Kalori Nasi Ayam
Nasi ayam tak perlu lagi disangkal akan kesedapannya. Orang kita memilihnya sebagai makanan pilihan tak kira waktu siang atau malam. Ia juga ada pelbagai…

Ringkasan Ringkas
- Nasi ayam merupakan makanan seimbang yang mengandungi protein, karbohidrat, serat dan vitamin.
- Sepinggan nasi ayam (250 gram) mengandungi 278 kalori, 46g karbohidrat, 16g protein dan 3g lemak.
- 278 kalori boleh dibakar dengan berenang selama 23 minit atau jogging selama 32 minit.
- Pengguna harus menyediakan resepi nasi ayam versi sihat untuk gaya hidup lebih baik.
Nasi ayam tak perlu lagi disangkal akan kesedapannya. Orang kita memilihnya sebagai makanan pilihan tak kira waktu siang atau malam. Ia juga ada pelbagai jenis, ada nasi ayam penyet, nasi ayam hainan, nasi ayam kukus dan macam-macam lagi inovasi terhadap makanan yang satu ini. Makanan ini juga menjadi makanan seharian atau pada majlis-majlis tertentu kerana cirinya yang melengkapi bagi sesebuah hidangan. Protein, karbohidrat, serat, vitamin dan banyak lagi. Selain berkhasiat, ia pastinya enak.

Imej via youtube
Nasi ayam biasannya disediakan dengan nasi yang dimasak dengan margerin, daun pandan, serai serta halia. Itu ciri khas nasi ayam. Kemudian lauk wajib semestinya ayam. Ada yang hanya menggoreng. Ada juga yang memilih bakar atau sekadar rebus. Namun sebelum proses itu, ayam terlebih dahulu diperap untuk mendapatkan rasa yang sedap. Akhirnya disajikan dengan sambal dan kicap. Timun dan salad pula menjadi pelengkap.
Kandungan Kalori Nasi Ayam
- Nasi Ayam saiz hidangan 250 gram (sepinggan)
- KaloriI - 278
- Karbohidrat - 46g
- Protein - 16g
- Lemak - 3g
Cara Membakar 278 Kalori
- Jogging - 32 minit
- Mengemas rumah - 1jam 7minit
- Berbasikal - 42 minit
- Berenang - 23 minit
Kesimpulannya, ia berbalik kepada cara penyediaan. Bagi anda yang ingin memasak nasi ayam, pastikan anda menyediakan resepi dan bahan mengikut garis kesihatan yang sesuai. Cari sahaja di internet, ramai yang berkongsikan resepi nasi ayam versi sihat. Jom baca juga kalori roti, kalori mee goreng dan kalori mee goreng.
Rujukan:
https://www.myfitnesspal.com/food/calories/nasi-ayam-682819077 https://kalorimakanan.com/kalori-nasi-ayam https://resepichenom.com/resepi/nasi-ayam-sedap/show
