Ramai pasangan yang berkahwin tidak dikurniakan anak. Oleh sebab itulah, bayi tabung uji ini dicipta. Ia merupakan satu teknologi bantuan reproduktif bagi membantu pasangan yang mengalami masalah kesuburan. Proses ini melibatkan persenyawaan ovum oleh sperma di luar badan manusia selepas teknik bantuan reproduktif yang lain telah menemui kegagalan.

Mengikut sejarah, kajian bayi tabung uji ini telah bermula sejak tahun 1909 lagi. Namun, hanya pada tahun 1965, seorang saintis dari British, Robert Edward telah berjaya mensenyawakan ovum melalui teknik in vitro dengan kerjasama  Howard dan Georgeanna Jones yang bekerja di dalam bidang IVF di Amerika.

Bayi tabung uji ini, disyorkan kepada wanita yang sudah berkahwin selama 2 tahun dan masih belum dikurniakan zuriat mungkin disebabkan kegagalan tiub fallopian atau ketidaksuburan yang tidak dikenalpasti.

Kejayaan IVF memerlukan ovum yang sihat dan baik serta sperma yang mampu mensenyawakan ovum dan rahim yang mampu meneruskan kandungan.

Hukum Bayi Tabung Uji

bayi tabung uji
Imej via [beritaharian]

Proses bayi tabung uji ini dibolehkan dalam islam jika sperma dan ovum itu bersumber daripada suami dan isteri yang sah. Yang dilarangnya adalah sperma dan ovum daripada orang lain. Hal ini dilarang kerana akan menimbulkan kemudaratan bagi pasangan suami dan isteri tersebut di mata agama dan menimbulkan kemudaratan kepada si anak.  

Apabila sperma yang ditabung tersebut milik suami dan isteri, tetapi cara mengeluarkannya tidak muhtaram, maka hukumnya juga haram. Mani Muhtaram adalah mani yang keluar yang dikeluarkan dengan cara yang tidak dilarang oleh syara’.

Mani yang akan dikeluarkan secara muhtaram itu, adalah sekirannya seseorang lelaki itu sedang berusaha mengeluarkan spermanya (dengan beronani) dengan menggunakan tangan isterinya, maka hal tersebut diperbolehkan dalam islam, kerana isteri memang tempat atau wahana yang dibenarkan untuk bersenang-senang.

Apabila mani yang ditabung itu mani suami dan steri yang sah dan cara mengeluarkannya termasuk muhtaram serta dimasukkan ke dalam rahim isteri sendiri, maka hukum bayi tabung menjadi mubah (boleh).

Proses Bayi Tabung Uji

1. Telur Dihasilkan Dengan Merangsang Menggunakan Hormon Terapi

bayi tabung uji
Imej via [alodokter]

Terapi hormon ini dilakukan untuk mengatasi masalah kesuburan dengan cara menambahkan hormon dari luar. Terapi ini dilakukan apabila hormon yang menghasilkan FSH dan LH berkurang.

Langkah melakukannya adalah dengan ubat yang diberikan pada hari ke-3, 4, 5 kitaran haid. Cara ini dicuba selama enam kali kitaran haid. Seterusnya, apabila selama enam bulan pemberian ubat itu belum ada hasilnya, akan diberikan suntikan hormon pada hari ke-6 sampai 10 kitaran haid dan suntikan itu akan dilakukan setiap hari.

Apabila kedua-duanya gagal, akan dilakukan cara manipulasi hormon dan ianya betul-betul sama dengan hormon yang ada dalam tubuh.

2. Telur Diasingkan Daripada Ovari

bayi tabung uji
Imej via [harianmetro]

Ultrasound ini digunakan untuk mengesan bilakah telur anda sudah bersedia untuk dilakukan. Doktor anda kemudiannya akan mengeluarkan telur anda daripada ovari. Beliau akan menggunakan sebatang jarum halus dan berongga yang bercantum dengan kuar imbasan ultrasound.

Kuar ini membantu mengesan lokasi folikel yang mengandungi telur. Anda mungkin rasa sedikit tidak selesa semasa prosedur dijalankan, tetapi jika anda rasa sakit selepas ianya selesai, anda akan diberi ubat tahan sakit.

Kegagalan teknik IVF ini boleh berlaku jika pengovulasian tidak menghasilkan bilangan telur yang cukup. Antara sebabnya adalah kerana kegagalan ovari memberi tindak balas dan keadaan ini lebih biasa berlaku ke atas wanita yang sudah berumur.

Tetapi, jika pengeluaran telur yang terlalu banyak juga boleh menjadi penyebab proses rawatan IVF dibatalkan. Hal ini demikian kerana risiko sindrom hiperstimulasi (hyperstimulation syndrome) menjadi sangat tinggi.

3. Sperma Diperlukan

Imej via [hellosehat]
Imej via [hellosehat]

Semasa telur anda sedang dikumpulkan, suami anda pula perlu memberi sampel air mani yang segar. Jika sperma yang digunakan ialah sperma daripada penderma atau yang telah dibekukan, sampel itu akan diambil daripada peti sejuk beku.

Sperma itu akan dicuci dan sperma yang mempunyai kualiti terbaik sahaja akan diasingkan dan dipersiap-sediakan untuk mensenyawakan telur. Sperma ini kemudiannya digabungkan dengan telur di dalam ceper makmal dan dibiarkan mengkultur dalam inkubator.

Kebanyakan klinik hanya melaksanakan kaedah IVF ini ke atas lelaki yang memiliki bilangan sperma aktif melebihi 3 juta. Jika bilangan lebih rendah dari 3 juta, ICSI (suntikan mikro) boleh dilakukan sebagai pilihan yang baik.

4. Telur Dan Sperma Disatukan Untuk Membenarkan Persenyawaan

Imej via [hellodoktor]

Cecair folikel (bersama telur) yang dikumpul akan segera dibawa ke makmal dan akan diperiksa oleh ahli embriologi untuk mengenal pasti telur-telur.

Telur-telur akan dipindahkan ke dalam incubator dan sperma akan ditambah kepadanya (proses permanian). Permanian boleh dilakukan sebaik selepas proses pengeluaran telur tetapi biasanya dilakukan selepas 2 hingga 6 jam.

Suami biasanya perlu menyediakan air maninya pada hari telur dikeluarkan. Sperma kemudiannya diasingkan dan digunakan untuk persenyawaan telur-telur.

Setelah 18 jam selepas permanian, pakar embriologi akan memeriksa dan memilih sampel telur yang tersenyawa. Sampel yang gagal akan dibuang atau digunakan untuk penyelidikan kejayaan.

5. Persenyawaan Telur Dimasukkan Ke Dalam Uterus

Imej via [Drnatasya]

Campuran telur dan sperma tadi kemudiannya dipindahkan ke dalam salur rahim (sebelah atau kedua-dua). Terdapat juga doktor yang memindahkan telur dan sperma secara berasingan ke dalam saluran rahim.

Pemindahan ini dilakukan menggunakan caterer khas. GIFT hanya dilakukan ke atas wanita yang mempunyai sekurang-kurangnya satu salur rahim yang normal. Jika salur didapati rosak, IVF perlu dilakukan, bukannya GIFT. Embrio yang paling sihat akan dipilih untuk dimasukkan ke dalam uterus.

Sebaik sahaja kehamilan anda telah disahkan selepas rawatan IVF, anda sepatutnya mendapatkan imbasan ultrasound awal pada kira-kira enam minggu. Ini bagi memastikan bahawa embrio telah melekat di dalam uterus.

Kejayaan IVF ini memerlukan ovum yang sihat dan baik. Seterusnya, sperma yang mampu mensenyawakan ovum dan rahim yang mampu meneruskan kandungan.

Kelebihan Bayi Tabung Uji

1. Membantu Pasangan Yang Tidak Subur

bayi tabung uji
Imej via [tribunnews]

Ramai pasangan malu tampil membincangkan isu kesuburan terutama lelaki tapi situasi itu kian berubah dengan kemajuan teknologi perubatan kini. Perkara ini dapat membantu pasangan tidak subur untuk memiliki bayi mereka sendiri (dengan telur mereka sendiri dan sperma).

Oleh itu, kaedah rawatan moden berjaya memberi harapan baru dan membantu ramai pasangan dalam usaha mendapatkan zuriat. Dengan ini, mereka juga dapat menerapkan perubahan dalam gaya hidup untuk meningkatkan kesihatan dan membantu mempersiapkan diri untuk menjadi orang tua.

2. Bayi Kurang Masalah Kesihatan

bayi tabung uji
Imej via [motherlife]

Selalunya bayi yang baru lahir akan mengalami pelbagai masalah penyakit seperti demam kuning,demam campak, penyakit kaki,tangan dan mulut , alergic dan sebagainya.

Sebaliknya, melalui analisa selama bertahun-tahun, doktor mengatakan bahawa anak yang lahir dari treatmen bayi tabung, akan lebih kuat bertahan dari serangan penyakit. Mereka tidak terlalu memiliki banyak masalah kesihatan jika dibandingkan dengan anak yang lahir secara normal.

3. Memberikan Kesempatan Kepada Wanita

Ramai wanita mengalami kemurungan akibat tidak boleh mendapat zuriat. Oleh itu, treatment ini memberikan kesempatan kepada wanita yang menderita akibat kerosakan atau penyumbatan tube fallopio untuk memiliki bayi.

Dengan ini, tiada lagi masalah tidak boleh melahirkan anak. Selain itu, jika sperma lelaki tidak dapat digunakan atau jumlahnya rendah juga, ada kemungkinan untuk menggunakan tabung uji dalam situasi ini. Perkara ini sudah menjadi satu perkara yang ajaib kepada pasangan yang tidak mempunyai zuriat nanti.

Semoga semua pasangan dipermudahkan mendapat zuriat dan rezeki yang melimpah-ruah. Jemput baca juga Makanan kuatkan rahim, Tips Cepat Hamil dari Dr Hamid Arshat, Faktor tidak subur dan Makanan dilarang ketika hamil.

Rujukan

  1. fimela
  2. galena
  3. citu

Penulis: zulrina

Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.