Ikan keli salai, ikan keli masak berlado, ikan keli goreng kunyit, pecal lele dan macam-macam lagilah hidangan berasaskan ikan keli!
Selain enak dinikmati, ikan keli sebenarnya membawa banyak khasiat kesihatan kepada kita! Ayuh baca artikel ini untuk ketahuinya.
Ikan keli atau nama saintifiknya Clarias gariepinus yang juga dikenali sebagai catfish ialah spesies yang banyak diternak untuk tujuan pemakanan. Bukan sahaja di Asia, ikan ini juga dimakan di negara-negara Afrika, Eropah Timur dan Amerika.
Walaupun kualiti dan rasa ikan keli dari pelbagai negara mungkin berbeza, tetapi ikan disebut-sebut untuk mempunyai banyak nutrien yang baik untuk kesihatan.
Menurut analisis makmal, ikan keli mempunyai kandungan Omega-3 pada kadar 0.51 gram bagi setiap 100 gram, jauh lebih tinggi berbanding kandungan Omega-3 dalam ikan salmon (0.20g/100g), mackerel (0.10g/100g) atau trout (0.40g/100g).
Kadar lemak dalam ikan keli yang berjumlah 9-12 % juga didapati antara yang tertinggi di kalangan mana- mana ikan air tawar atau masin, sama ada yang hidup di perairan tropika atau kawasan beriklim sederhana.
Apakah khasiat ikan keli?
Bagi wanita yang sedang berusaha untuk mendapatkan anak, ikan keli boleh dijadikan antara sumber makanan dalam diet seharian.
Kandungan omega 3 yang tinggi dalam ikan keli mempunyai fungsi untuk ‘menyuburkan’ rahim wanita.
Bagi yang sudah jemu dengan ikan laut seperti ikan kembung, ikan sardin dan ikan parang, ikan keli merupakan sumber omega 3 yang baik selain jauh lebih murah (RM7 sekilo) daripada makanan tinggi omega 3 yang lain seperti ikan salmon (RM100 sekilo), minyak bunga matahari (RM15 sekilo) dan kacang walnut (RM80 sekilo).
Berita baik untuk ibu mengandung, antara kebaikan asid lemak omega-3 (EPA & DHA) yang terkandung dalam ikan keli turut memberi lebih banyak manfaat kepada kesihatan manusia.
Zat ini mampu meningkatkan tahap penglihatan dan sistem saraf pusat bagi fetus dan bayi dalam kandungan.
Diet ikan keli dalam hidangan seharian juga membantu mengurangkan simptom psoriasis dan ekzema.
Para pengkaji di Nigeria pada tahun 2013 telah membentangkan hasil kajian mereka mengenai khasiat nutrisi ikan keli. Antaranya, kandungan Poly Unsaturated Fatty Acids (PUFA) yang terkandung dalam ikan keli dipercayai membantu pengurangan simptom masalah kulit seperti psoriasi dan ekzema.
Kandungan PUFA ini jarang dilihat dalam produk makanan berasaskan ikan yang lain dan produk PUFA daripada ikan keli ini ditawarkan dengan harga yang rendah dan mampu milik yang sepatutnya dimanfaatkan oleh orang ramai.
Ikan keli mengandungi banyak antioksidan yang boleh dimanfaatkan untuk tujuan antipenuaan dan meningkatkan sistem imunisasi tubuh.
Berdasarkan kajian tahun 2011 yang diterbitkan di jurnal Environmental Monitoring and Assessment, ikan keli mengandungi antioksidan yang berkeupayaan melawan serangan radikal seperti peroksida lipid dan bertindak sebagai enzim untuk menghalang serangan bahan-bahan pencemar, contohnya, polyaromatic hydrocarbon (PAH).
Kaya dalam protein dan lemak asid omega-3 serta rendah kolestrol dan lemak tepu. Ia adalah ideal untuk diet untuk kesihatan.
Penyelidikan yang dikendalikan oleh Institut Ikan Keli Amerika Syarikat mendapati bahawa ikan keli yang diternak dan diberi makan dengan pelet mempunyai sumber protein yang baik.
Kandungan protein dari ikan keli dengan sebahagian daripadanya adalah kira-kira 18 gram, kira-kira 8 gram karbohidrat, 0.7 gram serat dan 13 gram lemak.
Setiap 100 gram ikan keli yang mengandungi tenaga 229 kilokalori. Ikan keli juga mengandungi pelbagai vitamin dan mineral seperti vitamin C, vitamin A , vitamin B kompleks, dan juga kalsium , magnesium, fosforus, kalium, natrium, dan zink. Ia juga kaya dengan vitamin D.
Ikan keli yang diternak di ladang mungkin mengandungi kurang merkuri kerana ia telah diberikan diet khas. Ikan keli dari ladang juga mengandungi asid amino 3 lebih rendah tetapi lebih tinggi dalam asid amino 6.
Menurut satu kajian yang diterbitkan oleh jurnal Persatuan Perubatan Amerika, tahap sederhana lemak politepu dan asid lemak omega-3 memberi faedah kesihatan untuk gastrousus.
Satu kajian yang diterbitkan oleh jurnal Persatuan Perubatan Amerika, melaporkan bahawa tahap sederhana lemak politepu dan asid lemak omega-3 memberi faedah kesihatan untuk kesihatan neorologikal atau saraf.
Ikan keli juga membantu pertumbuhan otak dengan kandungan DHA yang terdapat di dalamnya. Otak manusia memerlukan lebih daripada 20 gm DHA.
Ikan keli mempunyai kandungan asid lemak Omega 3 yang tinggi yang datangnya dari sumber pemakanannya iaitu fitoplankton. Kebaikan asid lemak tersebut ialah ia dapat mengurangkan risiko penyakit barah dan jantung.
Minyak ikan yang terdapat di dalam ikan keli ini dapat mengurangkan ketidakstabilan denyutan jantung dan lain-lain. Asid lemak ini boleh mengurangkan risiko pesakit jantung. Ia juga mampu mengurangkan pembekuan darah iaitu punca utama sakit jantung.
Laporan itu juga menyebut bahawa pengambilan satu hingga dua sajian ikan keli seumpama dalam seminggu boleh mengurangkan separuh risiko kematian akibat serangan jantung.
Ikan keli yang tinggi asid lemak omega 3 mengurangkan tahap mikroalbuminuria bagi pesakit kencing manis yang bergantung pada insulin.
Kandungan asid amino yang tinggi dalam ikan keli dipercayai membantu mengurangkan radang akibat penyakit artritis reumatoid. Antara kebaikan asid lemak omega-3 (EPA & DHA) yang tinggi dalam ikan keli ialah mengurangkan kadar bengkak pada sendi bagi pesakit rheumatoid arthritis.
Selain mengurangkan radang akibat penyakit artritis reumatoid, kandungan asid amino yang tinggi dalam ikan keli dipercayai mengurangkan tekanan darah tinggi.
Kandungan omega 3 dan asid amino yang tinggi dalam ikan keli mengurangkan risiko terkena kanser.
Sekumpulan penyelidik dari Jepun pada tahun 2009 telah melaporkan antara sebatian asid amino utama dalam ikan keli ialah glutamat, aspartat, leusin dan lysin.
Sebatian-sebatian ini sangat bermanfaat untuk berpotensi melawan pertumbuhan kanser dengan menggalakkan pembentukan protein untuk sistem fisiologi tubuh yang lebih baik.
Omega 3 dalam ikan keli mengurangkan risiko penyakit thrombosis atau masalah pembekuan darah.
Menurut satu kajian yang diterbitkan oleh jurnal Persatuan Perubatan Amerika, tahap sederhana lemak politepu dan asid lemak omega-3 memberi faedah kesihatan untuk sistem peredaran darah dalam badan
Minyak omega 3 dalam ikan keli membantu mengurangkan kandungan kolesterol jahat dalam badan.
Ikan keli juga baik untuk pembesaran kanak-kanak kerana kandungan DHA yang terdapat di dalamnya. Ia membantu anak menjadi bijak dan fokus ketika belajar.
Antara kajian menarik yang dilakukan ialah pada tahun 2012, penyelidik dari Indonesia mencampurkan isi ikan keli ke dalam biskut untuk dijadikan biskut formula yang mengandungi protein yang tinggi.
Produk yang terhasil ini diterima baik oleh ibu bapa yang melihat perkembangan yang baik dalam kalangan anak-anak mereka yang berusia 5 tahun ke bawah ketika itu.
Selain itu, ikan keli juga mengurangkan masalah tekanan jiwa dengan kandungan DHA yang terdapat di dalamnya.
Tahap DHA yang rendah berkait rapat dengan paras serotonin rendah yang boleh mengakibatkan tekanan jiwa. Keharidan asid amino dalam ikan keli juga memberikan efek yang sama.
…
Itulah dia khasiat ikan keli. Rasanya pun sedap sangat. Anda sukakan artikel ini? Anda juga pasti akan sukakan perkongsian kami mengenai khasiat bunga telang, khasiat daun limau purut, dan khasiat kulit kayu manis.
Artikel ini telah dikemaskini oleh Dr. Muhammad Jefri bin Mohd Yusof.