Anda merancang percutian ke Melaka Bandar Bersejarah? Jom kami kongsikan 11 homestay di Melaka yang selesa dan bersih dengan harga berpatutan.

homestay di melaka

Sumber Gambar: Owlting

1. Malacca Hotel Apartment

Malacca Hotel Apartment menawarkan 3 jenis penginapan yang berbeza iaitu apartment dengan 3 buah bilik, apartment dengan 2 buah bilik dan juga sebuah bilik dengan 2 buah katil besar, yang mana satukah yang sesuai dengan kontinjen yang anda bawa bercuti di Melaka?

Tak kisahlah yang mana satupun pilihan anda, yang pasti anda dapat menikmati kemudahan yang disediakan Malacca Hotel Apartment untuk memaksimakan keseronokan percutian anda di Melaka ini iaitu kolam renang yang luas untuk anda bermandi-manda bersama keluarga.

Boleh Menampung: 4-6 Orang

Harga: Dari RM290+ Semalaman

Alamat: 11-7 Emerald Tower Garden City Straits Condominium, Jalan Melor, Bandar Hilir, 75000 Melaka

Jarak Ke Pusat Bandar: 4.1 KM via Jalan Laksamana Cheng Ho/ Route 5 & Jalan Munshi Abdullah (13 Min)

homestay di melaka

Sumber Gambar: Booking.com

2. Silverscape Melaka B2906

Betulkah hanya RM168 untuk menginap di Silverscape Melaka B2906 ini? Kalau anda tahu apa yang  dapat anda nikmati di sini, pasti anda tak akan pandang lagi hotel-hotel 5 bintang yang wujud di Melaka ini.

Dengan harga yang cukup murah, anda bukan sahaja mendapat sebuah penginapan yang selesa dengan sebuah bilik tidur dan ruang dapur yang lengkap malahan anda juga dapat menikmati mandian yang melegakan badan di kolam renang dengan pemandangan bandaraya Melaka, bayangkan sahaja pemandangan dari kolam ini pada waktu malam dengan cahaya bandar yang bergemerlapan.

Selain kolam renang infiniti, anda juga dapat menggunakan kemudahan pusat kecergasan dengan pemandangan pokok-pokok hijau.

Boleh Menampung: 4 Orang

Harga: Dari RM168+ Semalaman

Alamat: Jalan Melaka Raya 23 Silverscape Luxury Residences, 75000 Melaka

Jarak Ke Pusat Bandar: 5.3 KM via Route 5 (14 Min)

homestay di melaka

Sumber Gambar: Booking.com

3. Eden Garden Guest House Melaka

Menginap di Eden Garden Guest House Melaka membuatkan anda terasa seperti berada di dalam filem, dengan dekorasinya yang moden menggabungkan warna-warna natural, homestay ini kelihatan cukup ekslusif.

Tidak cukup dengan ruangan dalamannya yang membantu jiwa anda untuk relaks, anda juga boleh menuju ke ruang balkoni homestay yang menghidangkan pemandangan mendamaikan jiwa air laut yang tenang.

Boleh Menampung: 4-6 Orang

Harga: Dari RM232+ Semalaman

Alamat: Jalan Melaka Raya 23 Silverscape Luxury Residences – A2812, 75000 Melaka

Jarak Ke Pusat Bandar: 5.3 KM via Route 5 (14 Min)

homestay di melaka

Sumber Gambar: bedandbreakfast

4. Melaka Homestay – Next to Hatten (Element) Shopping Mall

Melaka Homestay adalah sebuah apartment dengan 2 buah bilik tidur, sebuah dapur yang lengkap dan ruang tamu yang selesa untuk anda sekeluarga bersantai sambil menonton rancangan kegemaran. Keselesaan homestay ini membuatkan anda terlupa bahawa ini hanyalah rumah tumpangan, macam di rumah sendiri pula rasanya.

Lokasi Melaka Homestay ini juga strategik, bagi anda yang kaki kopi, Starbucks terletak hanya 2 km dari penginapan anda, dah minum kopi, barulah bertenaga nak bergambar di setiap sudut bandaraya bersejarah ini, ya tak?

