Sebagai umat islam, kita wajib mengikut 5 rukun islam iaitu mengucap 2 kalimah syahadah, solat 5 waktu sehari semalam, berpuasa, bayar zakat dan menunaikan haji jika mampu. Itu adalah tugas kita sebagai umat islam yang hidup di muka bumi ini. Perkara pertama yang akan ditanya apabila disoal oleh malaitak adalah solat. Maka jagalah solat, jangan pernah tinggal solat.
Solat adalah kunci kehidupan kita untuk bahagia dan menghadapi dugaan di dunia ini. Selain solat, amalan membaca al-quran juga adalah kunci kebahagiaan dan ketenangan dalam kehidupan umat islam. Sejak kita kecil lagi, kita dihantar ke kelas mengaji untuk belajar mengaji bermula dengan mengenali alif, ba, ta dan seterusnya. Jadi, begitu sekali jika kita tidak membaca al-quran.
Semakin kita membesar, kita sibuk bekerja sehingga tiada masa untuk membaca al-quran. Tahukah anda kesan jika kita tidak amalkan bacaan al-quran dalam kehidupan seharian kita?
Mari kami kongsikan info sebenar mengenai 5 kesan negatif jika tidak mengamalkan bacaan al-quran dalam kehidupan seharian kita. Info ini dikongsikan oleh Dr. Taufiq Razif. Beliau banyak berkongsikan tips untuk mendidik dan menjaga anak-anak. Beliau juga pengasas “Telegram Channel Parenting” terbesar di Asia. Selain itu, beliau merupakan CEO di The Proparenting. Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr. Taufiq.
Image via sinarharian
1. Gelisah tiap hari
Kita sebenarnya dalam satu perjalanan dan hati kita faham betul tentang benda ni. Yes, we are all travellers! We are on a journey!
Itulah kenapa hati kita jadi gelisah sebab dia nak kita tunjuk pada dia ke mana dia akan pergi nanti. Dia akan rasa risau dan tak senang duduk kalau lost dan tak tahu nak tuju ke mana. Semua tu tak ada dalam buku teks. Benda ni cuma ada dalam Al Quran.
2. Mudah serabut
Kita akan jadi mudah serabut jika kita tak ada solution pada masalah kita. Cara nak dapat solution direct daripada Al Quran ni mudah je. Ni caranya :
Niatkan untuk cari solution pada masalah kita dan buka secara rawak halaman Al Quran yang ada di depan kita tu. Nescaya kita akan jumpa jawapan yang menakjubkan terhadap masalah yang kita alami. Cuba sekarang tau.
3. Habis idea nak bersembang dengan anak
Bila kita tak baca Al Quran, kita tak tahu sebenarnya dalam Al Quran tu ada beribu kisah Storytelling yang sebenarnya boleh kita jadikan modal untuk bersembang dengan anak.
Storytelling ni sangat powerful untuk ubah cara fikir dan karakter anak. Tu lah kenapa di Barat sana suka baca Bedtime Story pada anak mereka kerana mereka tahu betul tentang betapa powerfulnya sebuah storytelling untuk membentuk karakter anak anaknya
4. Tak ada Quranic Operating System ( OS )
Bila mak ayah tak ada Quranic OS dalam dada, maka agak agak sistem apa yang mak ayah guna untuk bentuk anak anaknya nanti? Jom kita menungkan sekejap tentang benda ni
5. Hilang rasa bahagia
Dato’ Dr Hussamuddin Yaacub, Chairman Karangkraf dan TV Al Hijrah bagitahu saya yang dia dah buat bisnes dan jadi jutawan selama 40 tahun dah tapi dia cuma rasa bahagia pada 5 tahun terakhir sahaja.
*Al-quran adalah satu-satunya kitab peninggalan Rasulullah. Di dalamnya terdapat banyak kisah tauladan, surah-surah yang bagus dan petunjuk untuk umat islam. Ramai pengkaji al-quran yang bukan beragama islam memasuki islam selepas keji al-quran. Lihat, betapa bagusnya al-quran jika kita faham setiap isi yang terkandung di dalamnya.
Mari kita semua umat islam mengamalkan bacaan al-quran dalam kehidupan seharian kita. Hanya memerlukan 10-20minit sahaja selepas solat untuk membaca al-quran. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.
Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.