Apakah hospital bersalin swasta Penang yang boleh anda kunjungi khusus bagi warga Penang sebagai persediaan menyambut kelahiran si manja?
Artikel pada kali ini, kami akan berkongsi kepada anda hospital bersalin swasta Penang yang mungkin dapat membantu anda dalam membuat pilihan tepat.
Hospital Pantai Pulau Pinang terletak secara strategik di bandar Bayan Baru dan berdekatan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan Jambatan Pulau Pinang (sambungan ke-1 dan ke-2).
Justeru hospital ini menjadi pusat penjagaan kesihatan pilihan untuk penduduk tempatan di sekitarnya dan pelancong perubatan.
Paling istimewa, hospital ini juga menawarkan rangkaian penuh penjagaan sepanjang tempoh kehamilan, bersalin, kelahiran dan selepas bersalin dengan standard keselamatan dan kualiti tertinggi; perkhidmatan sokongan yang diperibadikan untuk semua kehamilan, dengan gabungan ideal kepakaran perubatan dan teknologi canggih.
KPJ Penang Specialist Hospital mempunyai rangkaian hospital yang banyak di seluruh Malaysia.
Dengan servis dan layanannya yang terbaik, ramai ibu hamil yang memilih pakej yang ditawarkan di sini.
Pakej yang ditawarkan juga bermula dari harga RM2,888 bagi bersalin secara normal selama 2 hari 1 malam.
Bagi kos bersalin secara pembedahan pula, kosnya bermula dengan harga RM8,800 untuk penginapan 3 hari 2 malam dan cajnya berbeza mengikut jenis bilik yang dipilih.
KMI Kuantan Medical Centre merupakan antara hospital paling popular di Penang. Justeru itu, ramai yang menjadikan hospital ini sebagai lokasi terbaik untuk mendapatkan khidmat bersalin.
Di sini banyak disediakan servis kesihatan yang dikendalikan oleh Pakar Perbidanan dan Sakit Puan terlatih.
Anda boleh dapatkan kos bersalin normal yang sangat berpatutan sekitar RM3399 sahaja. Pakej ini termasuklah:
Anda boleh membuat pembayaran pakej secara tunai atau kad kredit. Untuk tempahan, anda boleh klik pada pautan berikut: Temujanji KMI Kuantan
Gleneagles Hospital Penang adalah pusat rawatan yang dikenali ramai dengan cawangan yang banyak di seluruh Malaysia.
Di sini, mereka mempunyai pakar-pakar yang berkemahiran serta berpengalaman tinggi iaitu di dalam bidang Obstetrik & Ginekologi serta Pediatrik.
Untuk bakal-bakal ibu, anda pasti akan dapat pengalaman yang berhargai, rawatan yang selamat dan juga berkualiti dari pasukan rawatan kami.
Kos untuk bersalin normal adalah antara RM3388 (6 katil) sehingga RM3688 (2 katil).
Hospital bersalin swasta Penang yang terbaik seterusnya adalah Penang Adventist Hospital.
Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan servis bersalin Penang Adventist Hospital, anda boleh rujuk pakej yang ditawarkan di sini.
Jika anda berada di sekitar Butterworth, anda boleh berkunjung ke Bagan Specialist Centre. Untuk melihat kadar caj bilik secara am, anda boleh rujuk di sini.
Di Loh Guan Lye Specialists Centre, anda diberikan beberapa pakej kos bersalin berdasarkan jenis katil.
Tempoh penginapan adalah selama 3 hari 2 malam. Untuk bilik sendiri, RM4988, bilik berkembar, RM3588 dan bilik umum, RM2988.
DBM Hospital adalah sebuah hospital bersalin swasta berkonsepkan mesra suami dan bayi.
Ia ditubuhkan pada November 1996 dan beroperasi di sebuah rumah kedai di Taman Arowana, Permatang Pauh, Pulau Pinang.
Menurut rekod, sejak ia tubuhkan DBM Hospital telah berjaya membantu melahirkan lebih daripada 20,000 bayi.
Antara khidmat utama yang diberikan di DBM Hospital termasuk bersalin secara normal (Normal Delivery), dan bersalin secara pembedahan (Caesarean Delivery).
Ia sangat sesuai bagi para ibu di luar sana yang ingin melahirkan di dewan bersalin muslimah.
Antara kelebihan bersalin di DBM adalah mereka memberikan servis VIP room kepada para pelanggan.
Kos bagi bersalin secara normal adalah sekitar RM2700 manakala bersalin secara pembedahan adalah di atas RM6800.
Selain dari info mengenai hospital bersalin swasta Penang, anda juga boleh baca artikel kami yang lain mengenai persediaan menyambut kelahiran bayi seperti:
Sumber: