Ibu susuan telah wujud sejak zaman dahulu lagi. Malah Rasulullah junjungan kita juga disusukan oleh ibu susuannya Halimatussaadiah selepas ibunya wafat. Dewasa ini, ibu susuan semakin popular memandangkan para ibu semakin cakna tentang kepentingan susu ibu kepada bayi.
Jika dulu, ibu akan memberikan susu formula kepada bayinya jika tidak cukup susu. Namun kini, sudah menjadi trend ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu akan mencari ibu yang sudi menjadi ibu susuan untuk anaknya. Malah ada ibu yang mempunyai lebihan susu perahan akan menawarkan susunya di kumpulan sokongan di media sosial.
Ibu susuan bukanlah perkara yang boleh dipandang ringan kerana ia membabirkan hukum syarak seperti aurat dan perkahwinan. Jika anak anda mempunyai ibu susuan atau anda sendiri adalah seorang ibu susuan, artikel ini sangat sesuai untuk anda. Jom kami kongsikan tentang panduan ibu susuan yang anda wajib tahu.
Untuk artikel ini, kami merujuk kepada fatwa yang dikeluarkan oleh
Mufti Wilayah Persekutuan melalui Bayan Linnas Siri 70: Isu Berkenaan Ibu Susuan & Pelbagai Hukum. Terdapat 8 isu yang dibincangkan dalam fatwa tersebut iaitu:
Apakah syarat sah untuk menjadi ibu susuan? Mengikut islam, terdapat 2 syarat sah iaitu:
Isu ini timbul kerana pada zaman moden ini, kebanyakan ibu susuan memberikan susu perahan kepada anak susuannya. Susu perahan pula akan diberikan kepada anak susuan menggunakan botol susu atau picagari,. Maka timbul persoalan, adakah menyusukan anak susuan secara langsung dari payudara adalah syarat sah menjadi ibu susuan?
Jawapannya, menyusu secara langsung dari payudara bukan syarat sah ibu susuan. Penggunaan botol susu atau picagari adalah dibolehkan. Ini adalah seiring dengan hadith berikut:
Daripada Ibn Mas`ud berkata, tidak berlaku hukum penyusuan melainkan dengan apa yang menguatkan tulang dan menumbuhkan daging. (Hadith riwayat Abu Daud)
Apabila seorang anak menjadi anak susuan, dia telah menjadi seperti anak kandung ibu itu sendiri. Secara automatik menjadi keluarga dan mahram untuk anak-anak serta suaminya juga. Isu mahram melibatkan perkahwinan kerana haram hukumnya berkahwin dengan mahram. Menurut fatwa tersebut, untuk mengelakkan berlakunya pernikahan yang tidak sah, langkah berikut boleh diambil:
Anak susuan adalah seperti anak kandung ibu susuan tersebut. Oleh itu, pergaulan di antara anak susuan dengan suami dan anak-anak ibu susuannya adalah seperti adik-beradik yang dilahirkan dari rahim ibu yang sama. Malah boleh tinggal serumah.
Sesetengah bayi tidak dapat disusukan oleh ibu kandungnya mungkin disebabkan oleh masalah berikut:
Untuk keadaan ini, mencari ibu susuan untuk bayi tersebut ialah harus dan kedua-dua keluarga wajib mengenali di antara satu sama lain.
Tiada masalah. Asalkan kedua-dua keluarga ibu susuan dan anak susuan saling mengenali dan setuju tentang pemberian susu tersebut, ianya tidak menjadi masalah.
Penubuhan bank susu dengan objektif untuk mengumpul susu bagi diberikan kepada bayi yang memerlukan adalah dibolehkan oleh islam. Ianya tidak bertentangan dengan hukum syarak. Namun, beberapa perauran perlu dipatuhi bagi mengelakkan masalah di kemudian hari.
Kami tertarik dengan senarai peraturan bank susu yang dikemukakan olehDr Wahbah Azzuhaili iaitu:
Hukumnya ialah makruh. Sekiranya tiada keperluan seorang bayi untuk mendapatkan ibu susuan, dan ibu kandungnya mampu untuk menyusukan bayi tersebut sehingga kenyang, maka tiada keperluan untuk ibu lain menyusukan bayi tersebut. Ibu susuan adalah kelonggaran dan kemudahan yang dibolehkan oleh islam bagi digunakan dalam keadaan terdesak dan memerlukan sahaja.
Itulah dia perkongsian kami tentang ibu susuan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan artikel ini, anda juga mungkin berminat untuk membaca tulisan kami tentang nasihat Lukman Al Hakimdan tips membentuk keluarga bahagia.