Salam semua, semoga sentiasa dalam keadaan sihat selalu. Pagi ini kami ingin berkongsi resepi masak 3 rasa menggunakan ikan temenung. Sedap juga ikan temenung ini dijadikan masak 3 rasa. Tidak semestinya ikan talapia sahaja, yang memang mahal kalau ingin beli, ikan temenung pun sedap juga.

Resepi kali ini kami datangkan daripada Siti Fatimah yang berkongsi resepi di laman Facebook. Resepi yang lebih sedap dan menarik tidak akan menyesal anda cuba. Kami tuliskan cara-cara masak yang sesuai untuk ikan temenung 3 rasa di bawah.

Ikan temenung 3 rasa sedap dimakan dengan nasi putih panas-panas untuk makan tengah hari atau makan malam. Gerenti siapa yang cuba mesti akan bertambah-tambah makan. Jom cubakan resepi di bawah.

Resepi Ikan Temenung 3 Rasa

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Ikan temenung 4 ekor (goreng dengan serbuk kunyit, ketepikan),
  • 2 batang serai diketuk,
  • Bawang kecil 4 ulas,
  • Bawang putih 2 ulas,
  • 2 biji cili merah,
  • 6 biji cili padi,
  • Halia satu inci.
  • Tumbuk semua bahan di atas.
  • Pati ayam Knorr seketul,
  • Sedikit kicap manis,
  • Sedikit air asam jawa,
  • Sedikit santan,
  • Sedikit garam dengan gula.

Bahan Hiasan :

  • Cili padi 8 biji,
  • Bawang besar setengah biji,
  • Sedikit daun bawang,
  • Sedikit daun kari.

Cara-cara :

  1. Tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk tadi dengan serai bagi kekuningan.
  2. Kemudian masukkan ikan yang digoreng tadi, masukkan kicap manis, santan dan air asam.
  3. Masak sampai pecah minyak.
  4. Kemudian masukkan garam, gula dan pati ayam Knorr.
  5. Seterusnya tunggu sampai betul-betul pekat masukkan hiasan. Siap.

Resepi Menarik Lain

Selain ikan temenung 3 rasa, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.