Apakah hospital bersalin swasta Sabah yang boleh anda kunjungi khusus bagi warga Sabah sebagai persediaan menyambut kelahiran si manja?
Artikel pada kali ini, kami akan berkongsi kepada anda hospital bersalin swasta Sabah yang mungkin dapat membantu anda dalam membuat pilihan tepat.
Rafflesia Medical Center (RMC) adalah sebuah pusat perubatan kesihatan yang berpatutan dan berkualiti.
Di sini mereka diketuai oleh pasukan doktor berpengalaman tinggi yang berdedikasi untuk mempromosikan, melindungi dan memulihkan kesihatan individu serta komuniti.
Setiap satunya memiliki pengetahuan perubatan yang luas, kemahiran klinikal yang luar biasa, dan pendekatan belas kasihan terhadap penjagaan pesakit.
Jika anda sedang memcari bilik persalinan yang selesa untuk melahirkan anak, RMC ada menyediakan kemudahan perbidanan yang selesa dengan harga yang berpatutan.
Anda boleh dapatkan kos bersalin normal yang sangat berpatutan bermula RM2388, manakala untuk bersalin secara pembedahan pula adalah sekitar RM4988.
KMI Tawau Medical Centre merupakan antara hospital paling popular di Sabah. Justeru itu, ramai yang menjadikan hospital ini sebagai lokasi terbaik untuk mendapatkan khidmat bersalin.
Di sini banyak disediakan servis kesihatan yang dikendalikan oleh Pakar Perbidanan dan Sakit Puan terlatih.
Anda boleh dapatkan kos bersalin normal yang sangat berpatutan sekitar RM3788 sahaja.
KPJ Sabah Specialist Hospital mempunyai rangkaian hospital yang banyak di seluruh Malaysia.
Dengan servis dan layanannya yang terbaik, ramai ibu hamil yang memilih pakej yang ditawarkan di sini.
Pakej yang ditawarkan juga bermula dari harga RM2,888 bagi bersalin secara normal selama 2 hari 1 malam.
Bagi kos bersalin secara pembedahan pula, kosnya bermula dengan harga RM8,800 untuk penginapan 3 hari 2 malam dan cajnya berbeza mengikut jenis bilik yang dipilih.
Gleneagles Kota Kinabalu adalah pusat rawatan yang dikenali ramai dengan cawangan yang banyak di seluruh Malaysia.
Di sini, mereka mempunyai pakar-pakar yang berkemahiran serta berpengalaman tinggi iaitu di dalam bidang Obstetrik & Ginekologi serta Pediatrik.
Untuk bakal-bakal ibu, anda pasti akan dapat pengalaman yang berhargai, rawatan yang selamat dan juga berkualiti dari pasukan rawatan kami.
Kos untuk bersalin normal adalah antara RM3388 (6 katil) sehingga RM3688 (2 katil).
Sebagai sebuah pusat perubatan yang terletak di Kota Kinabalu, Jesselton Medical Centre menyediakan penginapan yang cukup selesa sepanjang proses persalinan anda.
Kos bersalin normal adalah sekitar RM2969 manakala kos bersalin caesareannya pula adalah RM5950. Untuk maklumat lanjut anda boleh klik pada brochure ini, Pakej BersalinJMC.
Sabah Women and Children Hospital atau juga dikenali sebagai Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah adalah sebuah hospital kerajaan.
Oleh kerana tidak terlalu banyak hospital bersalin swasta di Sabah, hospital ini juga menjadi lokasi pilihan ramai ibu yang ingin bersalin. Sudah pasti kos bersalin di sini lebih murah tetapi dengan keselesaan yang tidak semewah hospital swasta lainnya.
Selain dari info mengenai hospital bersalin swasta Sabah, anda juga boleh baca artikel kami yang lain mengenai persediaan menyambut kelahiran bayi seperti:
Sumber: