Nota Editor : Kisah tembikai ini menarik untuk dijadikan renumgan oleh semua orang.Kadang-kala kita mungkin mengeluhkan akan sesuatu. Kita marahkan sesuatu. Tetapi kepada siapa sebenarnya kita keluh atau marah itu?
———————————————————————————————————-
organicfacts.net
Seorang wali Allah membeli sebiji tembikai untuk keluarganya.Si isteri lantas membelah tembikai itu dan dia begitu marah lantas berkata.
” Mengapa tembikai ini busuk?”
Lalu si suami menjawab.
” Wahai isteriku,kepada siapakah engkau hamburkan marahmu? Kepada si penjual tembikaikah? Atau kepada aku suamimu yang membeli tembikai itu?
Atau kepada si penanam tembikai? Atau kepada Si Pencipta tembikai itu sendiri?”
Isterinya tersentak.
Lalu Syeikh ini menyambung.
” Wahai isteriku yang trcinta,seandainya engkau menunjukkan marahmu pada si pnjual tembikai,nescaya dia mahu menjual yang baik-baik sahaja.
Seandainya engkau marah terhadapku yang juga pembeli tembikai itu,nescaya aku juga pasti mahu mmbeli yang terbaik untuk ahli keluargaku.
Seandainya marahmu kepada si penanam tembikai,pasti dia juga mengharapkan tanaman yang diusahakan mengeluarkan hasil yg baik.
Lalu kepada siapa engkau hamburkan marahmu kalau bukan kepada Si Pencipta buah tembikai itu sendiri yakni Allah yang maha mencipta?”
DIA yang maha mencipta dengan sebaik-baik kejadian dan DIA yang maha mengetahui setiap sesuatu.
Si steri menangis dan terus brtaubat kpd Allah. Begitulah suami yang mentarbiah isteri dengan yakin pd Allah dan begitu pula isteri yang terdidik hatinya dengan takut pada Allah.