Boleh Menampung: 5 Orang

Harga: Dari RM165+ Semalaman

Alamat: B13-04 Casa Lago Condo, Jln Melaka Raya 8, 75000 Melaka

Jarak Ke Pusat Bandar: 5.1 KM via Jalan Syed Abdul Aziz (15 Min)

homestay di melaka

Sumber Gambar: Booking.com

5. Mahkota Private Apartment

Terletak hanya 500 meter dari Dataran Portugis, Mahkota Private Apartment adalah sebuah homestay jenis apartment  dengan 2 buah bilik tidur dan sebuah dapur yang lengkap.

Dengan harga yang bermula dari RM210 anda sekeluarga juga dapat menggunakan kemudahan lain yang disediakan di sini seperti kolam renang yang luas, taman permainan kanak-kanak, gym, gelanggang ping-pong, gelanggang tenis, squash dan tempat bermain golf mini. Bermacam aktiviti yang boleh anda sekeluarga rancangkan sekiranya menginap di sini.

Boleh Menampung: 4 Orang

Harga: Dari RM210+ Semalaman

Alamat: No 16 Jln Syed Abd Aziz 2058, Wing 2, Level 5, 75000 Melaka

Jarak Ke Pusat Bandar: 4.1 KM via Jalan Syed Abdul Aziz (11 Min)

homestay di melaka

Sumber Gambar: Booking.com

6. Homestay Malacca

Homestay Malacca adalah sebuah penginapan jenis apartment dengan 3 buah bilik tidur, sebuah ruang tamu dan dapur. Setiap bilik di homestay ini lengkap dengan penyejuk udara termasuklah di ruang tamunya.

Terasa seperti menginap di hotel, namun dengan harga yang bermula dari RM198 anda mendapat 3 buah bilik tidur yang luas, cukup sesuai untuk anda yang memiliki bilangan ahli keluarga yang ramai. Kemudahan lain yang disediakan homestay murah ini adalah dapur yang lengkap dan juga sebuah ruang balkoni untuk anda menghirup udara segar.

Boleh Menampung: 7 Orang

Harga: Dari RM198+ Semalaman

Alamat: 3-11, Block Dahlia 3, Jalan Zahir 6, Malim Jaya, Melaka., 75250 Melaka

Jarak Ke Pusat Bandar: 7.5 KM via Lebuh AMJ/Route 19 (20 Min)

homestay di melaka

Sumber Gambar: Booking.com

7. Hotel Mahkota @ Happy Apartment Melaka

Berlokasi strategik, Hotel Mahkota @ Happy Apartment Melaka terletak tidak jauh dari Jonker Street dan pusat membeli-belah Mahkota Parade. Kalau sudah datang dari jauh untuk ke Melaka, sudah pasti lokasi penginapan menjadi faktor penting bukan?

Apartment ini menawarkan 2 buah bilik tidur, sebuah ruang dapur, ruang tamu dan juga ruang balkoni untuk anda bersantai sambil menikmati pemandangan yang terbentang luas. Fasiliti lain yang disediakan homestay ini adalah gym, gelanggang ping-pong dan fasiliti karaoke untuk anda melepaskan suara merdu anda.

Boleh Menampung: 4 Orang

Harga: Dari RM225+ Semalaman

Alamat: 16, Jalan Syed Abdul Aziz, 75000 Melaka

Jarak Ke Pusat Bandar: 4.1 KM via Jalan Syed Abdul Aziz (11 Min)

homestay di melaka

Sumber Gambar: Booking.com

8. Garden City Emerald Apartment

Memiliki rekaan dalaman yang elegan dan minimal, Garden City Emerald Apartment cukup sesuai bagi anda yang bercitarasa mewah dan inginkan keselesaan seperti di rumah.

Antara kemudahan yang tersedia di apartment 2 bilik ini adalah penyejuk udara di setiap ruang, peti ais dan mesin basuh. Dari apartment ini juga anda dapat menikmati pemandangan kolam renang.

