Apakah hukum rotan anak dalam Islam sehingga menyebabkan kecederaan walaupun dengan dengan niat untuk mendidik?
Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan hukum rotan anak dan kaedah mendidik anak mengikut sunnah yang perlu anda tahu.
Menurut perpektif Islam, pendidikan kanak-kanak ialah proses mendidik, mengasuh dan melatih rohani dan jasmani mereka berteraskan nilai-nilai baik yang bersumberkan Al-Quran, hadis dan pendapat serta pengalaman para ulama.
Dalam Al-Quran, Allah memuji Nabi Ismail dan Luqman Al-Hakim kerana usaha mereka dalam mendidik anak menjadi anak yang soleh.
Allah SWT berfirman dalam surah Maryam, ayat 55:
وَكَانَ يَأْمُرُ اَهْلَهٗ بِالصَّلٰوةِ وَالزَّكٰوةِۖ وَكَانَ عِنْدَ رَبِّهٖ مَرْضِيًّا
Maksudnya: “Dan (Nabi Ismail itu) menyuruh keluarganya mengerjakan solat dan memberi zakat, dan ia pula adalah seorang yang diredhai di sisi Tuhannya!”
Berikut adalah peringkat dalam mendidik anak mengikut tahap perkembangan:
1. Ketika anak dalam kandungan
2. Setelah anak dilahirkan
3. Umur anak sehari – 5 tahun
4. Umur anak 5-7 tahun sehingga akil baligh
5. Adab-adab perlu ibu didik semasa anak 5-7 tahun
6. Umur anak 14 – 21 tahun
7. Selepas umur 21 tahun
Hukum rotan anak dengan cara yang melampau sehingga menyebabkan kecederaan adalah haram.
Ini jelas kerana Islam menolak akan sebarang bentuk kekerasan sekalipun ia berkaitan dengan perkara kebaikan dan melarang kepada perbuatan yang memberi mudharat.
Adapun konsep merotan anak dalam Islam adalah lebih kepada mendidik serta membentuk adab dan bukannya menghukum.
Ibu bapa yang dikuasai dengan amarah dan tertekan biasanya akan hilang pertimbangan dan menghukum anak dengan cara yang berbahaya.
Antara hukuman yang berbahaya pada anak yang perlu dielakkan adalah seperti berikut:
Dalam kaedah mendidik anak, terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan oleh pihak ibu bapa untuk dikenakan kepada anak adalah seperti nasihat dengan lidah, teguran dengan lemah lembut, dan dua cara lain iaitu merotan dan memukul.
Namun perlu anda tahu, konsep merotan dan pukulan kepada anak-anak di dalam Islam adalah lebih kepada proses pendidikan dan membentuk adab, dan bukannya bersifat menjatuhkan hukuman.
Islam meletakkan beberapa kriteria dalam menjalankan proses tersebut:
Dalam merotan anak-anak, sebatan tidak boleh dilakukan dengan melebihi 10 kali. Ini adalah berdasarkan kepada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abi Burdah al-Ansari R.anh bahawa Nabi SAW bersabda:
لَا يُجْلَدُ فَوْقَ عَشَرَةِ أَسْوَاطٍ إِلَّا فِي حَدِّ مِنْ حُدُودِ اَللَّهِ
Maksudnya: Tidak disebat seseorang itu melebihi sepuluh kali sebatan kecuali pada (hukuman) had daripada hudud-hudud Allah S.W.T. – (Hadis Riwayat al-Bukhari, No. 6456)
Rotan pula hendaklah dengan niat untuk mendidik anak-anak serta membentuk peribadi mulia pada diri mereka dan bukannya untuk menghukum anak-anak dan mencederakan mereka.
Berkenaan dengan memukul pula, ibubapa dilarang untuk memukul ke bahagian muka anak-anak.
Ini kerana, terdapat larangan daripada Nabi SAW dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah anh bahawa baginda bersabda:
إِذَا قَاتَلَ أَحَدُكُمْ أَخَاهُ فَلْيَجْتَنِبِ الْوَجْهَ
Maksudnya: Apabila salah seorang daripada kamu bergaduh maka hendaklah dia menjauhi (dari memukul) muka.” – (Hadis Riwayat Muslim, No. 2612)
Memukul juga tidak boleh menyebabkan kerosakan dan kemudaratan pada tubuh badan anak-anak.
Ini sebagaimana yang kami nyatakan, tujuan dipukul adalah bersifat ta’dibi (memberi pendidikan) dan bukannya ta’qibi (memberi hukuman dan seksaan).
Diharapkan semoga perkongsian kami berkenaan dengan hukum rotan anak dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.
Selain dari hukum rotan anak ini, anda juga boleh baca artikel tips kami yang lain berkenaan hukum dalam Islam seperti:
Sumber: