Langkau ke kandungan
Bidadari
Menu

12 Jenis Dadah dan Fungsinya Yang Paling Popular di Malaysia

Dadah digunakan dalam perubatan tetapi ia juga harus mengikut kesesuaian tubuh badan seseorang. Sesetengah dadah mungkin melambatkan pergerakan badan dan…

KesihatanDikemas kini 28 April 2020oleh zulrina
Ilustrasi: 12 Jenis Dadah dan Fungsinya Yang Paling Popular di Malaysia

Nota: artikel ini mungkin mengandungi pautan afiliasi. Bidadari.my mungkin memperoleh komisen kecil tanpa kos tambahan kepada anda.

Dadah digunakan dalam perubatan tetapi ia juga harus mengikut kesesuaian tubuh badan seseorang. Sesetengah dadah mungkin melambatkan pergerakan badan dan ada juga yang boleh mempercepatkan fungsi badan. Semua dadah yang disenaraikan di bawah adalah bahan terkawal atau haram di Malaysia; artikel ini bertujuan untuk pendidikan dan pencegahan sahaja. Penyalahgunaan dadah boleh mendatangkan pelbagai kemudaratan kesihatan yang serius serta risiko kematian. Jom lihat jenis dadah dan fungsinya.

1.  Kokain / Cocaine

Kokain atau Cocaine adalah jenis dadah yang berasal daripada daun koka. Dadah ini diproses menjadi serbuk putih. Untuk pengetahuan anda, daun koka yang digunakan untuk membuat kokain berasal daripada Peru, Columbia, Amerika Selatan dan Bolivia. Jenis dadah ini dikaitkan dengan penggunaan haram dan ketagihan yang teruk dalam masa yang singkat. Ia juga digunakan oleh sebahagian besar rawatan di bilik kecemasan. Penyalahgunaannya berlaku dalam pelbagai bentuk dan kesemuanya menyalahi undang-undang. Kokain berfungsi menghalang reaksi neuron dan meningkatkan aktiviti beberapa saraf. Kesannya amat kuat dan boleh menyebabkan ketagihan yang teruk serta komplikasi kesihatan yang serius.

2.  Methamphetamine

  Nama Methamphetamine merupakan satu jenis dadah yang tergolong dalam kumpulan stimulan. Uniknya, ia berbentuk seperti kaca pecah dan ada juga berbentuk seperti kristal. Contoh yang biasanya terdapat di Malaysia ialah jenis dadah syabu.  Jenis dadah ini lazimnya diproses secara haram dan dari segi aspek perubatan, ianya tidak digunakan.  Ia juga sering dikaitkan dengan ketagihan yang teruk oleh penggunanya. Selain itu, ia dikenali sebagai speed, ice, meth dan kristal.

3.  Disulfiram

  Jenis dadah yang digunakan untuk mengurangkan ketagihan minum secara berterusan dan membantu mengekalkan pantang bagi orang yang menggunakan gangguan alkohol adalah Disulfiram.  Ia berfungsi menghalang fungsi aldehid dehidrogenase dan menghasilkan kesan yang tidak menyenangkan apabila alkohol digunakan atau diminum. Kesan-kesan sampingannya termasuk sakit kepala dan peningkatan kadar denyutan jantung. Jenis dadah ini boleh didapati dalam bentuk tablet dan diambil secara telan.

4.  Amfethamin / Amphetamine

  Amfethamin adalah merupakan jenis dadah yang psikostimulan. Ia meningkatkan aktiviti neurotransmitter tertentu. Fungsinya adalah menaikkan pelepasan sinaptik dan menghalang reuptake.  Amfethamin ditetapkan untuk beberapa keadaan namun sering juga disalah guna pakai. Dengan pengambilan yang berlebihan, pengguna biasanya menjadi tidak boleh tidur, bercakap lebih-lebih, menggeletar dan sebagainya.

5.  Duragesic

  Tahukah anda, Duragesic adalah jenis dadah yang terdapat dalam beberapa dos kekuatan. Tujuan asalnya adalah untuk digunakan dalam menguruskan kesakitan kronik dan teruk. Penyalahgunaan yang disengajakan dapat meningkatkan risiko kecederaan berlebihan dan boleh mendatangkan ketagihan.

6.  Ecstacy

Ectasy dikenali juga sebagai ‘feel good drug’. Jenis dadah ini biasanya dapat meningkatkan daya tahan penggunanya. Penyalahgunaannya berlaku dalam pelbagai bentuk dan kesemuanya menyalahi undang-undang.

7.  Heroin

Dikenali sebagai dadah jalanan, Heroin adalah dadah yang paling sering disalah gunakan oleh penagih dadah di Malaysia. Heroin dalam bentuk tulen adalah dalam bentuk serbuk putih yang merupakan produk yang dihasilkan daripada pengolahan dari dadah jenis morfin. Heroin mempunyai kekuatan yang berlipat kali ganda daripada morfin. Jenis dadah ini merupakan ubat haram yang dikenali untuk mendorong perasaan menenangkan dan euforia. Penyalahgunaannya berlaku dalam pelbagai bentuk dan kesemuanya menyalahi undang-undang.

8.  Ketamin / Ketamine

  Sesuai dengan fungsinya, jenis dadah ini adalah merupakan ubat bius dalam operasi pembedahan. Ianya kerap disalah gunakan oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Ketamin boleh menyebabkan penggunanya mengalami tidur dengan cepat.  Ketamin pernah dikaitkan dengan kemunculan kecelaruan yang lebih pendek dan kurang menakutkan. Dalam bentuk farmaseutikal, ketamin masih menjadi ubat dengan utiliti perubatan.

9.  Naphyrone

Naphyrone (NRG-1; Energy1) adalah jenis dadah perangsang yang berkait rapat dengan mephedrone. Kesannya dikatakan sama seperti dadah jenis amphetamine, kokain dan ecstasy. Jenis dadah ini dianggap 5 hingga 10 kali ganda lebih kuat daripada mephedrone atau ecstasy. Ia diharamkan di Malaysia. Pengambilannya akan mendatangkan kesan berbahaya seperti kesan buruk kepada jantung dan saluran darah, hiperthermia dan sebagainya. Dalam kes yang teruk, dadah ini boleh menyebabkan kematian akibat keruntuhan kardiovaskular atau kejutan jantung. Kini, Naphyrone adalah haram dan merupakan dadah kelas B di Jersey.

10.  Marijuana

Marijuana juga dikenali sebagai ganja. Kompaun psikoaktif utama dalam ganja adalah tetrahydrocannabinol. Di dalam beberapa negara, marijuana telah disahkan untuk beberapa kegunaan perubatan. Penyalahgunaannya berlaku dalam pelbagai bentuk dan kesemuanya menyalahi undang-undang.

11.  Morfin / Morphine

Morfin adalah jenis dadah alkaloid. Ianya diperolehi selepas prosesnya daripada candu mentah. Dalam pasaran gelap ia selalunya dikenali bes morfin, pil morfin dan morfin mentah. Penyalahgunaannya berlaku dalam pelbagai bentuk dan kesemuanya menyalahi undang-undang. Jenis dadah ini bersifat analgesik opioid iaitu sering dianggap sebagai ubat penghilang rasa sakit arketik. Ia digunakan secara meluas di hospital dan klinikal lain namun ia juga disalahgunakan oleh para penagih dadah.

12.  Phenobarbital

  Phenobarbital adalah jenis dadah barbiturat. Ia biasanya digunakan sebagai anticonvulsant untuk merawat pesakit sawan. Ia juga boleh digunakan untuk mengubati mereka yang mengalami pengeluaran akut daripada alkohol atau benzodiazepin. Kesan pengambilannya boleh menyebabkan gegaran dan kejang yang teruk. Berikut adalah jenis dadah yang wujud dan berbahaya di Malaysia. Jom baca juga Atasi Pembuangan Bayi, Faedah Bersukan dan Peranan Ibu Bapa Atasi Masalah Remaja.

Dapatkan bantuan: Jika anda atau ahli keluarga terjejas dengan dadah, hubungi Talian AADK 1-800-22-2235 atau hadir ke klinik kesihatan berdekatan.

Rujukan

  1. Drugs A-Z.  https://drugabuse.com/addiction/drugs-a-z/
  2. Fakta Tentang Dadah, Jenis-jenis Dadah dan Kesannya.  http://ppdasktamanputraperdana.blogspot.com/2016/01/fakta-tentang-dadah-jenis-jenis-dadah.html
  3. Drugs and their effects.  https://www.gov.je/Health/AlcoholDrugs/Pages/DrugsEffects.aspx