Cuti sekolah bakal tiba tidak lama lagi. Seperti biasa, dikesempatan ini juga ramai yang sudah bercadang untuk bercuti bersama keluarga di merata-rata tempat khususnya dalam Malaysia. Dalam membuat perancangan untuk bercuti perkara pertama yang perlu ditekankan adalah berkenaan dengan penginapan. Artikel pada kali ini, kami akan berkongsi kepada anda homestay ada kolam renang yang berpatutan harganya untuk menginap.

#1 Homestay Port Dickson Pool Kontena & Backpackers

Image Via: Dhomestay.com

Seperti namanya juga, memang homestay ini dibina berkonsepkan dalam kontena. Menarik memang lain dari yang lain. Tidak perlu risau bila cuaca panas kerana setiap bilik disediakan lengkap kemudahan penghawa dingin dan kipas.

Bukan itu sahaja, ruangnya juga sangat besar, ada kolam renang dewasa dan kanak-kanak juga. Kedudukan homestay ini jauh terpencil dari bandar ini memberikan lokasi penginapan yang lebih privacy dan tenang dikawasan kampung.

Apa yang lagi menarik, dari homestay Port Dickson Pool Kontena & Backpackers ini, anda hanya perlukan 3-8 minit untuk berjaan kaki dan sampai ke Pantai Saujana di Port Dickson. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan seperti mandi-manda, berkelah, watersport, dan sebagainya.

Alamat: 1466, Jalan Pantai Batu 4, 71050 Si Rusa, Port Dickson, Negeri Sembilan

#2 De Valda’s Chalet 

Image via: Facebook

Membawa inspirasi dari reka bentuk rumah lumbung Indonesia, De Valda’s Chalet adalah penginapan paling ideal untuk mereka yang bercuti bersama rakan sekerja, ahli keluarga, dan orang yang tersayang. Hanya ada 3 buah chalet yang dipanggil Chalet Lumbung.

Chalet ini lengkap segalanya termasuklah kolam renang, dan kawasan lapang dan luas untuk melakukan aktiviti keluarga.

Alamat: Lot 104b Km 10, Jalan Pantai, 71050 Si Rusa, Port Dickson, Negeri Sembilan

#3 INB Resort Ayer Keroh

Image via: inbresort

Mahukan homestay ada kolam renang dengan lokasi yang strategik tetapi ada bajet yang terhad? INB Resort Ayer Keroh mungkin pilihan paling bijak untuk mereka yang mahukan harga berpatutan tetapi kualiti penginapan gred A+.

Dengan ciri ala-ala kampung ditengah-tengah kota, lokasi homestay ini boleh dikatakan sangat strategik. Hal ini kerana, ianya sangat hampir dengan tempat peranginan popular seperti Zoo, Taman Rama-Rama, Malacca Wonderland, dan banyak lagi.

Alamat: 3169, Simpang Padang Keladi, Lebuh Ayer Keroh, 75450 Ayer Keroh, Melaka.

#4 Kampungstay Desa Murni

Image via: Kampung Stay Desa Murni

Kampungstay Desa Murni menawarkan ciri rumah moden dan tradisional berkonsepkan suasana kampung. Suasananya yang damai, masakan yang enak dan sedap pasti buat selera anda terpukau terasa bagai di kampung halaman.

Berkedudukan di tengah titik semenanjung Malaysia iaitu Temerloh ia sangat dekat dengan tempat-tempat menarik yang boleh anda kunjungi seperti Pekan Sari Temerloh (15 minit), Car Boot Sale Temerloh (15 minit), Esplanade Temerloh (15 minit) Hogoh de Coco (15 minit), Vanilla Temerloh (25 minit), Warung Selai (25 minit), Monumen Titik Tengah Semenanjung (40 Minit), Deerland Park (40 minit), Elephant Sanctuary (40 minit), dan pelbagai lagi.

Alamat: Lot 1674, Jalan Homestay, Desa Murni Sanggang, 28020 Temerloh

#5 YES I DO Chapel – R.O.M Church

Image Via: Booking.com

Terletak di Gelang Patah kawasan Legoland. Yes I Do Chapel menjadi daya tarikan bagi orang di luar Johor Bahru untuk datang menginap di sini. Ia dikategorikan sebagai penginapan berkelas tinggi seperti hotel 3 bintang dengan pemandangan yang cantik di tengah-tengah bandar.

Mempunyai jaringan akses pengangkutan yang mudah dan hebat, ia menawarkan kepada anda kemudahan untuk pergi dari satu destinasi ke destinasi yang lain. Yes I Do Chapel memang pilihan yang terbaik untuk yang mahu bercuti di Johor Bahru dalam suasana yang selesa, damai, dan santai.

