Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: “Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh
Firman Allah SWT dalam Surah al-Munaafiquun, Ayat 10.
Jelaslah orang mati pun ingin hidup di dunia kembali hanya untuk bersedekah kerana manfaat yang dapat menyelamatkan mereka di alam kubur dan di akhirat sana.
Terdapat banyak kelebihan sedekah semua wajib tahu, pastinya anda juga tidak menyangka akan ganjaran sedekah yang terlalu indah ini. Mari kita lihat 30 kelebihan sedekah yang bakal anda peroleh di dunia dan akhirat.
Sedekah memberikan anda pahala ketika di dunia dan juga ketika sudah meninggal dunia. Sedekah akan menjadikan pahala anda sentiasa mengalir sepanjang mana orang lain menggunakan manfaat dari sedekah anda.
Seorang yang bersedekah dengan tangan kanannya, ia menyembunyikan amalnya itu sampai-sampai tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya.”
(HR. Bukhari no. 1421)
Mereka inilah salah seorang yang mendapat perlindungan di akhirat. Itulah kelebihan sedekah yang diberikan di akhirat kelak.
Tahukah anda, sedekah bukan sahaja memberikan pahala, tetapi dapat menghapuskan dosa anda juga. Kelebihan sedekah adalah dapat menghapuskan dosa sebagaimana air dapat memadamkan api. Ia telah disahihkan oleh Al Albani dalam Shahih At Tirmidzi, 614, HR. Tirmidzi.
Sedekah akan menjadikan seseorang terhindar dari sifat kedekut. Adakalanya seseorang itu sangat berat hati untuk memberi dan bersedekah, merekalah yang bersifat kedekut dalam masa yang sama. Jika terapkan amalan sedekah, pasti sifat kedekut dapat dihindari.
Kelebihan sedekah juga adalah seseorang dapat menjadi lebih bersyukur dan sentiasa cukup dengan semua perkara. Mereka juga tidak akan berlebih-lebihan tetapi tetap prihatin terhadap semua orang.
Apabila anda mengamalkan bersedekah setiap hari, minggu atau bulan, anda akan merasa lebih tenang dan gembira. Itu tandanya anda mendapat keberkatan dalam hidup dan ibadah.
Kelebihan sedekah ramai tak sedar adalah sedekah dapat meningkatkan keimanan kepada Allah SWT. Tahap iman seseorang akan bertambah apabila melakukan kebajikan dan bersedekah.
Sedekah dapat menjauhkan diri dari api neraka, walaupun hanya bersedekah sedikit seperti sebutir kurma. Mulalah bersedekah dan bina saham akhirat dari sekarang sementara masih mampu. Nabi s.a.w bersabda:
“Bersedekahlah kamu sekalian, kerana sesungguhnya sedekah itu pemisah dari neraka.”
“Jauhkan dirimu dari api neraka walaupun hanya dengan (sedekah) sebutir kurma.”
Bagi manusia yang kerap dan ikhlas memberi sedekah ketika berada di dunia, mereka akan dipermudahkan melalui titian siratal mustaqim kelak. Kelebihan sedekah juga adalah menjadi pembantu bagi laluan masuk ke syurga.
Sedekah dapat memadamkan dosa. Begitu jugalah ia dapat membantu anda masuk syurga tanpa dihisab. Namun, sedekahlah dengan ikhlas dan selalu mengingati umat yang lain.
Rezeki orang yang bersedekah takkan berkurangan, ia akan bertambah dengan lebih berganda lagi. Sifir Allah, berkongsi dengan orang lain, maka banyak lagi rezeki yang akan bertambah. Sabda Nabi SAW, “Tidak akan berkurang rezeki orang yang bersedekah, kecuali bertambah, bertambah dan bertambah.”
Hadis riwayat Thabrani juga mengatakan bahawa amalan bersedekah dapat memanjangkan umur dan menjauhi dari sifat sombang, bangga diri dan kefakiran. Kelebihan sedekah juga dapat menghindarkan diri anda dari sesuatu musibah atau bahaya.
Walaupun sudah meninggal dunia, pahala kita tetap mengalir seolah-olah kita berbuat kebaikan di dunia pada masa itu. Sedangkan kita sudah tiada lagi di dunia. Sabda Nabi SAW,
“Apabila anak cucu Adam itu mati, maka terputuslah semua amalnya, kecuali tiga perkara iaitu: sedekah jariah, anak yang sholeh yang memohonkan ampunan untuknya (Ibu dan bapanya) dan ilmu yang berguna setelahnya.”
Dengan bersedekah, penyakit yang dialami oleh mereka akan berkurangan dan bertambah pulih. Sedekah dapat menyucikan hati, fikiran dan segalanya.
Mereka yang bersedekah dengan ikhlas tanpa tunjuk-tunjuk, riak serta selalu menyembunyikan kebaikan dan sedekah, mereka itulah yang akan mendapat naungan di akhirat kelak.
Apabila anda bersedekah, setiap kecelakaan dan kejahatan yang bakal berlaku pada diri anda akan ditutup dan dilindungi. 70 pintu kecelakaan di dunia dapat anda hindari.
Doa orang-orang yang bersedekah mudah dimakbulkan oleh Allah SWT. Sambil bersedekah, sambil anda berdoa supaya hajat anda dimakbulkan. Anda juga boleh bertawassul iaitu dengan berniat hajat anda atas amalan sedekah yang anda lakukan.
Ramai orang akan mengagumi anda sekiranya anda seorang yang dermawan. Salah satu kelebihan sedekah adalah ia merupakan perbuatan mulia dan dihormati ramai.
Kelebihan sedekah yang ramai tidak tahu dan sangat dicemburui orang yang telah meninggal dunia adalah, malaikat mendoakan orang yang bersedekah. Beruntunglah anda sekiranya anda mengamalkan amalan bersedekah tanpa jemu.
Sedekah dapat memadamkan kemurkaan Allah SWT kepada seseorang yang telah banyak melakukan dosa. Dalam banyak-banyak kejahatan yang dilakukan, amalan sedekah merupakan amalan yang baik yang diterima oleh Allah SWT.
Seksa azab kubur akan dikurangkan bergantung kepada amalan anda bersedekah. Kelebihan sedekah juga dapat memadamkan kepanasan alam kubur bagi golongan yang ikhlas dan sempat bersedekah.
Kebaikan hati seseorang akan terjaga apabila dia telah melakukan kerja kebajikan atau kebaikan. Kelebihan sedekah juga dapat menyucikan hati dan roh seseorang, mereka akan mendapat kehidupan yang lebih baik lagi.
Bukan senang nak jumpa anak muda yang bersedekah dan membantu orang lain, itulah yang sering difikirkan oleh orang tua zaman sekarang. Bersedekah juga menjadikan anda disayangi ramai dan mendapat tempat di hati mereka.
Sikap bersedekah menjadikan seseorang lebih matang dan dewasa. Itulah kelebihan sedekah yang tidak ramai sedari. Apabila mengamalkan sedekah, pasti kehidupan anda juga akan berubah lebih baik.
Anggaplah peluang untuk anda bersedekah ini merupakan rezeki yang tak semua orang mampu lakukannya. Ramai orang yang ingin bersedekah, tetapi tidak mampu. Apabila anda sedekah sekecil-kecil apapun, itulah rezeki anda sebenarnya.
Itulah dia 25 kelebihan sedekah ramai tak sedar tetapi wajib anda ambil peduli. Semoga bermanfaat! Jom baca juga Tuntutan nafkah anak, Cara berbuat baik kepada ibu bapa, Hukum ibu bapa sakiti anak dan adab anak terhadap ibu bapa.