Berzikir adalah kata-kata indah yang sering dilafazkan oleh muslim dengan beberapa tujuan keagamaan. Ia sama seperti membaca Al-Quran, bertasbih, bertasmid dan sebagainya, tetapi zikir adalah ungkapan yang ringkas, mempunyai maksud tersirat dan banyak kelebihannya.

Zikir juga adalah terapi untuk seseorang yang beragama Islam dalam menjalani kehidupannya kerana terdapat pelbagai manfaat yang bakal diperoleh. Oleh itu, tidak kira apapun umur kita, amalkanlah zikir selalu untuk kejayaan dunia dan akhirat. Jom lihat 15 kelebihan berzikir dalam kehidupan.

kelebihan berzikir
Imej via [islampos]

#1 Memperoleh Ganjaran Pahala

Berzikir dengan menyebut nama-nama Allah dan keistimewaan Allah memberikan anda ganjaran pahala yang cukup banyak. Senang sahaja untuk menambah ganjaran pahala, dimana-mana pun anda boleh mula berzikir.

#2 Mengingati Allah SWT

Kelebihan berzikir adalah dapat mengingatkan kita kepada Allah SWT dengan lebih mendalam. Apabila kita fahami maksud zikir yang dilafazkan, pastinya hati dan nurani kita lebih kusyuk dan ikhlas.

#3 Membersihkan Hati

Zikir juga dapat membersihkan hati dan jiwa seseorang setelah lama terasa kesunyian, sepi dan kosong. Zikir adalah bukti kepada hati manusia yang sentiasa hidup. Itulah kelebihan zikir yang tersirat ramai tak tahu.

kelebihan zikir
Imej via [ikhtisarislami]

#4 Berasa Tenang

Tahukah anda, apabila berada dalam keadaan gelisah dan bimbang, zikir adalah penawarnya. Anda akan merasa tenang dan lega apabila berzikir dalam keadaan yang panik dan sebagainya.

Cahaya menerangi seluruh diri dan hidup sesiapa yang mengingati Allah. Apa yang dipohon kepada Allah, insyaAllah akan dimakbulkan olehNya. Siapa yang berusaha untuk dekat kepadaNya pasti mendapat apa yang dingininya.

#5 Diberkati Allah SWT

Kehidupan seseorang yang kuat berzikir akan diberkati Allah SWT. Seluruh kehidupan akan menjadi tenang dan mudah. Kelebihan zikir ini akan dirasai di dunia dan di akhirat nanti dimana kehidupan penuh dengan berkah.

#6 Dilimpahkan Rezeki

Paling terkenal, kelebihan zikir dapat menarik pelbagai rezeki terutamanya rezeki yang tidak disangka-sangka. Dengan zikir memuji sifat-sifat Allah, banyak kebaikan yang akan anda peroleh terutamanya dalam segi rezeki.

kelebihan zikir
Imej via [nu]

#7 Mendapat Kebaikan Di Akhirat

Zikir dapat menyelamatkan seseorang daripada api neraka dan azab kubur. Ia juga akan menjadi penerang kubur dan penghapus dosa-dosa yang lama. Antara zikir yang boleh digunakan untuk menghapuskan dosa adalah istifar ‘Astagfirullahaladzim’.

#8 Menjauhkan Diri Dari Syaitan

Bukan sahaja doa ruqyah, tetapi zikir juga dapat menjauhkan diri anda daripada syaitan dan gangguan makhluk halus. Kelebihan zikir dapat menjauhkan diri daripada syaitan menjadikan manusia insaf dan mula mengamalkan zikir.

#9 Menanam Rasa Syukur

Menjadi seseorang yang bersyukur adalah hidayah dan rahmat dari Allah SWT. Dengan berzikir, lama kelamaan hati akan bersih dan sifat syukur dapat diterapkan.

#10 Saraf Otak Menjadi Aktif

Mengikut kaedah EEG yang digunakan untuk mengenalpasti aliran bio elektrik, zikir akan menyebabkan otak menjadi aktif dan mempengaruhi saraf menjadi lebih baik lagi. Dengan itu, seseorang akan menjadi lebih kreatif dan kritis. Hebatnya berzikir!

kelebihan berzikir
Imej via [surabaya]

#11 Menyihatkan Otak Dan Mata

Siapa sangka kajian dari University of Washington menunjukkan bahawa setiap kali perkataan zikir dibaca satu persatu, bahagian otak menunjukkan ia semakin aktif dan meningkatkan aktiviti saraf di otak dan korteks.

#12 Membaiki Percakapan Untuk Lebih Baik

Kelebihan zikir juga adalah ia dapat membaiki percakapan kita dengan lebih baik lagi. Orang yang berzikir dapat mengubah cara percakapan mereka sedikit demi sedikit saban hari. Apabila lidah basah dengan zikrullah, percakapan akan lebih terjaga.

#13 Mudah Masuk Syurga

Rasulullah SAW menyifatkan majlis zikir itu seperti taman syurga. Sabdanya bermaksud: Apabila kamu melintasi taman syurga hendaklah kamu berhenti singgah. Maka bertanya para sahabat, Apa itu taman syurga?” Jawab baginda, ”Majlis zikir.” (Riwayat at-Tirmizi). Zikir juga adalah medium mudah untuk seseorang memperoleh syurga.

kelebihan berzikir
Imej via [sehinggit]

#14 Dapat Mengawal Segala Perbuatan

Berzikir selalu juga dapat menjadikan anda seorang yang positif. Anda dapat mengawal segala perbuatan yang ingin anda lakukan. Tindakan yang baik dan diterima ramai itulah yang bakal anda lakukan. Anda takkan cenderung untuk melakukan hal-hal yang tidak baik.

#15 Dipermudahkan Segala Urusan

Hebatnya zikir, ia juga dapat memudahkan segala urusan yang anda lakukan. Sama ada urusan kerja, peribadi dan lain-lain lagi, zikir akan membantu anda untuk urusan seharian. Cuba amalkan zikir-zikir, pasti akan ada perubahannya dalam urusan anda.

#16 Mengatasi Ketakutan

Apabila mempunyai masalah dan memerlukan kekuatan, sentiasalah menyebut “Subhanallah”, “Alhamdulillah”, dan “Allahu Akhbar.” Mudah-mudahan dengan lafaz zikir ini, anda akan beroleh kekuatan dan mendapat penyelesaian masalah. Mengatasi kekuatan juga adalah kelebihan berzikir wajib anda tahu.

#17 Mengatasi Darah Gemuruh

Selain membaca doa-doa untuk mendapatkan ketenangan hati dan dilapangkan dada, zikir juga dapat membantu anda mengatasi darah gemuruh. Sekiranya dada berombak dan tidak tenang, zikirlah tanpa henti di dalam hati dan bicara. Pasti ia akan membantu menstabilkan mood dan jiwa anda untuk lebih tenang dan tidak gemuruh lagi!

kelebihan berzikir
Imej via [nrzenterprise]

Banyak lagi perkara yang tidak diduga berlaku dengan izin Allah asbab anda mengamalkan zikir. Semoga bermanfaat! Jom baca artikel berkaitan petua dan doa bayi tidur lena, doa dan zikir anak periksa untuk ibu bapa, Amalan zikir harian dan kekuatan zikir dan doa dalam kehidupan.

Rujukan:

  1. tzkrh
  2. hafizamri
  3. hidayah

Penulis: zulrina

Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.