Singgah solat di masjid setiap hari, pasti akan terdengar Imam membaca surah Al-Insyirah setiap kali dalam solat. Tahukah anda, surah Al-Insyirah mengandungi pelbagai fadhilat dan kelebihannya.

Banyak kelebihan surah ini tetapi adakah anda tahu kisah di sebalik surah ini? Surah Al-Insyirah adalah surah ke 94 di dalam Al-Quran dan ia terdiri daripada 8 ayat. Surah ini termasuk dalam kategori surah-surah Makkiyah. Menariknya, surah ini diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W sesudah Surah Adh-Dhuha.

Imej via [sinar]

Kisah Surah Al-Insyirah

Pengertian atau tafsiran Surah Al-Insyirah menurut Ustaz Ibnu Omar mengatakan Surah Al-Insyirah ini menceritakan bahawa Allah S.W.T. memberikan kelapangan (Islam) kepada Nabi Muhammad S.A.W. (juga umumnya kepada seluruh manusia).

Terdapat juga beberapa tafsiran lain yang mengatakan bahawa Surah ini menyeru agar kita melapangkan dada dengan ilmu pengetahuan, pemahaman, kemenangan serta keyakinan yang teguh. Ada juga mufassir berpendapat ayat ini merujuk kepada kisah bagaimana dada Rasulullah S.A.W. yang telah dibelah dan dibersihkan sebanyak dua kali sepanjang hidupnya, namun, pandangan tersebut boleh dikatakan tidak sesuai untuk dikaitkan dengan ayat ini.

Beberapa pengajaran yang boleh kita ambil daripada Surah Al-Insyirah adalah Allah itu maha adil, tidak sesekali Dia memberikan sesuatu ujian di luar kemampuan makhluknya. Di dalam Surah Al-Insyirah juga, Allah memberitahu kepada kita untuk bersabar dan percaya janji Allah itu pasti.

Surah Al-Insyirah juga mengajar kita sebagai hambanya untuk bersungguh-sungguh dalam melakukan amal soleh dan dalam setiap pekerjaan kita. Sebenarnya, banyak lagi hikmah dari surah ini untuk kita beramal setiap hari. Jom lihat kelebihan surah Al-Insyirah ramai tak tahu.

Imej via [kifarahmedia]

Kelebihan Surah Al-Insyirah, Wajib Baca Hari-Hari

1. Dipermudahkan Segala Urusannya

Sekiranya anda membaca Surah Al-Insyirah selepas solat fardhu, Insyaallah dipermudahkan urusan semua urusan. Selain itu, segala keperluan dan rezeki turut akan Allah permudahkannya, Dia memberi pertolongan kepada kita melalui amalan. Salah satunya membaca surah Al-Insyirah.

2. Diberi Kekayaan

Ramai yang ingin kaya dunia dan akhirat, oleh itu, sering-seringlah membaca Surah Al-Insyirah ini selepas waktu solat. Caranya adalah mengamalkan bacaan surah ini sebanyak 40 kali selepas setiap waktu solat. Insyaallah kita akan dipermudahkan oleh Allah S.W.T. untuk berjaya dan kaya dunia akhirat. Ia adalah salah satu kelebihan surah al-Insyirah.

3. Terhindar Dari Segala Masalah

Kelebihan surah Al-Insyirah ramai tak tahu adalah apabila mereka mengalami situasi yang penuh dengan masalah. Masalah serta kesukaran dalam setiap urusan pasti dapat dihindari dengan pertolongan oleh Allah S.W.T. Dada juga akan menjadi lapang bagi sesiapa yang membaca Surah Al-Insyirah.

4. Menjadi Lebih Positif

Fikiran akan menjadi lebih positif bagi sesiapa yang membaca Surah Al-Insyirah. Kelebihan surah Al-Insyirah adalah dapat menutup ruang-ruang negatif di dalam minda dan diri kita dalam kehidupan seharian.

Imej via [semuanyajdt]

5. Rajin Dalam Mengerjakan Ibadah

Bagi anda yang kurang sifat kerajinan tu bolehlah cuba amalkan baca Surah Al-Insyirah. Insyaallah hati akan terasa lebih suka untuk mengerjakan amal ibadah serta dihilangkan rasa sifat jemu beribadah. Sebab tu, penting untuk kita ajarkan surah ini kepada anak-anak sejak kecil lagi. Mereka akan lebih rajin dan mudah beristiqamah.

