Apakah kepentingan ujian pap smear kepada kaum wanita dari segi kesihatan?

Tahukah anda bahawa kita perlu membuat pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya 2 kali setahun untuk mengetahui tahap kesihatan kita.

Lelaki mahupun wanita semua peringkat umur perlu melakukan pemeriksaan diri di klinik atau hospital. Lebih-lebih lagi wanita yang masa akan datang akan mengandung maka kesihatan mereka adalah penting.

Antara penyakit yang wanita alami adalah kanser serviks. Jadi, sebagai wanita anda perlu melakukan ujian pap smear untuk melihat adakah individu tersebut mempunyai kanser serviks atau tidak.

Artikel pada kali ini, kami akan berkongsi kepada anda sedikit sebanyak tentang ujian pap smear dan kepentingannya yang perlu anda tahu.

Apa itu ujian pap smear?

kepentingan ujian pap smear

Ujian pap smear atau ujian pap adalah prosuder yang dilakukan untuk dengan mengambil sedikit sampel daripada serviks bagi mengesan masalah prakanser dan kanser pada serviks.

Ia dianggap sebagai ujian saringan utama untuk kanser serviks. Dengan mengesan kanser serviks lebih awal menggunakan ujian pap, anda akan mendapatkan peluang yang lebih besar menghentikan sebarang kemungkinan perkembangan kanser tersebut jika ada.

Cara persediaan ujian pap smear

kepentingan ujian pap smear

Kebiasaannya, doktor akan mengambil sedikit sel dari serviks anda menggunakan sama ada:

  • Spatula
  • Spatula dan berus
  • Cytibrush (gabungan spatula dan berus)

Sampel sel kemudian akan dihantar ke makmal untuk diuji jika terdapat sebarang kehadiran sel abnormal.

Siapa yang perlu buat ujian ini?

Golongan wanitta yang berumur 21 tahun ke atas dan aktif secara seksual digalakkan untuk membuat pap smear.

Kepentingan ujian pap smear

kepentingan ujian pap smear
  • Kanser serviks berlaku dalam kalangan wanita di seluruh dunia.
  • Ia boleh dicegah jika dikesan pada peringkat awal.
  • Ujian pap smear adalah kaedah mudah mengesan perubahan sel bahagian rahim.

Penting! Wanita yang sudah berkawin wajib lakukan ujian pap smear tau iaitu saringan untuk mengesan kanser serviks pada peringkat awal.

Cara membaca keputusan pap smear

NormalKeputusan normal atau negatif menunjukkan tiada perubahan sel di dalam serviks anda. Tiada ujian lanjutan diperlukan sehingga ujian pada jadual seterusnya.
Tidak NormalKeputusan tidak normal menunjukkan perubahan sel telah dikesan di dalam serviks anda, walaupun ini tidak semestinya bermakna yang anda menghidap kanser serviks.

Perubahan tidak normal mungkin disebabkan oleh HPV. Perubahan itu mungkin sederhana (gred-rendah) atau teruk (gred-tinggi). Perubahan sederhana mungkin akan kembali normal dengan sendirinya.

Perubahan yang teruk di panggil “prakanser” kerana ia belum menjadi kanser, tetapi berpotensi untuk menjadi kanser lama-kelamaan.

Dalam situasi yang jarang ditemui, keputusan Pap smear yang tidak normal mungkin menunjukkan kehadiran malignansi (kanser). Ujian tambahan perlu dilakukan untuk mengesahkan diagnosis itu. Lebih awal kanser serviks dikesan, lebih baik peluang untuk merawatnya.
Tidak JelasJarang sekali, keputusan ujian adalah tidak jelas dan doktor anda akan menasihatkan anda untuk mengulangi ujian dalam masa 12 minggu.

Cara elak sakit ketika ujian pap smear

Ujian pap tidaklah mendatangkan kesakitan kepada diri. Namun begitu, bagi sesetengah wanita, ujian ini boleh memberikan rasa tidak selesa semasa spekulum dimasukkan ke dalam vagina.

Justeru, berikut kami kongsikan beberapa tips untuk anda elak sakit ketika ujian pap smear:

  • Faham prosuder ujian agar lebih tenang dan tidak gementar atau takut.
  • Mindset positif, buat demi kesihatan.
  • Jangan keraskan badan atau kemut otot ketika ujian pap smear dijalankan kerana ia akan membuatkan anda rasa sakit dan spekulum susah dimasukkan ke dalam vagina.
  • Tarik nafas supaya lebih bertenaga dan otot vagina lebih mengendur.
  • Ajak rakan atau suami sebagai teman.

Bila perlu melakukan ujian pap smear?

Kekerapan seseorang itu melakukan ujian pap smear adalah bergantung kepada faktor seperti umur, sejarah kesihatan, dan keputusan ujian pap atau HPV terakhir.

Disarankan, golongan berumur 21 hingga 29 tahun untuk menjalankan ujian ini setiap tiga tahun sekali. Bagi yang berumur 21 tahun ke bawah, ia tidak digalakkan.

Manakala golongan yang berumur lebih 65 tahun juga tidak perlu melakukan ujian ini sekiranya anda telah menjalani pemeriksaan awal yang mencukupi dengan keputusan normal dan tidak berisiko tinggi untuk menghidap kanser serviks.

Anda juga perlu elakkan dari melakukan hubungan seks dan penggunaan ubat dalam faraj sehari sebelum ujian pap smear. Ujian tidak boleh dilakukan semasa haid dan nifas.

Risiko tidak melakukan ujian pap smear

Tahukah anda bahawa kanser serviks pernah menjadi punca utama kematian akibat kanser di kalangan wanita Amerika?

Selama lebih 40 tahun, ujian Pap dan pemeriksaan biasa telah mengurangkan secara mendadak kes kematian kerana kanser serviks.

Pap smear kekal sebagai saringan yang paling berkesan untuk kanser serviks. Apabila dikesan pada peringkat awal, kanser serviks sangat boleh dirawat.

Ujian ini membantu mengesan kanser serviks pada peringkat paling awal dan paling boleh dirawat. Jika dikesan lebih awal, kadar kelangsungan hidup lima tahun bagi kanser serviks ialah 92 peratus lebih lama.

Kesimpulannya, ramai di kalangan kita mengetahui kanser serviks adalah antara penyakit kanser kerap dihidapi wanita di Malaysia selain kanser payudara, namun tidak semua bersedia untuk melakukan saringan awal kanser serviks.

Jadi tunggu apa lagi. Jika anda belum melakukan ujian pap smear, pergi ke klinik kesihatan wanita atau hospital untuk membuat ujian tersebut. Tidak perlu malu kerana ia adalah untuk kesihatan diri anda dan masa akan datang.

Diharapkan semoga perkongsian kami mengenai kepentingan ujian pap smear ini dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat.

Selain dari kepentingan ujian pap smear ini, anda juga boleh baca artikel tips kami yang lain berkenaan kesihatan wanita seperti:

Sumber:

  1. Pap Smear. My Health
  2. Cara membaca laporan ujian Pap anda. My Pathology Report
  3. Pap Smear (Pap Test): What to Expect. Healthline

Penulis: aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.