Kenapa ramai alah pada makanan laut? Ikan pun tak boleh ?
Makanan laut perlu dimakan segar. Lepas ditangkap dimasak dan dimakan .
Jika tak boleh masak terus, kenalah masukkan peti sejuk secepat mungkin dan nyah bekukan bila nak masak.
Imej: allergicliving.com
Ada sesetengah ikan yang ada atas kulitnya jenis bakteria yang bila ikan itu sudah mati akan mengeluarkan histamine. Ini bahan yang cetuskan gatal . Itu yang jadi istilah ‘ikan gatal’ termasuk ikan kembung dan ikan sardin.
Begitu juga makanan laut yang lain, udang, kerang dan ketam.
Kerang pula disebabkan kerang sedut air laut untuk dapatkan makanannya jika tempat yang kerang itu berada tercemar dengan bakteria contohnya e coli maka kerang mengandungi bakteria itu. Bila kita makan kerang mentah seperti yang sudah dipopularkan memakan kerang yang hanya dijirus air panas, ada kemungkinan kita dapat keracunan makanan.
Ini belum lagi mengambil kira pencemaran kimia yang sering berlaku sekarang dimanan sisa dari kilang dibuang kedalam laut dan menyebabkan laut menjadi tercemar dengan logam berat seperti merkuri .
Belum juga kerja peraih ikan, selalunya orang tengah yang beli ikan dari nelayan dan jual semula kepada orang ramai . Mereka ini tidak mahu rugi. Kalau ikan dan udang yang mereka nak jual bau busuk dan kelihatan tidak segar maka mereka akan rugi .
Jalan keluarnya: Letak pengawet dalam produk mereka itu . Pengawet yang sering digunakan adalah asid borik dan formalin. Nyata ini racun sebenarnya yang boleh menjejaskan kesihatan manusia .
Apa pula dengan udang yang diternak ? Sesetengah cara ternakkan udang bela udang yang banyak dikawasan yang kecil maka udang ini senang dijangkiti bakteria . Apa penyelesaian mereka? Letak antibiotik pada kolam ternakkan maka udang itu mengandungi antibiotik .
Apa jalan keluar kita?
Semasa saya di Purwakarta beberapa tahun lepas , saya lihat setiap rumah ada kolam ikannya dan nyata bila makan ikan bakar yang dijual di rumah makan disana, ikannya walaupun ikan darat segar dan sedap .
Purwakarta yang ada antara Jakarta dan Bandung adalah kawasan bukit bukau yang amat bersih dari pencemaran dan tanah disana amat subur sehinga petani tdak perlu gunakan kimia .