6. Menghilangkan Rasa Dukacita

Bacaan surah ini selepas solat fardhu, Allah S.W.T. akan menghilangkan segala dukacita dalam hatinya. Allah SWT juga akan kurniakan kegembiraan buat mereka.

Anda juga boleh  menulis surah ini kepada bekas dan menghilangkannya dengan air mawar. Kemudiannya air tersebut diminum, insyaallah akan hilang rasa dukacita dan terpelihara daripada terkejut.

7. Menghindari Sifat Malas

Kelebihan Surah Al-Insyirah ini juga dapat memudahkan seseorang melakukan kerja seperti yang diimpikannya. Mereka dapat menghindari sifat malas malah akan lebih mudah untuk mendapat rezeki. Fikiran dan minda juga akan lebih lapang dan luas.

Imej via [semuanyajdt]

8. Terhindar Dari Kesempitan Hidup

Kesempitan hidup dari segi rezeki yang berkurangan, kesihatan yang lemah serta kesukaran yang sering terjadi dalam hidup memerlukan anda segera bertindak. Bacalah Surah Al-Insyirah selalu agar terhindar dari kesempitan hidup.

9. Dapat Melihat Perkara-perkara Yang Ajaib

Jika anda membaca (mengamalkan) Surah Al-Insyirah ini ketika waktu dhuha sebanyak 200 kali tiap-tiap hari, Insyaallah Allah S.W.T. akan memperlihatkan perkara-perkara yang ajaib kepada pengamalnya. Itulah kelebihan membaca surah Al-Insyirah yang ramai tak tahu.

10. Dapat Mengatasi Sakit Pinggang

Bagi anda yang sering melakukan kerja-kerja rumah seharian misalnya, bacalah Surah Al-Insyirah ayat ke 3 tersebut sebanyak 3 kali. Kemudiannya ditiupkan di tapak tangan dan ditepukkan pada bahagian pinggang dan punggung. Insyaallah Allah akan lindungi atau sembuhkan rasa sakit tersebut dengan izinNya.

kelebihan surah insyirah
Imej via [lifestyle]

11. Menyerikan Wajah

Surah Al-Insyirah bukan sahaja memberi kebaikan dalaman, tetapi juga dapat menyerikan wajah. Bagi para isteri yang nak kelihatan cantik di mata suami tu, amalkanlah membaca Surah Al-Insyirah ini. B

acakan Surah Al-Insyirah ayat ke 4 ini sebanyak 7 kali, kemudiannya ditiupkan ke tapak tangan dan disapukan ke muka. Mohon kepada Allah S.W.T. supaya suami pandang kita nampak cantik. Siapa tak nak cantik kan, betul tak?

12. Terhindar Dari Penyakit

Untuk mengelakkan daripada terkena wabak dan penyakit berjangkit, amalkan membaca Surah Al-Insyirah ini setiap waktu. Pelbagai penyakit yang ditakuti dalam dunia ini, atasinya dengan kelebihan Surah Al-Insyirah ini.

13. Mengubati Sengatan Serangga

Bagi mengubati pesakit terkena sengatan serangga, bacakan surah Al-Insyirah, kemudiannya tiupkan kepada pesakit. Insyaallah akan sembuh dengan izin Allah S.W.T. Kelebihan Surah Insyirah ini sering digunakan oleh pakar perubatan Islam juga.

kelebihan surah insyirah
Imej via [webstagramsite]

14. Hajat Mudah Dikabulkan

Apabila anda mempunyai sesuatu hajat yang penting, anda bolehlah kerjakan solat sunat Hajat atau Tahajjud di tengah malam. Jangan lupa untuk baca Surah Al-Insyirah sebanyak 103 kali atau lebih banyak mengikut kemampuan. Insyaallah segala hajat anda akan tercapai dan dimakbulkan oleh Allah S.W.T.

Banyak lagi kelebihan Surah Al-Insyirah yang harus kita tahu. Jika diamalkan selalu bacaannya, Insyaallah bukan sahaja mendapat kebahagiaan di dunia, malah mendapat kebahagiaan juga di akhirat kelak. Jom baca juga Kelebihan surah Al-Waqiah, Kelebihan surah Ar-Rahman, Kelebihan surah Al-Mulk dan 7 Surah Amalan ibu Mengandung.

Rujukan:

  1. ahmadnaufalhabib
  2. pesonapengantin
  3. syednaseers

Penulis: zulrina

Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.