Kurma merupakan makanan sunnah yang disebut di dalam Al-Quran sebagai salah satu daripada makanan ahli syurga selaim madu, buah zaitun, buah tin, dan buah delima. Kurma sememangnya enak dan kaya dengan pelbagai khasiat.

Terdapat pelbagai jenis kurma yang dijual di pasaran. Pastinya anda rambang mata tak tahu nak pilih yang mana satu. Istimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan jenis kurma yang sedap dan popular di Malaysia.

jenis kurma
Sumber: Wanista

Sebelum itu jom kita ketahui apakah khasiat kurma sehingga ia menjadi salah satu makanan sunnah kegemaran Rasulullah. Di antara kebaikan kurma kepada kesihatan ialah:

  • Menguatkan memori. Kalau anda jenis yang mudah lupa dan susah untuk mengingati sesuatu perkara, eloklah makan kurma setiap hari untuk menguatkan semula memori anda.
  • Baik untuk ibu mengandung. Amalan makan kurma sepanjang tempoh mengandung membantu membekalkan nutrien bagi ibu mengandung dan bayi dalam kandungan. Kurma juga memberikan tenaga kepada si ibu selain membantu mencepatkan proses bersalin. Pengambilan kurma sepanjang mengandung membantu mengurangkan risiko tumpah darah semasa bersalin. Hebat kan!
  • Selain itu kurma juga menjaga kesihatan jantung. Anda boleh amalkan petua berikut untuk mendapatkan jantung yang sihat dan kuat. Caranya ialah rendam 7 biji kurma semalaman lalu ditumbuk dan dimakan pada keesokan paginya. Buang bijinya dulu ya, janga ditumbuk dengan bijinya sekali.
  • Kurma juga kaya dengan potasium yang membantu mengurangkan risiko serangan strok.
  • Amalan makan kurma setiap hari akan membantu menjaga kesihatan tulang dan mengurangkan risiko penyakit osteoperosis.
  • Kurma juga menjaga kesihatan usus dan sistem pencernaan.

Menarik bukan? Sekarang tiba masanya untuk kami kongsikan jenis kurma yang sedap dan popular di Malaysia yang boleh anda beli:

Kurma ajwa

Kurma ajwa adalah jenis kurma yang paling disukai oleh Rasulullah. Kurma ajwa berasal dari Madinah dan merupakan kurma yang paling popular dan digemari oleh umat islam di seluruh dunia memandangkan ia adalah kurma yang paling digemari oleh Rasulullah. Ciri-ciri kurma ajwa yang asli adalah warnanya hitam pekat dan terdapat beberapa garis kecil pada buahnya. Kurma Ajwa tidak terlalu manis dan teksturnya adalah lembut.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda seperti berikut:

“Barangsiapa mengambil tujuh butir kurma Ajwa pada pagi hari, maka pada hari itu ia tidak akan terkena racun mahu pun sihir”

Hadith Riwayat Bukhari

Oleh itu, kalau anda masih tercari-cari jenis kurma untuk dimakan oleh anda seisi keluarga, bolehlah beli kurma ajwa yang menjadi kegemaran Rasulullah ini. Bukan sahaja rasanya sedap malah ianya juga sangat berkhasiat untuk kesihatan. Ia adalah kurma terbaik di dunia.

jenis kurma
Sumber: Tribunnews

Kurma Safawi

Kurma Safawi berasal dari Madinah dan Mekah. Jika anda berpeluang untuk melakukan umrah, anda jangan lepaskan peluan untuk melihat pokok kurma Safawi yang sangat lebat.

Pokoknya penuh dengan buah kurma sepanjang tahun. Kurma jenis ini berwarna coklat gelap, lembab dan bertekstur lembut. Apa yang menarik, rasa kurma Safawi hampir sama dengan kurma Ajwa yang menjadi kegemaran Rasulullah.

Kurma Rotub atau kurma muda

Anda pernah makan kurma muda? Kurma Rutob adalah kurma segar yang masih muda atau baru masak. Ianya agak sukar untuk didapati di Malaysia kerana tidak tahan lama dalam keadaan segar. Jika disimpan lama ia akan berubah menjadi kurma lain yang biasa. Kurma Rotub menjadi kegeatan ramai kerana teksturnya yang rangup bila dimakan.

Kurma Majdoul

Kurma Majdoul atau juga dikenali dengan nama kurma Medjool banyak tumbuh di iklim yang panas dan kering seperti di Timur Tengah dan Afrika. Ia juga merupakan kurma yang menjadi pilihan ramai setiap kali tibanya bulan Ramadhan. Di antara ciri kurma ini ialah buahnya agak gemuk, lembab, lembut, dan manis. Kurma Majdoul bercoklat gelap. Rasanya sederhana manis dan berlemak.

Kurma Majdoul mengandungi serat dan mineral penting seperti potassium, magnesium, tembaga, dan mangan. Kalau anda suka minum susu kurma, kurma jenis ini adalah jenis yang terbaik untuk anda gunakan sebagai bahan untuk menyediakan susu kurma memandangkan isinya yang lembut dan lembab.

Kurma Deglet Nour atau kurma bertangkai

Kurma Deglet Nour atau lebih dikenali sebagai kurma bertangkai merupakan satu lagi kurma sedap yang popular di Malaysia. Kurma ini berwarna kemerahan dan kekuningan dengan rasa yang halus walau pun ia tidak semanis dan selembab kurma Majdool.

Deglet Nour adalah kurma yang paling banyak ditanam di Afrika Utara. Apa yang menarik, biji dalam buah kurma ini boleh dilihat jika anda meletakkan kurma ini pada pada cahaya. Boleh tembus. Tak percaya? Anda cuba sendiri.

jenis kurma
Sumber: Bukalapak

Kurma Mariami

Kurma Mariami juga tak kurang sedapnya. Tak hairanlah kenapa ia menjadi pilihan ramai rakyat Malaysia. Kurma Mariami berwarna coklat kehitaman serta mempunyai rasa halus dan lembut.

Kurma jenis ini ditanam di Iran dan rasanya sangat manis. Satu lagi faktor yang menjadikan kurma Mariami terkenal di Malaysia ialah kerana harganya yang murah berbanding jenis kurma yang lain.

Itulah dia info tentang jenis kurma yang sedap dan popular di Malaysia. Sedapnya kurma. Sedap juga kalau dapat makan sekarang, kan? Semoga info yang kami kongsikan tadi bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan artikel ini, anda juga mungkin berminat untuk membaca perkongsian kami tentang khasiat resepi buah kurma, khasiat kurma untuk ibu mengandung, dan tazkirah ringkas tentang kurma

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.