Hampir 10% wanita dijangkiti penyakit kencing kotor semasa hamil. Ia berpunca daripada jangkitan bakteria pada sistem urinari tubuh yang meliputi bahagian ginjal, ureter, pundi kencing, dan uretra.
Ia bukanlah penyakit yang merbahaya dan boleh berlaku kepada sesiapa saja. Namun, ia boleh memberi kesan negatif kepada kehamilan sekiranya dibiarkan tanpa rawatan.
Urethra adalah saluran yang membawa air kencing dari pundi kencing ke luar. Secara amnya, wanita lebih mudah menghidap penyakit kencing kotor berbanding dengan lelaki kerana wanita mempunyai urethra yang pendek dan dekat dengan lubang dubur.
Kuman yang berasal dari kulit dubur faraj atau lubang dubur bergerak menuju ke pundi kencing, ia membiak dan terus ke buah pinggang.
Ibu mengandung dijangkiti kencing kotor kerana perubahan yang berlaku pada saluran kencing. Rahim yang semakin membesar menghimpit pundi kencing lalu menyebabkan air kencing tidak dapat dikosongkan dengan efektif daripada setiap kali anda membuang air kecil.
Otot pada pundi kencing menjadi lemah dan tidak dapat mengempis dan mengeluarkan kesemua air kencing yang disimpannya. Ini memudahkan kuman yang berada di pundi kencing membiak.Apabila keadaan ini berterusan, ia boleh menyebabkan jangkitan. Jangkitan inilah yang dikenali sebagai kencing kotor.
Ketika hamil, tahap kandungan hormon yang tinggi menyebabkan kekuatan otot (muscle tone) salur kencing ureter dan punding kencing bertambah lemah, seterusnya menyebabkan ianya merenggang dan melambatkan pengaliran air kencing.
Air kencing wanita yang hamil lebih berasid dan lebih mengandungi gula. Ini berlaku akibat perubahan hormon dalam badan. Keadaan air kencing yang lebih berasid dan tinggi gula menyebabkan kuman bakteria mudah untuk membiak.
Penyebab yang paling lazim di kalangan wanita adalah disebabkan oleh tabiat mengelap dari belakang ke depan selepas membuang air besar. Tabiat ini menyebabkan bakteria dari lubang dubur akan masuk ke vagina anda.
Hubungan seks juga merupakan faktor yang boleh menyumbang kepada kencing kotor semasa mengandung. Ia boleh berlaku kerana kemaluan wanita disentuh dengan tangan atau zakar yang kotor.
Berikut adalah di antara tanda atau simptom kencing kotor semasa mengandung:
Komplikasi kepada masalah kencing kotor semasa mengandung ialah jangkitan kuman pada buah pinggang yang dinamakan pyelonephritis. Jangkitan kuman ini boleh merebak ke seluruh peredaran darah dan boleh menyebabkan kematian kepada ibu.
Bayi yang dikandung juga mengalami kesan yang teruk jika ibu yang hamil mengalami komplikasi ini. Antaranya ialah risiko kelahiran awal (preterm labor) dan bayi yang dilahirkan mempunyai berat badan yang rendah.
Penyakit kencing kotor boleh dikesan melalui ujian air kencing. Sekiranya ia dirawat dengan cepat dan menyeluruh, kencing kotor semasa hamil tidak akan memberi kesan kepada bayi dalam kandungan.
Kencing kotor semasa hamil boleh dirawat dengan antibiotik. Selalunya, doktor akan memberikan antibiotik yang perlu dihabiskan dalam masa 3-7 hari. Antibiotik yang diberikan ini adalah selamat untuk bayi dalam kandungan.Habiskan antibiotik anda walaupun demam dan sakit sudah berkurangan.
Minum banyak air untuk membantu mengeluarkan kuman yang terdapat dalam pundi atau air kencing. Apabila antibiotik anda habis, pergi ke hospital untuk pemeriksaan semula air kencing bagi memastikan tiada lagi jangkitan kuman.
Jika masih terdapat tanda-tanda jangkitan kuman, doktor akan memberikan antibiotik yang lain. Jika ianya bertambah parah di mana pesakit mendapat demam yang tinggi dan menggigil, pemeriksaan lanjut harus dilakukan di hospital.
Kencing kotor boleh dielakkan melalui beberapa cara seperti berikut:
Jika anda mengalami tanda awal kencing kotor seperti kerap kencing, rasa sakit ketika kencing atau tidak selesa di bahagian bawah abdomen, bolehlah mencuba tips berikut:
1. Larutkan 1 sudu teh baking soda ke dalam air dan minum setiap 6 jam sekali untuk menawarkan asid dalam air kencing serta mengurangkan gangguan pada pundi kencing.
2. Dapatkan beberapa ungkusan URAL iaitu effervescent granules yang mudah larut dalam air. Setiap sachet mengandungi Sodium bcarbonate 1.76g, dan mempunyai perasa lemon. URAL boleh didapati dari farmasi dan selamat untuk ibu mengandung.
Itulah dia info tentang kencing kotor semasa mengandung yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaa buat anda.