Anak-anak ada masa mereka memerlukan perhatian penuh daripada ibu bapanya. Mereka boleh bermain sendiri atau bersama adik beradik yang lain tetapi bila tiba masanya, mereka akan mula bosan dan merengek. Ketika itu, ibu bapa perlu memujuk mereka untuk tenang dan hentikan rengekkan mereka.

Sesetengah ibu bapa runsing kenapa anak mereka merengek walaupun telah diberi makan dan mainan untuk mereka berhenti merengek supaya ibu bapa boleh fokus membuat kerja. Jangan bimbang, sebelum anak anda mula merengek, ada beberapa tanda yang menunjukkan bahawa mereka akan mula merengek.

Kemudian, anda boleh menggunakan 3 cara untuk memujuk anak untuk berhenti merengek. Apakah tanda-tanda anak mula merengek dan cara untuk memujuk mereka?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai tanda-tanda anak memerlukan perhatian dan cara untuk tenangkan anak yang merengek. Info ini dikongsikan oleh Dr. Taufiq Razif. Beliau banyak berkongsikan tips untuk mendidik dan menjaga anak-anak. Beliau juga pengasas “Telegram Channel Parenting” terbesar di Asia. Selain itu, beliau merupakan CEO di The Proparenting. Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr. Taufiq.

Tanda-tanda anak mula merengek

tanda anak perlu perhatian
Imej via Bidadari.my

Boleh jadi Tangki Emosi ( Emotional Tank ) anak sedang kosong sebab :

  • Kita banyak fokus pada anak yang lain
  • Kita banyak fokus pada TV dan handphone
  • Fikiran kita banyak menerawang sangat
  • Kita kurang peluk dia
  • Kita selalu sibuk

Anak kita ni umpama handphone. Walaupun mereka nampak tak kisah, tetapi sampai satu masa ‘bateri dalaman’ mereka akan habis. Ketika itulah anak anak kita sedang dalam keadaan CONNECTION SEEKER :

  • Mereka akan merengek
  • Mereka akan gelisah
  • Mereka akan tanya kita macam macam
  • Mereka akan cari kita sampai jumpa
  • Mereka akan naik belakang kita
  • Mereka akan ikut kita ke mana saja
  • Mereka akan kacau kita
  • Mereka akan buat apa sahaja untuk dapat perhatian kita

Cara-cara memujuk anak yang merengek

Itulah kenapa kita sebagai mak ayah WAJIB buat benda ni :

1. Ambil masa 15 – 30 minit setiap hari untuk fokus 100% pada seorang anak kita. Jadi kalau ada 2 orang anak 30 minit x 2 = 60 minit setiap hari

2. Peluk anak kita sekurang kurangnya 8 kali sehari. Ketika peluk anak, akan ada beberapa jenis hormon seperti Oxytocin, Endorphin dan banyak lagi hormon yang akan bantu menstabilkan emosi kita dan anak anak

3. Ketika kita terlampau sibuk, bagitahu anak kita. Jelaskan baik baik. Sampai suatu masa, mereka akan ada empati untuk memahami keadaan kita.

*Berikut adalah tanda-tanda anak kita akan mula merengek. Walaupun anak kita merengek kerana penat atau bosan, ibu bapa jangan hiraukan mereka. Pujuk mereka secepat yang mungkin dan tenangkan mereka dengan menggunakan 3 cara seperti di atas. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.