Bak kata orang, kasih ibu hingga ke syurga. Setiap umat manusia, pasti mempunyai ibu – individu yang bertarung nyawa melahirkannya dan membesarkannya. Beza, adakah kita diberi nikmat untuk merasa kasih seorang ibu atau tidak.

kasih ibu ke syurga

Kasih ibu ke syurga [яαввαηα! тαqввαℓ мιηηαн!]

Alhamdulillah saya merupakan antara orang yang diberi peluang oleh Allah untuk merasa perasaan dikasihi oleh seorang ibu. Sedari kecil, ibu saya cuba untuk memberi yang terbaik. Walaupun sibuk bekerja, beliau tidak pernah walau sekali pun mengabaikan tanggungjawab beliau.

Setiap pagi sebelum ke sekolah, pasti kami adik-beradik lengkap dengan sarapan dan bekalan ke sekolah. Makan malam tidak pernah yang ala kadar.Beliau pasti akan memastikan kami mendapat makan dan nutrien yang mencukupi.

Sayu apabila teringat, wajah keletihan beliau menguruskan rumah tangga 24 jam, tetapi bibirnya tidak pernah lekang dengan senyuman, sentuhannya penuh kelembutan, dan kata-katanya sentiasa berbaur dorongan serta semangat. InshaAllah syurga sahaja selayaknya tempat beliau.

Di sini saya tertarik untuk berkongsi iklan yang sangat menyentuh hati melihatnya. Perasaan rindu pada ibu di kampung semakin membara. Apakan daya, jarak dan wang memisahkan kami :(

Wassalam.

Penulis: Ummu Hatim

Ummu Hatim adalah salah seorang penulis tetap di Bidadari.My. Penulisannya banyak mengenai keibubapaan dan tips kesihatan. Menulis untuk mendidik diri sendiri disamping berkongsi ilmu pembacaan yang ada.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.