Apakah hospital bersalin swasta Terengganu yang boleh anda kunjungi khusus bagi warga Terengganu sebagai persediaan menyambut kelahiran si manja?
Artikel pada kali ini, kami akan berkongsi kepada anda hospital bersalin swasta Terengganu yang mungkin dapat membantu anda dalam membuat pilihan tepat.
KMI Kuala Terengganu Medical Centre merupakan antara hospital paling popular di Terengganu. Justeru itu, ramai yang menjadikan hospital ini sebagai lokasi terbaik untuk mendapatkan khidmat bersalin.
Di sini banyak disediakan servis kesihatan yang dikendalikan oleh Pakar Perbidanan dan Sakit Puan terlatih.
Anda boleh dapatkan kos bersalin normal yang sangat berpatutan sekitar RM3399 sahaja. Pakej ini termasuklah:
Anda boleh membuat pembayaran pakej secara tunai atau kad kredit. Untuk tempahan, anda boleh klik pada pautan berikut: Temujanji KMI Kuala Terengganu
Pilihan hospital bersalin swasta Terengganu adalah SALAM Specialist Hospital Kuala Terengganu.
Hospital ini menyediakan servis perbidanan dan sakit puan yang terbaik dan berkonsepkan suasana Islamik.
Kos bersalin secara normal hanya sekitar RM3000, manakala bersalin pembedahan adalah RM7000.
Bagi setiap pakej ini, ia hanya layak bagi warganegara Malaysia sahaja, dan mereka yang melakukan pemeriksaan antenatal di SALAM.
Anda boleh membuat pembayaran pakej secara tunai atau kad kredit. Untuk tempahan, anda boleh klik pada pautan berikut: Temujanji SALAM
Pusat Perubatan Intan terletak di Padang Paloh, Terengganu. Keunikan hospital ini adalah ia menyediakan anda suasana rumah bersaliin yang patuh syariah.
Semua pegawai perubatan yang bertugas di sini adalah dari kalangan kakitangan wanita yang berpengalaman dan berkemahiran.
Bagi pakej bersalin di Pusat Perubatan Intan, ia terbahagi kepada dua jenis iaitu untuk warganegara dan bukan warganegara.
Kos bersalinan secara normal untuk warganegara Malaysia adalah RM1690.00 manakala bagi bukan warganegara Malaysia adalah RM2170.00.
Untuk kedua-dua pakej ini, anda akan dikenakan caj tambahan sekiranya ingin mendaoatkan perkhidmatan seperti induksi bersalin, penahan sakit (pethidine, drip IV dan lain lain), perkhidmatan ambulans, komplikasi bersalin, dan ubat-ubatan selepas bersalin.
Anda boleh membuat temujanji minimum sebanyak 2 kali selepas 28 minggu.
Selain dari info mengenai hospital bersalin swasta Terengganu ini, anda juga boleh baca artikel kami yang lain mengenai persediaan menyambut kelahiran bayi seperti:
Sumber: