selain itu, ia dapat menghalang pertumbuhan jerawat, kulit kering, kedutan pra-matang dan membantu anda untuk mendapatkan kulit yang lebih cerah dan sihat.
Lobak mempunyai sifat membersih yang kuat serta berkesan dalam detoksifikasi hati dan amat berkesan untuk merawat jerawat yang disebabkan oleh toksin daripada darah.
Sayuran ini berfungsi untuk merawat tona kulit tidak sekata disebabkan oleh pigmentasi. Vitamin A dan nutrisi lain yang terkandung dalam lobak merah, dapat menyuburkan kulit, mencegah kulit kering dan mencegah kecacatan kulit yang lain.
Jus lobak merah boleh dijadikan sebagai minuman dan ia juga digunakan untuk membaiki keadaan kulit kita. Selain itu, ia juga berguna untuk merawat tona kulit tidak sekata disebabkan oleh pigmentasi. Vitamin A dan nutrisi lain yang terkandung dalam lobak merah adalah sangat berkesan untuk menyuburkan kulit, mencegah kulit kering dan mencegah kecacatan kulit yang lain.
Ini pun berita baik juga untuk mereka yang nak awet muda. Lobak merah dipercayai dapat membantu melambatkan penuaan sel-sel dan pelbagai kesan negatif yang dikaitkan dengan penuaan. Ia juga kaya dengan beta-carotene yang berfungsi sebagai antioksidan untuk membantu badan melawan radikal bebas.
Selain itu, lobak merah boleh merawat mata anda dan mengekalkan penglihatan yang lebih baik. Ini kerana dalam lobak terkandung vitamin A dan B. Retina mata kita memerlukan vitamin A untuk berfungsi. Dalam retina, vitamin A akan berubah menjadi rhodopsin, pigmen ungu yang perlu untuk penglihatan. Kekurangan vitamin ini akan menyebabkan rabun malam.
Lobak amat sesuai dimakan untuk anda yang mengalami masalah mata. Beta-carotene membantu melindungi daripada degenerasi macula dan perkembangan katarak.
Mengamalkan makan lobak merah juga dipercayai dapat mengurangkan tahap kolesterol dalam jantung. Ini kerana, serat larut dalam lobak merah boleh membantu menurunkan paras kolesterol dalam darah.
Lobak merah juga baik untuk menguatkan sistem pertahanan badan untuk melawan penyakit. Lobak merah mengandungi beta carotene, vitamin B dan C , alpha carotene, klasium, dan potasium . Ia adalah baik untuk menguatkan sistem pertahanan badan untuk melawan penyakit.
Lobak membantu untuk membuang toksik dalam badan. Ini kerana lobak merah mempunyai sifat membersih yang kuat serta berkesan dalam detoksifikasi hati dan amat berkesan untuk merawat jerawat yang disebabkan oleh toksin daripada darah.
Berdasarkan kajian dari Universiti Harvard, sesiapa yang kerap makan lebih daripada enam biji lobak merah dalam seminggu, peratus untuk mengalami ‘stroke’ adalah lebih rendah berbanding mereka yang hanya makan sebijik lobak merah sahaja dalam pemakanan mereka.
Lebih menarik lagi, anda juga boleh amalkan makan lobak bagi mendapatkan gigi yang cantik.
Lobak bertindak sebagai penghakis semulajadi yang membantu dalam menghapuskan kotoran yang terlekat pada gigi dan gusi. Lobak juga mengandungi mineral semulajadi yang dapat membantu membunuh kuman di dalam mulut dan mencegah kerosakan gigi.
Selain itu, kajian pada tahun 2019 menunjukkan peranan karotenoid dalam lobak yang membantu penjagaan gigi yang lebih sihat dan kuat.
Karotin dalam lobak merah menghalang pertumbuhan dan pembiakan kanser. Kajian menunjukkan dengan makan lobak boleh membantu mengurangkan risiko kanser payudara, kanser paru-paru dan kanser kolon.Ini kerana lobak merah mengandungi falcarinol yang dapat mengurangkan risiko terkena kanser.
Falcarinol adalah racun perosak semula jadi yang terdapat dalam lobak yang melindungi akarnya dari penyakit kulat. Namun, ia tidaklah berbahaya kepada manusia tetapi dapat mencegah kanser.
Bagi perokok tegar, kandungan minyak atrisi, rafanol dan rafarin dari lobak dapat meneutralkan racun rokok. Untuk mengatasi rasa sesak atau penyakit paru-paru akibat terlalu banyak merokok, boleh gunakan perahan air lobak.Minumlah air perahan lobak sekali setiap bulan.
Lobak juga dapat digunakan untuk pelangsingan. Ia dapat membantu mengurangkan nafsu makan kerana mengandungi enzim yang melancarkan pencernaan dan menghalang pengumpulan lemak dalam tubuh badan.
Lobak adalah pilihan yang tepat bagi anda yang ingin menurunkan berat badan.Selain kaya potassium,lobak juga mengandung vitamin B6 dan vitamin C. Serat yang banyak terkandung dalam sayuran ini akan membuat anda kenyang lebih lama.
Pengkaji dari Portugal pada tahun 2014 ada mengulas khasiat-khasiat kesihatan pengambilan lobak merah, antaranya:
da Silva Dias, J. C. (2014). Nutritional and health benefits of carrots and their seed extracts. Food and Nutrition Sciences, 5(22), 2147.
Stinco, C. M., Pumilia, G., Giuffrida, D., Dugo, G., Meléndez-Martínez, A. J., & Vicario, I. M. (2019). Bioaccessibility of carotenoids, vitamin A and α-tocopherol, from commercial milk-fruit juice beverages: contribution to the recommended daily intake. Journal of Food Composition and Analysis, 78, 24-32.
Itulah dia khasiat lobak merah. Jika anda sukakan artikel ini, anda juga pasti akan sukakan perkongsian kami tentang khasiat lobak putih dan khasiat gamat
Artikel ini telah dikemaskini oleh Dr. Muhammad Jefri Mohd Yusof.