Boleh Menampung: 4 Orang

Harga: Dari RM250+ Semalaman

Alamat: G8, Ground floor Emerald Tower Garden City Condomimium, 75000 Melaka

Jarak Ke Pusat Bandar: 4.1 KM via Jalan Laksamana Cheng Ho/Route 5 and Jalan Munshi Abdullah (12 Min)

homestay di melaka

Sumber Gambar: Booking.com

9. Stay99 House

Menggunakan warna-warna monokrom untuk dekorasi dalamannya, Stay99 House memiliki atmosfera ekslusif dan urban. Rumah dengan 3 buah bilik tidur ini dapat menampung 9 orang dewasa, sebuah rumah yang cukup luas untuk anda berkumpul beramai-ramai.

Setiap bilik dan ruang tamu homestay ini juga dilengkapi dengan penyejuk udara yang sangat menyegarkan. Anda juga boleh menggunakan kemudahan BBQ yang disediakan pihak homestay. WIFI? Kelajuannya memang mantaplah! Jika anda seorang yang perfectionist, Stay99 House pasti menjadi kegemaran anda.

Boleh Menampung: 9 Orang

Harga: Dari RM210+ Semalaman

Alamat: No 31, Jalan GP 11, Taman Gadong Perdana, 75200 Melaka

Jarak Ke Pusat Bandar: 9.6 KM via M7 and Route 5 (21 Min)

homestay di melaka

Sumber Gambar: Agoda

10. Ar-Rayyan SemiD Homestay Melaka

Sebuah rumah satu tingkat, Ar-Rayyan SemiD Homestay Melaka menyediakan 3 buah bilik tidur dengan sebuah ruang dapur yang lengkap beserta dengan kemudahan mesin basuh.

Jika anda ingin menginap untuk jangka masa panjang di Melaka, Ar-Rayyan SemiD Homestay Melaka agak sesuai untuk dijadikan pilihan, memandangkan harganya yang juga berpatutan. Terletak tidak jauh dari homestay ini adalah Jusco dan Mydin  yang kurang 5 km dari homestay untuk anda membeli barangan keperluan sepanjang penginapan.

Boleh Menampung: 9 Orang

Harga: Dari RM191+ Semalaman

Alamat: No 3, Jalan Delima 29/1 Taman Bukit Melaka, Bukit Beruang, 75450 Melaka

Jarak Ke Pusat Bandar: 7.6 KM via M1 (20 Min)

homestay di melaka

Sumber Gambar: Booking.com

11. Homestay Melaka Urich

Inginkan sebuah penginapan di dalam kawasan yang tenang? Homestay Melaka Urich adalah sebuah penginapan yang tepat. Homestay Melaka Urich adalah sebuah rumah dengan 4 buah bilik tidur yang masing-masing lengkap dengan sebuah katil yang besar dapat memuatkan 8 orang dewasa.

Nak bercuti bersama keluarga yang besar atau geng-geng sekepala seramai ini, Homestay Melaka Urich adalah salah satu pilihan penginapan yang ideal. Selain itu, homestay ini juga menyediakan fasiliti BBQ yang lengkap, barulah terasa macam percutian sebenar!

Boleh Menampung: 8 Orang

Harga: Dari RM210+ Semalaman

Alamat: Jalan SD2/2F No 6 , Taman Seri Duyong 2, 75460 Melaka

Jarak Ke Pusat Bandar: 9.1 KM via Route 5 (21 Min)

homestay di melaka

Sumber Gambar: Booking.com

Itulah dia 11 homestay di Melaka yang ingin kami kongsikan untuk hari ini. Semoga bermanfaat buat anda.

Artikel Menarik Lain

Sukakan artikel ini? Selain menulis tentang homestay di Kuala Lumpur, kami juga menulis artikel menarik yang lain. Jemput juga baca artikel homestay yang lain. Jangan lupa untuk share dan like ya.

 

Sumber: Booking.com

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.