Kanak-kanak yang mempunyai kemahiran dua bahasa mempunyai beberapa kelebihan berbanding rakan sebaya mereka. Banyak hasil kajian telah mengaitkan kelebihan praktikal bilingualisme ini dengan fleksibiliti intelek.
Secara logiknya, petuturan dalam dua bahasa adalah latihan yang sangat baik untuk otak. Bilangan neuron akan semakin meningkat di bahagian otak korteks prefrontal. Keadaan ini sama seperti otot yang membesar dengan senaman fizikal yang kerap.
Teori ‘senaman linguistik’ ini telah disokong oleh penyelidik Georgetown University Medical Centrei di Washington, DC. Hasil kajian mendapati bahawa mempelajari bahasa kedua dapat meningkatkan kemampuan otak. Teori ini telah disokong oleh saintis dari University of Washington yang terletak di Seattle. Kajian mereka membuktikan bahawa kanak-kanak daripada keluarga Sepanyol-Amerika mempunyai kawasan prefrontal aktif yang luar biasa di korteks serebrum. Perkara ini membantu untuk kefasihan lisan dan penyesuaian kepada perubahan.
Banyak kajian terkini telah dilakukan oleh ahli psikolinguistik dari University of Cyprus dan saintis dari Anglia Ruskin University di UK. Hasil kajian menunjukkan bahawa kemahiran dwibahasa mempunyai kesan positif terhadap keupayaan menilai maklumat dan mengabaikan perkara yang tidak relevan. Penyelidik telah melakukan eksperimen dengan membandingkan kemahiran kognitif terhadap individu yang bertutur satu bahasa dengan dua bahasa sejak kecil.
Pakar mendapati bahawa kanak-kanak dwibahasa dapat memproses maklumat secara kritis. Mereka lebih baik dalam menepis gangguan. Hal ini secara langsung dapat dikaitkan dengan bagaimana keadaan mereka dibesarkan. Apabila kanak-kanak ini membesar, mereka menerima dan memproses data daripada dua sumber dan dapat membiasakan diri untuk berurusan dengan jumlah maklumat yang banyak.
Individu yang bertutur dua bahasa selalunya lebih berjaya dalam bidang seni kreatif. Kajian membuktikkan individu bertutur dwibahasa cenderung melihat kehalusan dan nuansa yang tidak dapat dilihat oleh individu yang bercakap satu bahasa. Individu dwibahasa ini dilihat mampu untuk membezakan bunyi dan melodi lebih baik berbanding orang lain.
Penemuan menarik telah diperolehi oleh saintis dari Universiti California di San Diego. 60% pelajar daripada China yang bertutur dwibahasa mampu menghasilkan ‘pitch’ yang sempurna berbanding 14% pelajar yang hanya bertutur satu bahasa.
Menguasai dua bahasa menggalakkan ‘split personaliti’ secara positif. Seseorang yang mempunyai kehidupan kedua ini sentiasa lebih tenang apabila berkomunikasi. Hal ini kerana mereka tahu mereka mempunyai pilihan untuk mundur di kemudian hari.
Mereka mampu menghindar diri daripada perasaan negatif dan dapat berfikir dengan lebih jelas. Kesedaran diri ini membantu mereka untuk bersikap lebih terbuka dalam perhubungan dengan orang yang berbeza. Kanak-kanak sebegini lebih yakin kerana merasakan mereka mempunyai kapasiti yang lebih besar untuk berkomunikasi dengan dunia.
Dari dulu lagi hingga kini, doktor mencadangkan bahawa perkembangan otak dapat melambatkan penyakit Alzheimer pada usia tua. Kini, hipotesis ini telah menerima sokongan saintifik yang baru. Penyelidik di Open University of Catalonia (UOC) telah menerbitkan dalam jurnal statistik Neuropsychologia yang menunjukkan bahawa kadar demensia dalam negara di mana dua bahasa dituturkan adalah 50% lebih rendah dari kawasan yang hanya menggunakan satu bahasa pertuturan.
Pakar percaya bahawa latihan komunikasi dalam pelbagai bahasa adalah setanding dengan keadaan menyelesaikan masalah logik dan cara terbaik untuk mencegah atau melambatkan permulaan demensia.
Proses pembelajaran di Novakid bermula dari peringkat umur 4 tahun. Sekiranya anda ingin memastikan anak anda mahir dalam dwibahasa, ini adalah peringkat umur yang terbaik untuk kanak-kanak mula belajar. Novakid menyediakan “dunia” pembelajaran bahasa yang menggabungkan pengayaan dan hiburan untuk pelajar yang berumur antara 4 hingga 12 tahun.Dengan ini, mereka dapat menikmati setiap sesi kelas.
Novakid Game World (NGW) adalah dunia pembelajaran berasaskan cerita persekitaran berunsurkan komik animasi, sesi pembelajaran Bahasa Inggeris secara individu, permainan mini dan aktiviti-aktiviti di rumah yang menarik. Lebih 82,500 pelajar telah menyertai Novakid Game World dan permainan maya pertamanya, Novakid Magic Academy.
Masih ada kemungkinan bahasa pertama yang dituturkan di rumah tidak menjadi bahasa eksklusif dan dominan. Namun, selepas umur tujuh tahun, kemampuan kanak-kanak untuk bertutur bahasa kedua seperti pentutur asli menurun secara mendadak.
Dianggarkan bahawa individu yang mempunyai kemahiran dwibahasa yang semula jadi iaitu kanak-kanak yang dibesarkan di dalam keluarga dwibahasa mendengar kira-kira 45 juta perkataan untuk setiap bahasa dalam tiga tahun pertama mereka. Jadi, di sini kita boleh bayangkan jenis asas yang perlu kita berikan untuk anak! Menggunakan alatan atau cara yang betul adalah penting untuk mempelajari Bahasa Inggeris. Menonton kartun secara pasif sahaja tidak mencukupi.
Hari ini, 43% orang di dunia boleh dikategorikan sebagai individu dwibahasa. Sebahagian besarnya adalah disebabkan dasar dwibahasa di sesetengah negara. Kepelbagaian linguistik di negara Asia juga merupakan faktor utama. Globalisasi telah memberi kesan kepada negara-negara ini dan sehingga kini telah menjadi satu kebiasaan ibu bapa kanak-kanak terdiri daripada individu golongan pelbagai. Contohnya di Malaysia iaitu tempat yang mempunyai rakyat yang berbilang kaum seperti Cina, India, Arab dan Melayu. Dwibahasa ialah kemahiran yang perlu dibangunkan oleh masyarakat. Selain bahasa ibunda dan bahasa pertuturan, mereka juga perlu menganggap Bahasa Enggeris adalah bahasa kedua sebagai alat untuk menyatukan kepelbagaian.
Jadi apa lagi. Jom daftar Novakid dan ajak rakan yang lain untuk memberikan pendedahan awal kepada anak tentang kemahiran dwibahasa! Nikmati bonus RM 65 untuk anda dan rakan anda yang lain selepas membuat langganan. Ketahui maklumat lebih lanjut tentang Novakid di sini.