Siapa tercari resepi ikan celup tepung Terengganu? Kali ini kami akan berkongsi resepi Terengganu punya iaitu ikan celup tepung.

Ikan celup tepung biasa dihidang di kedai-kedai makan. Cara penyediaan lauk ini amat mudah. Ikan dilumur garam kunyit kemudian dicelup dengan tepung beras. Senang sangat dalam 10 minit boleh siap. Sedap untuk dihidang sebagai lauk tengah hari. Dimakan dengan nasi putih panas, sambal belacan, dan ulam sedap sangat.

Sesiapa yang ingin jadi menantu orang Rusila, Terengganu kena pandai buat ikan celup tepung ya. Ayuh cuba buat ikan celup tepung dihadirkan oleh Siti Aisyah Mohd Zain di laman Facebook. Rangup dan lazat sangat. Petua letak kelapa parut itu supaya tepung jadi makin rangup.

Resepi Ikan Celup Tepung Terengganu

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Tepung beras,
  • Garam,
  • Kunyit serbuk,
  • Telur 1 biji,
  • Ikan 9 ekor,
  • Kelapa parut sedikit,
  • Air kapur.

    ikan celup tepung

    Imej via Facebook

Cara- cara :

  1. Tepung beras gaul bersama telur, garam, serbuk kunyit, air kapur, dan kelapa parut.
  2. Baru masukkan air sedikit demi sedikit, bagi pekat tapi jangan pekat sangat adunan, kerana kalau cair sangat nanti tepung tidak melekat.
  3. Kemudian celup ikan dalam tepung dan goreng.
  4. Minyak kena betul-betul panas baru masukkan ikan, bagi garing dulu dan baru balikkan ikan.

Siap sedia dimakan.

Resepi Menarik Lain

Selain ikan celup tepung terengganu, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

Penulis: Rahayu Z

Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.