Apakah hospital bersalin swasta Johor yang boleh anda kunjungi khusus bagi warga Johor sebagai persediaan menyambut kelahiran si manja?
Artikel pada kali ini, kami akan berkongsi kepada anda hospital bersalin swasta Johor yang mungkin dapat membantu anda dalam membuat pilihan tepat.
KPJ Johor Specialist Hospital adalah sebuah hospital swasta pertama di Johor. Hospital ini menjadi pilihan ramai selain Hospital Pakar Puteri, Hospital Kempas, dan Hospital Penawar kerana servis terbaik yang diberikannya.
Servis yang dimaksudkan ini termasuklah dari segi pakej bersalin yang disediakan, kemudahan yang selesa, dan senarai doktor pakar yang berpengalaman luas.
Kos Harga Bilik
Bagi kos bersalin normal adalah RM5,000 manakala caesarean pula di atas RM10,000.
Ada banyak pakej bagi ibu hamil yang boleh anda dapatkan di Gleneagles Medini Hospital.
Antaranya seperti Pakej Pemeriksaan Antenatal yang berharga RM2,000 untuk membantu ibu dan bayi membesar dengan sihat sepanjang 9 bulan kehamilan. Pakej ini termasuklah:
Kemudian bagi pakej bersalin pula, kos bersalin normal bermula dari RM3,088 manakala caesarean pula di atas RM8,888.
Regency Specialist Hospital adalah hospital swasta yang berkembang pesat di Malaysia dengan kapasiti 218 katil dan mampu menyediakan servis perubatan kepada kira-kira 170,000 pesakit setiap tahun.
Ia terletak lebih kurang 15 minit dari Singapura-Woodlands dan pusat bandar Johor Bahru.
Bagi anda yang berminat bersalin di sini, kos bersalin di Regency Specialist Hospital adalah bermula dari RM4,500 untuk normal dan RM10,400 untuk pembedahan.
Setiap pakej ini di datangkan sekali dengan beberapa kelebihan lain seperti kelas senaman pra-natal untuk ibu mengandung, sesi bersama pakar diet selepas bersalin dan perlindungan insurans untuk bayi baru lahir.
Johor Maternity Specialist Centre juga tidak kurang hebatnya. Banyak ulasan menarik yang diberikan oleh para pelanggan di luar sana.
Dikongsikan oleh salah seorang pelanggan bahawa kos untuk bersalin normal di sini bermula pada harga RM2000.00 dan secara pembedahan, bermula dari RM4000.00.
Dr. Rabindran Gandhi adalah pakar perbidanan & wanita bertauliah di Dr Rabin’s Women’s Clinic.
Beliau mempunyai pengalaman yang cukup luas dalam bidang ini dan komited memberikan yang terbaik kepada semua ibu hamil dalam menanti kelahiran si manja.
Klinik ini menawarkan beberapa pakej seperti bersalin normal, bersalin cesarean, vacuum delivery, dan konsultasi pakar.
Hospital Penawar adalah sesuai dijadikan pilihan bagi warga Pasir Gudang yang masih tercari-cari hospital bersalin swasta Johor yang sesuai.
Ia menawarkan pakej bersalin pada harga yang berbaloi iaitu RM2499.00 untuk bersalin secara biasa dan RM7199.00 untuk secara pembedahan C-section.
Untuk tempahan pakej ini, anda perlu membuat pembayaran deposit dengan harga RM1500.00 dan RM3000.00.
Columbia Asia Hospital terletak di Taman Kesihatan Afiat berdekatan dengan Nusa Idaman, Horizon Hills, Educity, SiLC dan Ledang. Lokasinya juga cukup strategik iaitu hanya 10 minit pemanduan dari pusat bandar.
Hospital ini diiktiraf oleh Persatuan Kualiti Kesihatan Malaysia (MSQH) pada tahun 2017 dan dianugerahkan Anugerah Jenama Terbaik Dunia BrandLaureate dalam kategori Hospital Penjagaan Kesihatan-Swasta.
Kemudahan perubatan modennya juga dilengkapi dengan doktor berkemahiran tinggi, jururawat terlatih dan kakitangan yang berdedikasi untuk membantu melihat untuk keperluan perubatan dan kecemasan pelanggan.
Di Columbia Asia Hospital, pakej bersalin yang ditawarkan adalah sama je seperti hospital lain iaitu untuk bersalin biasa dan secara pembedahan C-section.
Pakej bersalin biasa bermula pada harga RM4,000.00 manakala pembedahan caesarean di atas RM9,000.
Kedua-dua pakej ini termasuklah untuk bersalin dalam kecemasan atau cara induksi, anestetik tambahan, contohnya: epidural, dan kelahiran menggunakan instrumental, contohnya: vakum, forcep.
Pakar perbidanan yang bertugas di Maria Hospital adalah Dr. Mohammed Faizal Hashim.
Untuk mendaftar di Maria Hospital, anda perlu mengemukakakn beberapa dokumen seperti kad pengenalan, surah jaminan, kad insurans, dan surat rujukan daripada doktor.
Satu lagi hospital bersalin swasta Johor yang paling “recommended” adalah Kempas Medical Centre.
Hospital ini menawarkan anggaran secara kasar kos bersalin normal sekitar RM4,300 dan pembedahan RM10,000.
Selain dari info mengenai hospital bersalin swasta Johor ini, anda juga boleh baca artikel kami yang lain mengenai persediaan menyambut kelahiran bayi seperti:
Sumber: