Keenakan kacang menjadikan ia sering dijadikan menu sampingan harian anda. Mungkin mentega perisa kacang hazel sentiasa menjadi teman baik anda semasa sarapan pagi, susu badam semasa waktu tengah hari dan coklat kacang almond semasa waktu petang anda. Hampir setiap hari anda mengambil kacang, tetapi adakah kacang tersebut benar-benar menyihatkan anda?

Secara amnya, semua kacang adalah sumber lemak tak tepu, protein, serat, pelbagai vitamin, mineral dan antioksidan. Makan lebih banyak kacang adalah cara mudah untuk mendapatkan lebih banyak serat. Selain itu, kacang adalah sumber magnesium yang baik dan merupakan sumber nutrien lain yang diperlukan oleh tubuh badan kita.

Tahukah anda, dengan memakan lebih banyak kacang, ia dapat menyokong jantung anda dengan membantu menurunkan kolesterol jahat dan meningkatkan kolesterol baik di dalam badan.

Terdapat banyak cara untuk anda menggunakan kacang dalam pemakanan seharian, tetapi pilihlah kacang yang berkhasiat. Berikut adalah jenis kacang yang berkhasiat dan boleh dimakan.

1.  Kacang Brazil

jenis kacang

Imej via [maskulin]

Jenis kacang brazil ini mengandungi banyak selenium, mineral yang terlibat dalam pengeluaran hormon tiroid. Mineral ini sangat penting dalam fungsi antioksidan bagi proses melindungi diri kita daripada barah. Ia juga amat bagus untuk kesihatan rambut dan kuku.

Satu kajian menunjukkan kesan secara langsung terhadap peningkatan kolesterol darah dalam sembilan jam setelah pengambilannya. Setiap hidangan 1 ons kacang brazil ini mengandungi 187 kalori, 19 g lemak, 3 g karbohidrat, 0 g gula, 2 g serat dan 4 g protein.

2.  Kacang Macadamia

jenis kacang

Imej via [merdeka]

Secara amnya, jenis kacang ini sering berkait rapat dengan biskut. Boleh dikatakan bahawa kacang macadamia ini sering diremehkan khasiatnya. Namun tahukah anda, kacang macadamia mengandung thiamin dan lemak tak tepu yang turut terdapat dalam minyak zaitun.

Setiap hidangan 1 ons kacang macadamia mengandungi 204 kalori, 21 g lemak, 3,9 g karbohidrat, 1 g gula, 2 g serat dan 2.4 g protein. Ia sesuai bagi anda yang ingin berdiet tetapi suka berkudap-kudap.

3.  Pistachio

jenis kacang

Imej via [macmillandictionary]

Sering menjadi makanan ringan, jenis kacang hijau yang kecil ini memiliki kandungan nutrien dan antioksidannya yang tinggi. Ianya adalah salah satu kacang yang terdapat dengan kadar kepekatan antioksidan yang tertinggi iaitu lutein dan zeaxanthin. Salah satu fungsinya adalah untuk meningkatkan kesihatan mata.

Setiap hidangan 1 ons kacang pistachio ini mengandungi 159 kalori, 12.8 g lemak, 7.7 g karbohidrat, 2.1 g gula, 3 g serat, dan 5.7 g protein.

4.  Kacang Pecan

jenis kacang

Imej via [rasa]

Kacang Pecan sangat terkenal dengan sumber Vitamin E yang tinggi. Ia juga merupakan sumber thiamin yang cukup hebat, vitamin B kandungan jenis kacang ini memainkan peranan penting dalam meningkatkan metabolisma tenaga di dalam tubuh badan kita.

Anda boleh menyediakan kacang ini di dalam yogurt, oatmeal, sup, sayuran dan banyak lagi. Setiap hidangan 1 ons kacang pecan mengandungi 196 kalori, 20 g lemak, 3 g karbohidrat, 1 g gula, 2 g serat, dan 2.6 g protein.

5.  Kacang Hazel

jenis kacang

Imej via [kumpulanilmu]

Kacang hazel adalah sumber vitamin E, tembaga, mangan dan antioksidan yang baik. Antioksidan di dalamnya bahkan terbukti dapat membantu menurunkan kolesterol dan radang. Jenis kacang ini juga amat popular kerana kesedapannya sehingga ia dimakan bersama coklat.

Jangan lupa untuk menikmati hazelnut sebagai makanan ringan atau tambahkan hazelnut panggang ke dalam hidangan sayuran, salad dan pasta. Pastikan kulit tetap ada kerana kulitnya juga mengandungi kepekatan antioksidan tertinggi.

Setiap hidangan 1 ons kacang hazel pula mengandungi 178 kalori, 17 g lemak, 0 mg sodium, 4.7 g karbohidrat, 1.2 g gula, 2.8 g serat, dan 4.2 g protein.

6.  Kacang Pine

jenis kacang

Imej via [thehealthypost]

Kaya dengan sumber vitamin E dan K yang baik, serta zat besi dan magnesium yang tinggi, kacang pine sangat berkhasiat untuk kita semua. Zat besi amat penting untuk pengangkutan oksigen ke seluruh tubuh.

Bagi vegetarian yang mungkin kekurangan mineral tanpa daging dalam makanan mereka, kacang pine adalah penyelesaiannya.  Kacang pine dikatakan mengandungi hampir lapan gram zat besi setiap cawan, jadi ia adalah sumber mineral yang sangat hebat.

Anda boleh gunakan kacang pine ini untuk taburkannya di atas pasta, salad, ayam, atau ikan untuk makanan yang sihat. Setiap hidangannya 1 ons mengandungi 190 kalori, 19 g lemak, 0 mg sodium, 4 g karbohidrat, 1 g gula, 1 g serat, dan 4 g protein.

7.  Kacang Almond

jenis kacang

Imej via [drzubaidi]

Banyak sebab mengapa kacang almond mempunyai pelbagai khasiat. Selain menjadi sumber serat dan protein yang tinggi, ia juga terbukti dapat membantu mengurangkan keradangan dalam badan dan membantu anda mengekalkan berat badan yang sihat.

Tahukah anda bahawa kacang almond kaya dengan vitamin E? Satu hidangan kacang ini menyediakan 60 peratus zat daripada keperluan harian anda! Beberapa penyelidikan bahkan mengaitkan makan kacang ini dapat menurukan risiko terkena penyakit barah usus.

Setiap hidangan 1 ons kacang yang popular ini mengandungi 164 kalori, 14 g lemak, 6 g karbohidrat, 1 g gula, 3.5 g serat dan 6 g protein.

8.  Kacang Gajus

jenis kacang

Imej via [eborong]

Tahukah anda, kacang gajus mempunyai lebih banyak zat besi berbanding dengan kacang lain? Dengan khasiat zat besinya yang tinggi, ia amat baik sekiranya jenis kacang ini diamalkan setiap hari.

Tekstur kacang ini juga menjadikannya pengganti tenusu yang hebat kerana penuh dengan serat yang pelbagai. Setiap hidangan 1 ons kacang gajus mengandungi 160 kalori, 12 g lemak, 9 g karbohidrat, 1 g gula, 2 g serat dan 5 g protein.

9. Kacang Tanah

jenis kacang

Imej via [wom]

Kacang tanah adalah sumber protein yang baik dan kaya dengan kandungan vitamin serta mineral. Anda boleh mendapat khasiatnya dengan memakan mentega kacang. Namun perlu diingatkan bahawa mentega kacang mempunyai kolori yang cukup tinggi, jadi jangan makan melebihi dua sudu.

Setiap hidangan 1 ons kacang tanah mengandungi 161 kalori, 0.4 g lemak, 4.5 g karbohidrat, 1 g gula, 2 g serat dan 7 g protein. Lebih elok jika anda amalkan makan jenis kacang ini sebegitu sahaja selepas digoreng.

10.  Kacang Walnut

jenis kacang

Imej via [hijabista]

Tidak terkecuali, kacang walnut adalah sumber tumbuhan yang kaya dengan asid lemak omega-3, yang penting dalam diet kita dan membantu mengurangkan risiko penyakit jantung. Walaupun ia lebih tinggi kalori dan lemak daripada kacang lain, walnut mengandungi lemak sihat yang diperlukan oleh tubuh.

Kacang walnut juga dapat membantu anda tetap kenyang lebih lama.  Setiap hidangan 1 ons kacang walnut mengandungi 220 kalori, 22 g lemak, 5 g karbohidrat, 1 g gula, 2 g serat dan 5 g protein. Masyarakat barat mengamalkan makan kacang walnut sebagai sarapan pagi.

Itulah dia jenis kacang yang berkhasiat boleh dimakan dan diamalkan kita semua. Jom baca juga resepi kuih kacang hijau, khasiat kacang untuk ibu hamil, Resepi bun kacang merah dan Resepi kerabu kacang panjang.

Rujukan

  1. What are the most healthful nuts you can eat? https://www.medicalnewstoday.com/articles/323042
  2. The top 9 Nuts to eat for better health. https://www.healthline.com/nutrition/9-healthy-nuts
  3. The 10 Healthiest nuts you can eat, accrding to nutritionists. https://www.womenshealthmag.com/food/a19927206/healthy-nuts-to-eat/

Penulis: zulrina

Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.