Jom ketahui kelebihan Surah al-Mulk ini. Surat al-Mulk adalah salah satu surat di dalam al-Quran. Surat ini terdiri daripada 30 ayat. Al-Mulk membawa erti kerajaan, yang diambil daripada ayat pertama surah ini yang mengandung perkataan al-Mulk.
Nama lain bagi surah ini ialah surat at-Tabarak bererti Maha Suci, kerana surah ini dimulai dengan perkataan ‘Tabaraka’. Surat al-Mulk ini diturunkan sebelum penghijrahan Nabi saw, maka ia tergolong surat Makiyyah.
Secara keseluruhannya, surah ini mengisahkan tentang kekuasaan serta kerajaan yang dimiliki oleh Allah swt. Betapa Allah sebagai pemilik ala mini berkuasa ke atas segala mahkluk ciptaanNya.
Di awal surah menceritakan tentang kesempurnaan penciptaan alam ini yang tiada cacat-celanya. Allah menciptakan alam ini dari tiada apa-apa kepada wujudnya sebuah alam yang terbentang luas. Allah juga berkuasa mencipta dan mematikan sesuatu menurut kehendakNya.
Di dalam surah ini juga menceritakan tentang azab siksa neraka bagi mereka yang ingkar dan kafir. Setiap kali sekumpulan manusia dicampakkan ke dalam api neraka, malaikat menjaga neraka akan bertanya
“Apakah belum pernah datang kepada kamu (di dunia) seorang pemberi peringatan?” mereka menjawab: “Benar ada. Sesungguhnya telah datang kepada kami seorang pemberi peringatan, maka kami mendustakan(nya)”
Allah swt turut berfirman di dalam surah ini, tentang kuasa Allah yang mengetahui perkara yang disembunyikan, berkuasa menciptakan burung yang terbang di angkasa, dan menjadikan bumi untuk manusia mencari rezeki. Sesungguhnya, segala rezeki yang kita nikmati di dunia ini adalah dari Allah swt.
Allah teramat murka terhadap mereka yang mendustakanNya, walhal telah jelas bukti kewujudan dan kekuasaaan Allah untuk kita perhati di muka bumi ini.
Di bahagian akhir surah ini, banyak pertanyaan yang Allah lontarkan kepada manusia untuk kita berfikir tentang kekuasaan Allah swt. Pada ayat ke-30 Surah al-Mulk, Allah bertanya, “Katakanlah (Muhammad), Terangkanlah kepadaku, jika sumber air kamu menjadi kering, maka siapa yang akan memberimu air yang mengalir?”
1) Diampunkan Dosa
Daripada Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah saw telah bersabda,
Maksudnya, “Sebahagian daripada al-Quran ada satu surah yang jumlah ayatnya tiga puluh ayat semuanya, surah ini dapat memberikan pertolongan kepada orang yang membacanya sehingga diampunkan segala dosa-dosanya, surah itu ialah “al-Mulk”. (HR Abu Daud dan at-Tirmizi)
2) Sunnah Nabi saw
Dari Jabir ra bahawa,
Maksudnya, “Tidaklah Nabi saw tidur hingga beliau membaca Alif laam miim tanzil (surah as- Sajdah) dan Tabarokalladzi bi yadihil mulk (surah al-Mulk).”
3) Penyelamat Daripada Seksa Kubur
Maksudnya, “Sebagian sahabat saw membuat khemah di atas perkuburan, ternyata dia tidak sedar jika itu adalah perkuburan, tiba-tiba ada seseorang membaca surat Tabaarokallazi bi yadihil mulk (Maha Suci Allah yang di tanganNyalah segala kerajaan) sampai selesai.
Kemudian dia datang kepada Nabi saw dan berkata; “Wahai Rasulullah sesungguhnya, aku membuat khemahku di atas kuburan dan saya tidak mengira jika tempat tersebut adalah kuburan, kemudian ada seseorang membaca surah Tabarak (surah al-Mulk) sampai selesai,”
Rasulullah saw bersabda, “Dia adalah penghalang, dia adalah penyelamat yang menyelamatkannya dari seksa kubur.” (HR. at-Tirmizi )
Dari Abdullah bin Mas’ud, ia berkata,
Maksudnya, “Barangsiapa membaca “Tabarokallazi bi yadihil mulk” (surah al-Mulk) setiap malam, maka Allah akan menghalanginya dari seksa kubur. Kami di masa Rasulullah saw menamakan surah tersebut “al Mani’ah” (penghalang dari seksa kubur). Dia adalah salah satu surah di dalam Kitabullah. Barangsiapa membacanya setiap malam, maka ia telah memperbanyak dan telah berbuat kebaikan.” (HR an-Nasai)
Surat al-Mulk adalah salah satu surah di dalam Al Quran yang menjelaskan tentang kekuasaan dan kerajaan Allah swt yang meliputi segala apa yang ada di langit dan bumi. Surah ini juga menjelaskan janji serta azab yang akan diberikan kepada orang mu’min dan orang kafir. Dijelaskan juga di surat ini agar manusia sentiasa melihat dan merenungkan segala ciptaan Allah, rezeki dan anugerah yang diberikan kepada manusia agar kita sentiasa bersyukur dan beribadah kepada Allah swt.
Bacaan Surah al-Mulk juga menjadi amalan Baginda saw setiap malam sebelum tidur. Amalan membaca surah ini bukan sahaja kerana mengikuti sunnah Nabi saw, tetapi juga pasti mempunyai banyak kelebihan dan hikmah. Oleh itu, diharapkan bagi sesiapa yang mengimani isi surah ini, menghafalnya, mengamalkan hukum yang ada di dalamnya, semoga mendapatkan syafa’at di akhirat kelak kerana mengamalkan surah al-Mulk.
Bagaimana dengan artikel berkenaan Surah al-Mulk yang dikongsikan? Anda dapat manfaat?
Jangan lupa untuk like dan share ya. Selain artikel di atas, kami juga menulis artikel lain untuk anda baca iaitu:
Rujukan: