Tahukah anda, pengambilan lada hijau juga dapat memberikan kebaikan kepada tubuh badan? Khasiat lada hijau yang pasti ramai tidak mengetahuinya. Hal ini kerana, laja hijau sering dikaitkan sebagai pemedas rasa dan tidak elok untuk dimakan kerana akan menyebabkan masalah penyakit seperti buasir dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, lada hijau juga mempunyai banyak khasiat yang baik untuk badan anda seperti kandungan vitamin yang terdapat di dalam lada hijau akan dibekalkan ke dalam badan anda serta pelbagai jenis nutrisi dan fiber yang pastinya baik untuk badan anda sekiranya diambil dalam kuantiti yang betul.

Kaya Nutrisi dan Fiber

Cili hijau merupakan sayur yang kaya dengan magnesium, iron, potassium, vitamin A, B, C, E dan P serta fiber. Kandungan magnesium yang terdapat di dalam lada hijau dapat membantu tubuh untuk menyerap segala jenis vitamin dan mineral penting yang baik untuk badan. Fiber dapat membantu memberikan pelbagai jenis kebaikan pada badan anda.

Antara kebaikan fiber dalam badan adalah dapat membantu mencapai berat yang ideal, membantu mengawal kadar gula dalam darah, menurunkan tahap kolestrol, menjaga kesihatan usus serta menormalkan pergerakan usus.

Sumber Antioksidan

Imej via [hellosehat.com]

Vitamin di dalam lada hijau menjadi sumber antioksidan yang baik untuk tubuh badan. Kandungan ini mampu memperbaiki sel-sel tubuh yang disebabkan oleh bakteria, dan membantu mencegah pembekuan darah. Antioksidan juga mampu melambatkan proses penuaan.

Antioksidan juga memiliki fungsi untuk menghalang efek negetif yang berasal dari radikal bebas. Semasa proses yang dipanggil pengoksidaan, radikal bebas cuba untuk mencuri elektron daripada molekul lain sama ada lemak, protein atau membran sel. Pengoksidaan menyebabkan kerosakan sel, yang menyumbang kepada penuaan dan penyakit degeneratif.

Meningkatkan Imunisasi Badan

Kandungan vitamin yang terdapat di dalam lada hijau mampu meningkatkan kekebalan sistem imunisasi tubuh badan. Sistem imunisasi yang dikuatkan tentunya dapat melawan pelbagai penyakit. Sistem imunisasi badan yang dipertingkatkan di dalam badan termasuk meningkatkan fungsi sistem pencernaan, membantu menghasilkan sel darah putih serta menjaga serat dan memulihkan fungsi permukaan mukosa.

Kekurangan vitamin A di dalam badan dapat menyebabkan badan mudah terkena pelbagai penyakit. Anda yang mempunyai sistem imunisasi yang lemah mungkin dapat meningkatkan sistem imun dengan memakan lada hijau ini.

Menguatkan Tulang dan Gigi

Cili hijau kaya dengan kalsium yang mampu menguatkan tulang dan gigi. Ia juga mampu mengurangkan risiko osteoporosis dan pendarahan jika tercedera. Seperti yang diketahui, kalsium merupakan nutrien yang penting untuk menjaga tulang dan gigi supaya lebih padat dan kuat.

Kalsium juga berfungsi sebagai sumber mineral yang dapat memberikan kekuatan kepada tulang, gusi dan rahang. Kekurangan kalsium juga dapat memberikan keburukan seperti pereputan pada tulang, gigi, hingga masalah gusi.

Menjaga Sistem Pernafasan

Cili hijau mengandung phytonutrient yang baik untuk sistem pernafasan dan melindungi paru-paru dari penyakit seperti kanser paru-paru, batuk dan asma.

Menjaga Kesihatan Mata

Vitamin A yang terdapat di dalam lada hijau pastinya menjadi salah satu khasiat lada hijau yang baik untuk badan. Vitamin A dikenali sebagai vitamin yang baik untuk kesihatan mata. Salah satu kebaikan vitamin A adalah berfungsi untuk mengubah cahaya yang ditangkap oleh mata menjadi listrik yang menuju otak.

Kandungan anti oksidan yang terdapat dalam vitamin A juga membentuk fotoreseptor rhodopsin. Fotoreseptor rhodopsin dijumpai dalam sel retina yang berfungsi untuk membantu anda melihat dengan baik pada waktu malam. Sekiranya anda mengalami rabun senja, mungkin anda dapat memasukkan lada hijau ke dalam makanan anda.

