Misai bagi lelaki ia memberikan aura kelakian yang berkarisma tetapi jika ia tumbuh pada wanita ini semestinya memberi rasa kejanggalan. Justeru bagaimanakah cara hilangkan misai wanita?

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda cara hilangkan misai wanita dengan mudah dan tidak menyakitkan.

Kenapa ada wanita bermisai?

hilangkan misai wanita

Wanita boleh mengalami pertumbuhan bulu badan dan muka yang berlebihan disebabkan oleh tahap hormon androgen yang lebih tingga dari sepatutnya.

Hormon adrogen termasuk dalam kategori testosteron dan androstenedione. Ia mungkin boleh terjadi disebabkan masalah genetik juga.

Maksudnya jika ibu atau kakak anda mengalami masalah ini, maka berkemungkinan besar anda juga akan turut mengalaminya juga.

Hukum wanita membuang bulu di muka

Menurut Mufti Wilayah Persekutuan, hukum bagi mana-mana wanita yang membuang bulu di muka adalah harus. Namun dilarang untuk mencukur bulu kening.

Ini sepertimana yang disebut oleh kaedah fiqh berkaitan mengubah ciptaan Allah SWT:

ما كان للتجميل فحرام وما كان لإزالة العيب فحلال

Apa sahaja yang bertujuan untuk kecantikan semata-mata maka hukumnya adalah haram. Manakala apa yang bertujuan untuk menghilangkan aib pada dirinya maka hukumnya adalah halal.

Sekiranya bulu tersebut memudaratkan diri dan tidak normal sehingga menampakkan diri seperti seorang lelaki, maka hukumnya wajib untuk mencukur dan membuangkannya.

Cara untuk hilangkan misai wanita

Terdapat beberapa cara yang boleh anda lakukan untuk menghilangkan misai ini di wajah anda. Berikut adalah antaranya:

1. Pencukur

Mencukur bulu dengan menggunakan pencukur yang biasa adalah kaedah yang kebanyakkan orang pilih.

Kaedah ini dikategorikan sebagai kaedah sementara untuk membuang bulu di mana anda boleh lihat bulu akan kembali tumbuh dalam masa 1 hingga 2 hari selepas dicukur.

Disarankan semasa mencukur misai anda, sapukan terlebih dahulu krim pencukur dan gunakan pencukur yang bersih dan bersaiz kecil untuk kesan yang lebih efektif.

2. Waxing

hilangkan misai wanita

Waxing adalah kaedah membuang bulu khusus kepada individu yang mempunyai masalah kulit sensitif.

Kaedah in melibatkan penggunaan lilin atau wax yang dipanaskan ke atas permukaan kulit. Apabila anda melekatkan wax kawasan yang berbulu, bulu akan melekat di dalam wax tersebut dan anda boleh terus menariknya keluar sehingga ke akar.

Penggunaan wax boleh bertahan dari bulu kembali tumbuh sehingga 2 hingga 8 minggu. Ada pelbagai jenis wax yang boleh anda dapatkan di pasaran hari ini seperti wax panas, strip wax, dan cool wax.

3. Tweezing

hilangkan misai wanita

Tweezing adalah kaedah yang paling mudah dan paling murah untuk menghilangkan bulu muka.

Kaedah ini membantu anda untuk mencabut satu persatu bulu dengan cara menariknya ke atas dari akar. Ia sesuai digunakan sekiranya misai anda tidak begitu lebat dan hanya nampak seperti bulu-bulu halus.

Apa yang anda perlu buat, hanya tegangkan kulit dengan menarik bibir atas ke bawah. Kemudian, tarik bulu anda dengan menggunakan twizzer ke atas dan bilas kawasan atas bibir anda dengan air sejuk.

4. Laser

Menghilangkan bulu dengan laser adalah cara yang berkesan menurut pakar dermatologi.

Ia menggunakan kaedah mengarahkan pancaran cahaya terang pada folikel bulu untuk memusnahkan bulu.

Sungguhpun menyingkirkan bulu dengan laser bukan kaedah yang kekal, tetapi anda perlu menunggu beberapa bulan untuk bulu kembali tumbuh semula.

5. Spray hilang bulu

Spray hilang bulu boleh dikatakan sebagai kaedah baru yang menjadi pilihan orang muda biasanya.

Lambakan produk penjagaan diri, memberi inovasi terkini kepada individu yang ada masalah bulu berlebihan pada bahagian tubuh yang tidak wajar.

Teknik depilatori seperti ini boleh anda dapatkan dalam beberapa bentuk sama ada spray, krim, gel, roller atau skrub.

Ia juga tidak menggunakan sebarang alat dan tidak meninggalkan kesan sakit atau keradangan.

Kandungan yang terdapat pada spray atau krim ini akan membantu memecahkan protein keratin pada bulu sekaligus memudahkan ia keluar daripada folikel apabila kulit di gosok.

Selain dari petua hilangkan misai wanita ini, anda juga boleh baca artikel tips kami yang lain berkenaan kewanitaan seperti:

Sumber:

  1. Best Ways to Remove Upper Lip Hair. Medical News Today
  2. Facial Hair Removal Methods for Smooth Skin. Byrdie

Penulis: hannani

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.