Alamat: 32, Jalan Bestari 15/4, Taman Nusa Bestari, 81300 Johor Bahru, Johor

#6 Cenang Homestay

Image via: Let’s Go Holiday

Cenang Homestay bukan sahaja ada swimming pool, malah anda juga boleh berjalan kaki sekitar 5 minit dari chalet untuk sampai ke pantai dan menghirup udara dingin di sana. Soal tempat makan dan kemudahan wifi, jangan risau kerana banyak restoran berhampiran yang murah dan menawarkan sajian enak begitu juga dengan jaringan internet percuma.

Alamat: Cenang Home Stay, Lorong Madrasah, Kampung Lubok Buaya, 07000 Langkawi, Kedah

#7 Sugeh Hill Resort

Image via: Sugeh Hill Resort

Bercuti di Janda Baik, jangan pernah lupakan Sugeh Hill Resort. Pemilik chalet ini adalah ikon usahawan tempatan yang berjaya di Malaysia iaitu Dato Alif Syukri.

Sugeh membawa kelainan yang lain daripada yang lain kerana ia dikelilingi oleh alam semula jadi yang mana konsepnya sendiri adalah hutan hujan tropika. Lebih 40 jenis bilik disediakan untuk anda pilih. Tentunya banyak sekali aktiviti menarik yang boleh dilakukan.

Alamat: Lot 495, Kampung Chemperuh, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang

#8 Perdana Serviced Apartment Resorts

Image via: Booking.com

Perdana Serviced Apartment Resorts adalah hotel paling strategik di Langkawi. Hanya berlokasi 5.3 kilometer dari kotaraya membolehkan pengunjung mendapatkan akses yang mudah untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.

Lebih 40 apartment siap perabot dan kemudahan seperti mini bar, penghawa dingin, televisyen LCD, balkoni peribadi, dapur kecil yang serba lengkap, dan sebagainya untuk anda. Paling menarik sekali, di sini disediakan kolam renang luas dan besar yang menghubungkan dua blok bangunan apartment.

Alamat: Lot 79, Jalan Kuala Melaka, Mukim Padang Matsirat, 07100 Langkawi, Kedah

#9 Anjung Sayang Chalet

Image via: Anjung Sayang

Homestay ada kolam renang yang seterusnya adalah Anjung Sayang Chalet. Kolam renang yang dimaksudkan ini bukanlah kolam renang tertutup tetapi sebaliknya ia hanya terletak 1-2 minit dari Pantai Puteri. Ini bermakna lokasi bilik penginapan anda nanti memang betul-betul dihadapan kawasan pantai.

Ia menawarkan suasana rumah kampung yang selesa, murah, dan sangat tenang jauh dari hiruk-pikuk bandar. Antara tempat menarik lagi yang berdekatan dengan Anjung Sayang Chalet adalah seperti Makam Hang Tuah, Masjid Tertua Tanjong Kling, Rumah Tradisional Melayu Melaka dan Perkampungan Nelayan Hailam.

Alamat: No 218, Batu 8, Kampung Pengkalan Perigi, 76400 Tanjung Kling, Melaka.

#10 Umang-umang Chalet

Image via: Melaka Cool

Dimana ingin dapatkan penginapan yang berhadapan dengan pantai peribadi sendiri khusus untuk para tetamu jika tidak di  Umang-umang Chalet. Chalet ini begitu strategik kerana ia terletak di tepi pantai di perkampungan nelayan di Kuala Linggi.

Lebih kurang 8 jenis bilik ada ditawarkan kepada anda bermula dari jenis bilik standard sehinggalah bilik jenis family seaview. Kedua-duanya menjanjikan pengalaman yang lua biasa.

Alamat:  Lot 602, Batu 31, Bukit Darat, Pantai Kuala Linggi, 78200 Kuala Sungai Baru, Melaka.

#11 D Chalet Ombak Biru

Image via: Youtube

Homestay ada kolam renang yang terakhir dengan harga yang murah adalah D Chalet Ombak Biru. Chalet ini terletak berhadapan dengan pantai di Pengkalan Bakal. Ia sesuai untuk ada yang bercadang untuk bercuti bersama keluarga yang ramai kerana ia menyediakan 10 unit bilik single dan 2 unik bilik keluarga.

Kemudahan yang disediakan disini termasuklah swimming pool, BBQ, gazebo, dan sebagainya untuk memberi keselesaan yang paling maksima kepada tetamu.

Alamat:  Lot 3319, Kampung Sungai Kertah, 78300 Masjid Tanah, Melaka.

Penginapan yang selesa memberi kesan kepada percutian yang penuh makna. Jangan lupa rancang perjalanan dan waktu anda dengan teliti agar semua perancangan yang diharapkan mampu berjalan dengan lancar.

Selain dari artikel berkenaan dengan homestay ada kolam renang anda juga boleh baca artikel lain kami yang menarik berkaitan homestay untuk percutian di seluruh Malaysia seperti:

Penulis: hannani

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.