Menurunkan Berat Badan

Kandungan air yang tinggi tanpa kalori sangat baik untuk menurunkan berat badan. Hal ini kerana lada hijau mempunyai nutrisi yang dapat meningkatkan metabolisme badan. Metabolisme yang telah dipertingkatkan pastinya akan membantu dalam proses pembakaran lemak yang terdapat di dalam tubuh badan.

Vitamin P yang dikenali sebagai bioflavonoid merupakan vitamin yang terdapat dalam tumbuhan dan dikenali sebagai pigmen tumbuhan. Manfaat vitamin P ini adalah dapat mengurangkan risiko diabetes.

Mengawal Stress

Lada hijau juga mengandungi nutrien yang dapat mengawal stress dan membekalkan endorphin yang baik. Hal ini pastinya dapat memberikan emosi yang lebih positif kepada mereka yang memakan lada hijau.

Sekiranya anda makan lada hijau, anda mungkin selalu mempunyai masalah hidung yang berair. Lada hijau juga membebaskan endorfin yang membantu meningkatkan mood dan mengurangkan perubahan mood. Ia juga dikatakan sebagai penghilang rasa sakit.

Menyihatkan Rambut

Kandungan silikon dalam lada hijau juga berfungsi untuk meningkatkan aliran darah yang terdapat dalam folikel rambut. Vitamin C juga membekalkan oksigen ke rambut menjadikannya lebih sihat, kuat dan tidak mudah untuk bercabang.

Vitamin C menjadi sistem pertahanan badan yang dapat menyingkirkan toksik dan radikal dalam baan seterusnya membantu dalam pertumbuhan rambut. Aliran darah yang dialirkan dapat menghasilkan rambut yang kuat dan lebat.

Menjaga Kesihatan Kulit

Khasiat lada hijau yang lain ialah dapat membekalkan kolagen pada kulit. Kandungan antioksidan yang terdapat di dalam lada hijau membantu membentuk kolagen serta dapat mencegah penuaan kulit. Kandungan vitamin C dan E juga mampu mengurangkan masalah jerawat serta melicinkan kulit anda.

Vitamin C bukan sahaja membantu mencantikkan kulit, malah kandungan vitamin C ini dapat memperbaiki kerosakan sel akibt radiasai bebas. Vitamin ini juga melindungi tubuh dari pelbagai infeksi dan mempercepatkan proses penyembuhan luka.

Mengawal Kencing Manis

Sekiranya anda suka memasukkan lada hijau ke dalam masakan anda, anda dapat menyeimbangkan kadar gula yang terdapat di dalam badan anda. Hal ini pastinya akan membawa kebaikan bagi mereka yang mempunyai penyakit kencing manis. Penggunaan lada hijau bertindak mengawal tahap insulin dalam badan.

Membantu Mencegah Barah

Khasiat lada hijau yang menarik juga adalah membantu mencegah barah. Pasti tidak ramai yang menyangka bahawa lada hijau mempunyai manfaat sebesar ini dalam membantu kesihatan tubuh badan. Vitamin E yang merupakan salah satu antioksidan mampu melindungi sel tubuh dari mengalami kerusakan akibat radiasi bebas.

Selain itu, ia bukan sahaja dapat melindungi tubuh badan, malah meningkatkan sistem kekebalan tubuh badan dan melancarkan pembuluh darah serta menyihatkan sel darah merah. Vitamin E juga mencegah penyakit jantung dan mengurangkan sakit akibat osteoporosis.

Membantu Menyembuhkan Selesema

Capsaicin yang terdapat pada lada hijau mempunyai kesan merangsang pada membran mukus hidung. Ia juga membantu menjadikan lebih kurus. Oleh itu lendir mengalir dari hidung dengan cepat dan menyembuhkan selesema. Kandungan capsaicin ini bekerja dengan mengalirkan lendir di saluran pernafasan sehingga anda boleh bernafas dengan lega.

Sekiranya anda mempunyai selesema, anda boleh membuat sup ayam, atau membuat bubur dan mencampurkannya dengan lada hijau. Hal ini pastinya akan membuatkan anda berasa lebih baik.

Anda juga boleh membaca artikel yang lain di website kami seperti:

Rujukan:

Penulis: Saiful Izzuan

Menulis berkenaan tips motivasi dan kejayaan di blog drInspirasi.com. Seorang yang gemar berkongsi mengenai prinsip Kejayaan dan Bakat. Kebanyakan artikel beliau boleh dibaca di www.drinspirasi.com

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.