Apakah hukum perempuan mandi kolam dan bagaimanakah pula status air kolam tersebut yang bercampur darah haid?
Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan hukum perempuan mandi kolam yang terbuka dan persoalan lain berkaitan dengannya.
Kaum wanita wajib menjaga aurat dan kehormatan diri mereka walau di mana pun mereka berada.
Rasulullah SAW ada menyeru kepada para wanta agar berhati-hati apabila pergi ke tempat mandi yang terbuka.
Banyak isu yang akan terkeluar dari landasan kewajipan menutup aurat sekiranya kita tidak sensitif soal pemilihan tempat berenang yang betul.
Justeru, mencari tempat-tempat yang sesuai untuk mengelakkan pendedahan aurat yang berlaku adalah lebih utama.
Air kolam yang bercampur dengan darah haid termasuk dalam kategori air mutannajis (bercampur dengan najis) jika kolam tersembut mempunyai kurang isi padu air daripada 2 kolah.
Mengikut perkiraan, dua kolah adalah bersamaan dengan 200kg atau 204kg atau lebih kurang dengan 200 liter.
Namun jika air kolam tersebut mencapai atau melebihi dua kolah dan tiada kesan bau, warna serta rasa, maka air itu dianggap suci.
Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:
«إِذَا كَانَ الْمَاءَ قُلَّتَيْنِ لَمْ يَحْمِلْ الْخَبَثَ». وَفِي لَفْظٍ: «لَمْ يَنْجُسْ».
Maksudnya: “Jika kandungan air mencapai dua kolah maka ia tidak mengandungi kotoran.” Dalam suatu lafaz hadis: “Tidak bernajis”. – (Hadis Riwayat Abu Daud, No. 63)
Sebaliknya, jika darah haid tersebut menyebabkan berubahnya air dengan salah satu tiga kesan bau, warna, rasa atau ketiga-tiga sifat tersebut, walaupun isipadu hampir 2 kolah maka air tersebut dihukumkan sebagai mutanajjis.
Hal ini jelas dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Umamah bahawa Nabi SAW bersabda :
الْمَاءُ لاَ يَنْجُسُ إِلاَّ مَا غَيَّرَ رِيحَهُ أَوْ طَعْمَهُ
Maksudnya: “Air tidak boleh menjadi najis melainkan jika berubah bau atau rasanya, ” – (Hadis Riwayat Al-Baihaqi, No. 1274) di dalam Al-Sunan Al-Kubra.
Hukum fiqh terutamanya dalam mazhab Syafi’ie menjelaskan bahawa air yang bercampur dengan bahan yang bernajis maka air itu menjadi mutanajjis iaitu air yang bernajis.
Hukum berdasarkan beberapa kaedah yang telah ditetapkan syarat-syaratnya. Seperti air yang sedikit bercampur dengan bahan yang bernajis maka air itu tidak lagi suci dan menyucikan.
Namun begitu tidak semua air mutlak yang bertemu bahan bernajis bertukar menjadi air mutanajjis. Ini kerana syarat yang diletakkan oleh para ulama, jika air yang berkapasiti sekurang-kurangnya 2 kolah, bersamaan 193 liter/kg (rujuk Fiqh Manhaji) jika bertemu dengan bahan bernajis dan tidak berubah sifatnya, maka air itu kekal suci dan menyucikan.
Perkara ini dijelaskan oleh Sheikhul Islam Zakaria al-Ansori di dalam karyanya ‘Asna al-Matolib’:
ولا ينجس الماء الكثير إلا بتغير، وإن قل التغير بنجاسة ملاقية.
Maksudnya: “Air yang banyak (2 kolah) melain dengan perubahan, meskipun sedikit perubahan disebabkan najis yang bertemu (masuk ke dalam air).”
Air yang banyak (2 kolah) tidak berubah menjadi mutanajjis dengan bercampur bahan bernajis juga bertunjangkan sepotong hadis:
وَعَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «إِذَا كَانَ الْمَاءَ قُلَّتَيْنِ لَمْ يَحْمِلْ الْخَبَثَ». وَفِي لَفْظٍ: «لَمْ يَنْجُسْ». أَخْرَجَهُ الْأَرْبَعَةُ، وَصَحَّحَهُ ابْنُ خُزَيْمَةَ وَابْنُ حِبَّانَ وَالحَاكِمُ
Abdullah Ibnu Umar R.A. meriwayatkan bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
“Jika kandungan air mencapai dua kolah maka ia tidak mengandungi kotoran.”
Dalam suatu lafaz hadis: “Tidak bernajis”. (HR Abu Daud, Tirmidzi, Nasa’ie, Ibnu Majah dan dinilai sahih oleh Ibnu Khuzaimah, Hakim, dan Ibnu Hibban)
Selainkan dari syarat kapasiti air itu sekurang-kurangnya 2 kolah, najis yang masuk ke dalam air tersebut tidak merubah sifat air mutlak itu, iaitu najis itu tidak merubah salah satu dari sifatnya; bau, warna atau rasa. Hal ini bertunjangkan sepotong hadis:
وَعَنْ أَبِي أُمَامَةَ الْبَاهِلِيِّ رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رَسُولُ صلى الله عليه وسلم: «إِنَّ الْمَاءَ لَا يُنَجِّسُهُ شَيْءٌ، إِلَّا مَا غَلَبَ عَلَى رِيحِهِ وَطَعْمِهِ، وَلَوْنِهِ». أَخْرَجَهُ ابْنُ مَاجَهْ، وَلِلْبَيْهَقِيِّ: «الْمَاءُ طَاهِرٌ إِلَّا إِنْ تَغَيَّرَ رِيحُهُ، أَوْ طَعْمُهُ، أَوْ لَوْنُهُ بِنَجَاسَةٍ تَحْدُثُ فِيهِ».
Abu Umamah al-Bahily RA. meriwayatkan bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Sesungguhnya air itu tidak ada sesuatu pun yang menajiskan ia kecuali sesuatu yang dapat merubah bau, rasa dan warnanya.” (Riwayat Ibnu Majah).
Menurut riwayat al-Baihaqi: “Air itu suci dan menyucikan kecuali jika berubah baunya, rasanya atau warnanya dengan suatu najis yang masuk di dalamnya.”
Berbalik kepada isu seekor anjing masuk dan berenang di sebuah kolam renang sama sekali tidak menjadikan air itu bernajis (mutanajjis).
Ini kerana air di dalam kolam renang berkapasiti yang sangat banyak iaitu jauh melebihi 2 kolah dan keberadaan anjing itu dalam kolam sama sekali tidak merubah salah satu dari sifat-sifatnya atau seluruh sifat-sifat air (bau, warna dan rasa).
Perkara ini dijelaskan oleh Imam Ibnu Hajar di dalam karyanya ‘Tuhfah al-Muhtaj’:
ولو كان في إناء ماء كثير فولغ فيه نحو الكلب ولم ينقص بولوغه عن قلتين لم ينجس الماء ولا الإناء.
Maksudnya: “Jika di dalam sesuatu bekas ada banyak air (2 kolah), lalu binatang seperti anjing menjilat (minum) air di dalamnya dan tidak berkurangan air dari kapasiti dua kolah dengan jilatan anjing itu maka air tidak menjadi najis begitu juga bekas (tidak bernajis).”
Menurut kenyataan di atas, anjing yang masuk ke dalam kolam itu tidak merubah air itu menjadi mutanajjis kerana keberadaannya tidak merubah sifat dan tidak mengurangkan kapasiti air itu kepada kurang dari 2 kolah.
Bahkan orang yang berada kolam itu badannya tidak dikira bernajis (tidak wajib sertu/samak). Hal ini dijelaskan oleh Sheikh al-Syubramullisi di dalam karyanya ‘Hasyiah ‘ala Nihayah al-Muhtaj’:
ولاقى بدنه شيئا من الكلب في ماء كثير فإنه لا ينجس لأن ما لاقاه من البلل المتصل بالكلب بعد الماء الكثير، بخلاف ما لو أمسكه بيده وتحامل عليه بحيث لا يصر بينه وبين رجله إلا مجرد البلل فإنه ينجس لأن الماء الملاقي ليده الآن نجس.
Maksudnya: “Badan seseorang menyentuh sesuatu dari (anggota) anjing di dalam air yang banyak (2 kolah) maka ia tidak menjadi najis kerana apa yang disentuh itu terdiri dari basahan yang berhubung dengan anjing selepas air (menjadi) banyak. Melainkan jika seseorang memegang ia (anjing) atau kaki menyentuh yang mana tiada antara anjing dan kakinya melainkan basahan, maka itu menjadi najis kerana air yang menyentuh tangannya ketika itu sudah menjadi najis.”
Berdasarkan kenyataan di atas, mana-mana anggota manusia yang menyentuh anjing di dalam air yang banyak maka tubuh badan manusia itu tidak dikira bernajis yang wajib disucikan kerana dia dan anjing itu berada dalam air yang berkapisiti banyak (sekurang-kurang 2 kolah) dan air yang banyak tidak dikira menanggung najis selagi tidak berubah sifat berdasarkan hadis-hadis di atas.
Kesimpulannya, air kolam renang itu tidak menjadi mutanajjis (bernajis) iaitu kekal suci dan menyucikan. Begitu juga orang yang berada di dalam kolam renang bersama-sama si anjing juga tidak bernajis dan tidak wajib menyertu/ menyamak tubuh badannya.
Pada asalnya hukum berenang atau menyelam ketika berpuasa adalah haram sekiranya dilihat dari segi kebiasaan, perbuatan tersebut boleh menyebabkan air memasuki rongga tengah mahupun rongga-rongga yang terbuka.
Namun hukum boleh menjadi makruh bila mana seseorang melakukan aktiviti berenang atau menyelam dan pada kebiasaannya perbuatan tersebut tidak menyebabkan air memasuki rongga tengah mahupun rongga-rongga yang terbuka.
Pada keadaan darurat dan memerlukan anda untuk berenang dan menyelam ketika berpuasa seperti nelayan, juru kimpal, atau penyelam skuba, hukumnya adalah harus.
Namun dengan dengan syarat orang itu perlu menjaga dengan sebaik-baiknya, supaya air tidak memasuki rongga tengah dan rongga-rongga yang terbuka.
Berenang atau bermandi-mandi di tempat yang jelas dilarang adalah haram. Hal ini kerana perbuatan tersebut seakan-akan mendedahkan diri sendiri kepada bahaya.
Selain dari hukum perempuan mandi kolam ini, anda juga boleh baca artikel kami yang lain mengenai persoalan agama yang lain seperti:
Sumber: