Langkau ke kandungan
Bidadari
Menu

60 Idea Hadiah Untuk Lelaki (Simple Dan Praktikal)

Kebanyakan wanita mempunyai kesukaran untuk memilih dan mencari hadiah untuk lelaki yang sesuai dan mengikut bajet yang ada. Sebenarnya terdapat banyak…

Dikemas kini 19 Januari 2022oleh Nur Syafiqah
Pelbagai idea hadiah praktikal untuk lelaki termasuk dompet, jam tangan, kasut dan minyak wangi.

Nota: artikel ini mungkin mengandungi pautan afiliasi. Bidadari.my mungkin memperoleh komisen kecil tanpa kos tambahan kepada anda.

Kebanyakan wanita mempunyai kesukaran untuk memilih dan mencari hadiah untuk lelaki yang sesuai dan mengikut bajet yang ada. Sebenarnya terdapat banyak barangan sesuai yang boleh diberikan sewaktu hari jadi, hari ulang tahun perkahwinan atau sekadar penghargaan buat mereka.

Jangan risau, kami telah menyediakan 50 idea hadiah untuk lelaki yang boleh anda pilih mengikut citarasa dan kemampuan anda. Idea yang dipilih semestinya bermanfaat buat kaum lelaki. Jom baca senarai yang boleh anda pilih.

Dompet

Dompet kulit lelaki berwarna gelap

Dompet merupakan hadiah yang selalu muncul atau lazim diberikan untuk lelaki. Jadikan dompet sebagai hadiah luar biasa dengan memilih dompet yang boleh ukirkan dengan muka penerima tersebut agar kelihatan eksklusif.

Selain gambar, anda juga boleh letak logo ataupun ayat-ayat manis. Ukiran gambar pada dompet kulit ini dibuat menggunakan laser.  Terdapat empat pilihan warna dompet yang cantik dan boleh anda pilih.

Beli di Shopee

Kurta

Kurta lelaki bersulam untuk majlis

Sudah menjadi trend kini memakai kurta untuk menghadiri sebarang majlis atau perayaan. Ramai lelaki lebih memilih memakai kurta kerana selesa dan kelihatan moden.

Kurta yang diperbuat daripada kain jenis premium como crepe ini sangat selesa, sejuk dan mudah digosok.  Bertangan pendek dan ‘loose’ memang sesuai untuk lelaki yang tidak suka memakai baju yang ketat atau fit.

Terdapat dua poket di bahagian atas dan bawah kurta. Saiz yang ada dari S sehingga 3XL dengan lapan warna yang memukau.

Beli di Shopee

Sneakers

Sepasang sneakers lelaki berwarna putih

Sneakers menjadi pilihan ramai lelaki untuk dipakai sewaktu pergi kerja atau menghadiri sebarang majlis. Sebut sahaja sneakers, jenama Converse sudah tentu menjadi bualan dan pilihan ramai kerana kualitinya bagus, design yang cantik, selesa dan tahan lama sesuai dengan harganya.

Hi-top sneaker antara yang popular dalam kalangan peminat lelaki Converse. Beli sahaja di Shopee Mall, ketulenan dan keaslian kasut dijamin sepenuhnya.

Beli di Shopee

Jam Tangan

Jam tangan lelaki berkulit hitam

Bagi jam tangan sebagai hadiah untuk lelaki pasti tidak akan mengecewakan mereka. Sekali-sekala, berilah jam tangan yang berjenama agar tahan lama dan kelihatan eksklusif. Jangan risau tentang harga kerana Wishdoit adalah salah satu jam tangan berjenama yang berharga bawah RM 100.

Ciri khas yang ada adalah kalis air. Boleh dibawa mandi atau berenang. Jam besi ini disertakan dengan kotak khas dan tali kulit. Tambah kad ucapan dengan penjual dibawah agar hadiah jadi lebih bermakna.

Beli di Shopee

Helmet

Topi keledar motosikal penuh

Jika penerima hadiah ini kaki motor, memang sangat sesuai anda beri topi keledar atau helmet. Nak naik motor pun perlu bergaya. Shoei adalah salah satu jenama helmet yang berkualiti tinggi dan ringan.

Helmet ini dilengkapi dengan sistem ventilasi yang baik membuatkan pengguna lebih selesa memakainya. Pakej pembelian helmet Shoei di kedai ini termasuk manual penggunaan, beg shoei dan kotak.

Beli di Shopee

Songkok

Songkok hitam lelaki bergaya

Tak perlu tunggu hari raya untuk beli songkok baru, bagi je pada hari istimewa mereka. Setidaknya boleh pakai ketika hendak solat Jumaat, hadiri majlis keagamaan dan majlis berkaitan yang lain.

Songkok Daffa Imran antara songkok yang amat berkualiti kerana diperbuat daripada baldu khas dari Jepun yang tahan lasak dan kalis air. Lining dalam songkok diperbuat daripada PU Leather yang membuatkan pemakai lebih selesa dan tidak sakit kepala.

Beli di Shopee

Topi

Topi lelaki berjenama untuk bersantai

Ramai lelaki yang suka pakai cap atau topi yang mempunyai stail baseball caps tak kira kanak-kanak, dewasa mahupun warga emas. Pakai topi membuatkan si pemakai lebih bergaya dan terlindung dari cahaya.

Topi dari HealthGuru antara topi yang terlaris yang diperbuat daripada nylon dan cotton. Terdapat beberapa design dan warna yang boleh anda pilih. Topi ini juga sesuai untuk perempuan. Bolehlah anda beli yang sama agar sedondon bersama pasangan.

Beli di Shopee

Minyak Rambut

Botol minyak rambut lelaki

Minyak rambut juga merupakan hadiah yang pasti digunakan oleh kaum Adam. Hadiahkan mereka set penjagaan rambut pasti mereka suka kerana mahkota bagi mereka adalah rambut.

Bad Lab adalah antara minyak rambut atau pomade terbaik di Malaysia. Bukan hanya untuk bergaya malah minyak rambut ini membantu merawat kulit, anti-bakteria, anti-jerawat dan pelbagai kelebihan lain. Terdapat 7 jenis minyak rambut dengan tekstur,bauan dan fungsi berlainan.

Beli di Shopee

T-Shirt

T-shirt lelaki berwarna gelap

Beri hadiah istimewa seperti baju atau t-shirt berjenama pasti penerima suka. Jangan risau, bukan semua barang berjenama dijual dengan harga yang mahal. Harga standing kualiti pasti tak menyesal untuk dijadikan hadiah.

Beli baju dari Al-Ikhsan je, pasti jenama asli dan berkualiti. Al Men Thiso Polo antara t-shirt yang terlaris di Al-Ikhsan. Walaupun design yang simple, namun selesa dan cantik bila dipakai. Kolar yang ada membuatkan si pemakai boleh memakainya untuk keluar bersama pasangan, menghadiri sebarang majlis dan lain-lain.

Beli di Shopee

Minyak Wangi

Botol minyak wangi lelaki elegan

Minyak wangi dari Mistixmen membuatkan si penerima dan pemakai lebih konfiden dengan bau yang harum. Bauan premium khas untuk lelaki ini memiliki isipadu sebanyak 30 ml dan penggunaan boleh bertahan sehingga 2 bulan.

Sekali sembur bauan boleh tahan selama 8 hingga 12 jam. Yang penting boleh di bawa ketika solat. Terdapat dua jenis bauan iaitu Light & Dark. Jika pasangan anda sukakan bauan yang lembut dan segar, Light pasti sesuai untuk mereka.

Beli di Shopee

Cermin Mata

Cermin mata hitam lelaki bergaya

Ray-Ban adalah sebuah jenama yang tidak asing lagi dalam kalangan pemakai dan pecinta cermin mata. Design yang unik dan klasik yang menjadi gaya utama dalam penghasilan cermin mata jenama ini menjadi tumpuan buat ramai peminat.

Cermin mata Ray-Ban dapat melindungi dari cahaya matahari dan silau. Pasti pasangan seronok menerima hadiah yang berjenama dan berkualiti. Lebih konfiden untuk bergaya.

Beli di Shopee

Coklat

Kotak coklat sebagai hadiah istimewa

Kalau anda menjalani perhubungan jarak jauh dengan pasangan atau ahli keluarga lelaki, beli sahaja bouquet coklat di Shopee mengikut bajet anda. Coklat bukan sahaja menjadi pemanis, malah terbukti dapat menghilangkan stress.

Harga serendah RM 11.11 sehingga RM 85.89 mengikut pakej yang ada. Anda boleh memilih aneka coklat untuk diberi seperti Kit Kat, Cadbury, Snicker dan sebagainya.  Anda tak perlu lagi susahkan diri untuk menghias coklat ini kerana bouquet yang dijual lengkap, cantik dan turut menyediakan kotak hadiah dan kad ucapan.

Beli di Shopee

Sejadah

Sejadah solat lelaki bersulam

Sejadah sudah tentu ada di setiap rumah. Namun ianya akan menjadi sejadah teristimewa jika diberi oleh anda. Sejadah Rawda khas diterbangkan dari Madinah pasti disukai oleh pemakai.

Sejadah ini antara sejadah yang paling laris terjual kerana memiliki corak seperti karpet yang terdapat di kawasan Raudhah di Masjid Nabawi. Kain sejadah lembut dan selesa. Tak perlu balut untuk diberi hadiah kerana kotak eksklusif yang disediakan sangat cantik dan kemas.

Beli di Shopee

Kerusi Gaming

Kerusi gaming ergonomik hitam

Khas untuk lelaki yang kaki game pasti mereka suka apabila dihadiahkan kerusi gaming ini. Sudah menjadi trend ramai kaki game memiliki ruang gaming tersendiri yang sangat eksklusif.

Hadiahkan kerusi gaming yang cantik, besar dan lembut pasti membuatkan mereka selesa untuk bermain game sepanjang hari. Beli kerusi yang mempunyai LED pasti menambah feel untuk berada di alam maya.

Beli di Shopee

Earbuds

Earbuds bluetooth dalam kotak

Wireless earbuds ini sesuai dijadikan hadiah buat lelaki yang suka mendengar musik. Sesuai dipakai ketika bersenam, memandu kereta atau sewaktu bekerja. Wireless earbuds mempunyai mikrofon dan boleh berfungsi ketika membuat panggilan.

Fungsinya yang kalis air seperti hujan dan peluh juga boleh digunakan sehingga 5 jam. Bukan itu sahaja, produk ini mudah untuk dikawal melalui sentuhan. Jenama dari Aukey pasti tidak menghampakan anda.

Beli di Shopee

Tali Pinggang

Tali pinggang kulit lelaki berwarna perang

Tali  Pinggang adalah salah satu aksesori bagi lelaki untuk kelihatan lebih bergaya. Jenama dari Lancestor Polo amat berkualiti kerana diperbuat daripada microfiber.

Istimewanya tali pinggang ini kerana dapat diselaraskan sehingga 37 saiz berbeza dan boleh dipotong dengan mudah mengikut kepanjangan yang anda mahukan tanpa menggunakan tali ukur.

Terdapat lima design yang mempunyai logo yang kemas dan rapi. Harga semestinya bawah RM 70 memang tulen dan asli dari Lancestor Polo.                             

Beli di Shopee

Tie

Tie lelakai berwarna biru

Tie sesuai diberikan kepada lelaki yang bekerjaya dan bekerja di pejabat. Bukan itu sahaja, ianya sesuai untuk dipakai bersama suit ketika menghadiri sebarang majlis formal, menghadiri seminar, konvokesyen, majlis perkahwinan dan sebagainya. Tie dari Emmer Zecna mempunyai kualiti yang baik.

Diperbuat 100% daripada microfiber yarn memang sangat mudah untuk diseterika. Design dan warna yang dikeluarkan pula dipilih dari gaya Eropah.

Beli di Shopee

Pencukur Rambut

Pencukur rambut elektrik jenama popular

Tak pelik jika ada lelaki yang suka memotong rambut sendiri kerana lebih jimat, selamat dan dapat mengikut citarasa yang diingini. Jika pasangan anda salah satu golongan tersebut, berikan hair trimmer dari jenama Kemei ini sebagai hadiah pasti seronok.

Setiap pembelian anda akan peroleh 11 item lain. Bukan sahaja dapat memotong rambut, malah dapat mencukur misai, janggut, bulu hidung dan sebagainya.

Beli di Shopee

Set Asas Penjagaan Diri

Set asas penjagaan diri lelaki dalam kotak

Bukan wanita sahaja yang perlukan set penjagaan diri, malah lelaki turut memerlukan set ini agar lebih bergaya, segar dan berseri.

Set asas penjagaan diri dari Nivea sangat berbaloi dijadikan hadiah. Harga bawah RM 50 anda boleh dapatkan pencuci muka, deodoran dan krim rambut. 3 produk ini sangat diperlukan oleh setiap lelaki dan menjadi keperluan harian bukan untuk orang lain, tetapi untuk keselesaan diri.

Beli di Shopee

Smart Watch

Jam tangan pintar yang memantau kesihatan

Smart watch adalah hadiah untuk lelaki yang terbaik lebih-lebih lagi lelaki yang pentingkan kesihatan dan suka bersenam. Hal ini kerana, kebanyakan smart watch termasuk dari jenama Realme mempunyai fungsi untuk bersukan.

Jam tangan pintar Realme mempunyai skrin yang besar dan mengandungi lebih 90 mode bersukan seperti mendaki, berbasikal dan yoga.  Keistimewaan jam ini adalah bateri mampu bertahan sehingga 12 hari, kalis air dan dapat mengawal oksigen dalam darah dan lain-lain.

Beli di Shopee

Six Pack Care

Alat merapatkan otot perut enam pack

Tak perlu membazir masa, duit dan tenaga untuk ke gym membina badan.  Hadiahkan pasangan anda kerusi six pack care ini pasti berbaloi dan puas hati. Tak perlu lagi berebut alat di gym.

AB Six Pack Care mempunyai pelbagai fungsi untuk melakukan pelbagai senaman seperti press-up, sit-up, reverse crunch, leg raise dan sebagainya. Hanya dengan satu alat, pengguna boleh melakukan banyak senaman untuk mengurangkan berat badan, membakar lemak, membentuk tubuh six pack dan sebagainya.

Beli di Shopee

Juicer

Mesin pengisar jus buah di rumah

Juicer juga boleh dijadikan hadiah buat mereka yang pentingkan penjagaan makanan yang sihat dan kesihatan diri. Bukan sahaja sihat, malah minum minuman berjus yang dibuat sendiri akan lebih segar dan berkhasiat kerana 100% tanpa bahan pengawet atau pewarna.

Juicer dari Imbaco pasti berkualiti dan menjadi pilihan ramai. Walaupun kecil namun boleh menghasilkan sehingga 500ml isipadu jus. Pembelian dari penjual di bawah akan mendapat 9 item lain yang akan memudahkan proses menghasilkan jus.

Beli di Shopee

Gitar

Gitar akustik kayu berwarna coklat

Buat pasangan anda yang gilakan musik, anda boleh hadiahkan mereka sebuah gitar. Gitar merupakan alat musik yang perlu ada buat penggemar musik untuk menyanyi dan menghasilkan lagu.

Lagi istimewa jika gitar yang diberikan mempunyai logo atau nama penerima. Pasti ianya menjadi sebuah hadiah bermakna buatnya. Gitar yang berkualiti ini mempunyai enam pilihan warna dan dijual dengan harga yang berbaloi.

Beli di Shopee

Car Phone Holder

Pemegang telefon kereta yang dipasang

Salah satu aksesori kereta yang perlu ada dalam sesebuah kereta adalah phone stand holder. Dengan alat ini, pengguna dapat menonton drama dalam telefon bimbit serta melihat waze tanpa memegangnya.

Phone stand ini boleh diletakkan pada cermin depan, dashboard atau mana-mana permukaan yang rata. Selain itu, ianya kukuh dan boleh diputar sehingga 360 darjah. Reka bentuk yang padat dan fleksibel tidak akan menghalang pandangan pemandu.

Beli di Shopee

Mesin Urut

Alat pengurut badan yang direhatkan

Jika pasangan anda seorang yang bekerja kuat pasti selalu lenguh-lenguh badan dan jika anda tiada masa nak mengurutnya, hadiahkan mesin urut badan sahaja padanya. Tak perlu ke spa untuk hilangkan rasa sengal, mesin ini sudah cukup membantu.

Mesin ini boleh mengurut tengkuk, bahu, belakang badan, pinggang dan lain-lain. Sesuai digunakan semasa di rumah atau pejabat. Hadir dengan remote memang senang untuk dikawal. Warga emas, dewasa dan remaja juga boleh menggunakannya.

Beli di Shopee

Watch Organizer

Bekas susun jam tangan

Buat pasangan anda yang menggilai jam tangan, apa kata anda berikan organizer atau kotak jam agar segala koleksi jam dapat dikumpul pada satu tempat. Lebih mudah mencari dan jam tangan juga terlindung dari habuk dan debu.

Kotak ini boleh memuatkan 12 jam tangan, 4 tali jam dan ada laci di tingkat bawah dengan 5 kotak. Bukan jam sahaja boleh letak, cincin dan aksesori yang lain pasti muat. Design sangat eksklusif setanding kualitinya.

Beli di Shopee

Powerbank

Kuasa berkuasa tinggi untuk telefon mudah alih

Powerbank sudah menjadi satu keperluan kerana fungsinya yang memudahkan setiap individu dan boleh di bawa ke mana-mana sahaja. Gamer atau mereka yang sering keluar bekerja di luar kawasan terutamanya amat memerlukan powerbank.

Powerbank jenama Pineng tidak asing lagi dalam kalangan pengguna kerana berkualiti dan mampu bertahan dengan lama. Kapasiti sehingga 30000mAh yang boleh mengecas sehingga 8-10 kali.

Beli di Shopee

Kain Pelikat

Kain pelikat lelaki untuk bersantai

Kain pelikat antara barang yang pasti digunakan oleh kaum Adam. Apa kata anda belikan kain baru dan hadiahkan kepada mereka. Kain pelikat yang berjenama, terkenal dan mempunyai kualiti yang bagus adalah Gajah Duduk.

Kain pelekat dari Gajah Duduk sangat lembut, tak panas dan tidak jarang. Edisi hitam & putih merupakan antara yang terlari kerana warna dan corak yang cantik. Yang penting kain pelikat ini siap jahit. Pembelian disertai dengan kotak eksklusif.

Beli di Shopee

Hoodie

Hoodie lelaki berwarna gelap

Sekali sekala bagi hoodie berjenama pasti tidak akan membazir. Malah menjadi hadiah yang sentiasa diingati kerana kualitinya yang baik dan jenis kain yang tahan lama.

Plain hoodie dari jenama Champion ini mempunyai warna hitam dan putih serta berlengan panjang. Kainnya selesa, sejuk dan lembut. Pastikan original baru berbaloi untuk dijadikan sebagai hadiah.

Beli di Shopee

Kad Hadiah Netflix

Kad hadiah langganan filem Netflix

Kad hadiah Netflix sesuai dijadikan hadiah memandangkan ianya kini tidak memerlukan kad kredit atau debit untuk membelinya. Jika pasangan anda seorang kaki movie, pasti mereka gembira menerimanya.

Beli di Shopee

Hot Wheels

Kereta mainan Hot Wheels dalam kotak

Hot wheels atau dikenali sebagai diecast merupakan model kereta miniatur bukan sahaja menjadi kegilaan kanak-kanak, dewasa terutamanya lelaki juga mempunyai hobi mengumpul barangan ini. Kebanyakan lelaki suka mengumpul hot wheels yang merupakan kereta idaman mereka.

Reka bentuk hot wheels sangat kukuh dan menarik kerana dapat dimainkan di trek. Beli dengan seller di bawah, anda boleh dapatkan 5+1 hot wheels yang eksklusif.

Beli di Shopee

Baju Melayu

Baju melayu lelaki lengkap dengan sampin

Tak perlu tunggu raya untuk beli baju melayu. Hadiahkan saja pada bila-bila masa kerana ianya sesuai untuk dipakai sewaktu menghadiri majlis perkahwinan, solat Jumaat dan majlis lain. Baju melayu bersama sampin songket pasti memukau setiap mata yang memandang.

Songket Dunia cukup terkenal dalam dunia baju melayu. Pembelian baju melayu ini termasuk kotak eksklusif, butang baju, sarung dan sarung tangan.

Kain sangat selesa dan sejuk kerana diperbuat daripada premium duchess dengan potongan slim fit. Jangan lupa tambahkan samping pada setiap pembelian kerana gayanya yang sangat mewah, berbaloi dengan harganya.

Beli di Shopee

Jubah

Jubah lelaki berwarna gelap

Tak kurang hebat, jubah juga menjadi pilihan ramai lelaki untuk memakainya terutama ketika menghadiri majlis keagaamaan dan solat jumaat.

Jubah dari Starvilion ini mempunyai potongan regular fit, satu poket di bahagian atas dada dan dua poket di sisi membuatkan baju ini kelihatan simple tetapi menarik dan terletak kemas. Kainnya tebal, tidak jarang dan kelihatan mewah.

Beli di Shopee

Selipar

Selipar lelaki santai

Tidak menjadi masalah jika anda memberikan selipar sebagai hadiah untuk lelaki kerana barangan ini sudah tentu bermanfaat dan dapat dipakai oleh penerima tersebut setiap hari.

Selipar berjenama Tropix antara selipar yang selesa dipakai walaupun harga bawah RM 30. Senang dipakai kerana hanya perlu disarung. Material kasut lembut, selesa dan anti-slip.

Beli di Shopee

Kasut Bola

Kasut bola bertujuan padat berstika

Jika pasangan, adik lelaki atau mungkin ayah anda seorang yang aktif dengan sukan terutama bola sepak, hadiahkan kasut bola yang baru dapat menjimatkan bajet mereka. Mana tahu mungkin kasut bola yang kini sudah rosak.

Kasut bola dari PUMA antara yang terlaris di pasaran. Pelbagai design dan warna yang menarik setanding dengan kualitinya. Beli dengan seller di bawah tentu original.

Beli di Shopee

Bean Bag Sofa

Kerusi bean bag yang lembut

Bean bag sofa ni lagi selesa untuk duduk atau baring berbanding sofa biasa. Sangat lembut, gebu dan tidak panas. Memang best untuk merehatkan diri sehingga kadangkala boleh tidur dengan lena di atas sofa ini.

Bean bag sofa mampu menampung sehingga 250kg dan mempunyai waranti selama setahun jika ada tetasan jahitan dan kerosakan zip. Tengok movie sambil baring atas sofa gebu ini pasti terlena.

Beli di Shopee

Keyboard

Papan kekunci mekanikal untuk bermain permainan

Khas untuk kaki game, keyboard memang sesuai dijadikan hadiah buat mereka. Paling spesial, gaming keyboard ini mempunyai lampu LED dan disertakan dengan mouse LED.

Setiap gamer sudah pasti mempunyai keinginan untuk mempunyai ruang atau bilik game tersendiri. Apa kata anda menyumbang salah satu alat yang memang diperlukan sebagai menyokong minat terhadap hobi mereka.

Beli di Shopee

Lanyard

Tali lanyard berwarna gelap untuk letak kad

Pelajar atau sesetengah pekerjaan memang memerlukan kad nama diri yang digantung pada leher. Namun kini, sudah menjadi trend memakai lanyard kerana kelihatan lebih bergaya terutama golongan remaja.

Hadiahkan lanyard yang mempunyai kata-kata hikmah atau semangat pasti menaikkan motivasi mereka setiap hari sambil bergaya dengan konfiden. Lanyard ini sesuai untuk menggantung telefon bimbit, keychain, mp3, kamera dan sebagainya.

Beli di Shopee

Clutch

Beg clutch lelaki untuk tujuan formal

Tak pelik sekiranya ada lelaki yang lebih gemar memakai clutch berbanding dompet. Hal ini kerana clutch mempunyai ruang yang besar dan boleh memuatkan pelbagai barang seperti kunci, telefon bimbit, mini ipad, sikat, powerbank dan sebagainya.

Oxwhite clutch bag yang diperbuat daripada nylon mempunyai kualiti yang baik. Terdapat dua poket di dalam clutch dengan satu poket berzip. Penggunaan clutch sesuai di bawa ke mana-mana seperti ke majlis korporat, majlis formal, pasar dan lain-lain.

Beli di Shopee

Jersey

Jersey sukan pasukan sepak takraw

Baju jersey bukan sahaja sesuai untuk dipakai sewaktu bersukan, malah pakai harian di rumah atau sewaktu berkebun juga selesa kerana kainnya yang ringan, sejuk dan lembut.

Jersey keluaran Al-Ikhsan antara jersey terbaik. Harga sememangnya setanding dengan kualitinya yang bagus.

Beli di Shopee

Sejadah Poket

Sejadah poket mudah dibawa ke mana sahaja

Sejadah sudah menjadi satu keperluan lagi-lagi ketika mengunjungi masjid ketika pandemik ini. Hadiahkan pasangan atau ahli keluarga dengan sejadah poket memang memudahkan kerana senang dilipat, kecil, ringan dan mudah dibawa.

Letak sahaja sejadah poket dalam kereta agar mudah untuk anda solat jika pergi bercuti di tempat yang jauh. Beli sejadah poket yang mempunyai corak seperti sejadah atau karpet di Raudhah, Masjid Nabawi pasti dapat mengimbau kenangan sewaktu berada di sana.

Beli di Shopee

Backpack

Beg galas belakang lelaki berwarna gelap

Backpack sangat sesuai dijadikan hadiah untuk lelaki yang suka mengembara, berkhemah atau mendaki gunung. Hanya dengan satu beg yang mempunyai banyak ruang penyimpanan barang pasti dapat memudahkan mereka untuk mengemas pakaian dan alatan lain.

Beg yang kalis air ini mampu memuatkan pelbagai barangan seperti khemah, portable gas, laptop, kasut dan sebagainya.

Beli di Shopee

Basikal Lipat

Basikal lipat yang mudah dibawa ke mana sahaja

Ramai yang memilih aktiviti berbasikal sebagai senaman kerana dapat layan keindahan sekeliling sambil mengeluarkan peluh dan meningkatkan stamina. Jika pasangan anda seorang yang gemar berbasikal, hadiahkan mereka basikal lipat agar mudah dibawa ke mana-mana.

Basikal 26 inci ini mempunyai 21 tahap kelajuan dengan berat 19kg-21kg mengikut jenis basikal. Walaubagaimanapun sangat mudah untuk dilipat dan disimpan di dalam kereta mahupun di rumah. Basikal lipat ini sesuai untuk mereka yang mempunyai ketinggian 150cm ke atas.

Beli di Shopee

Speaker

Pembesar suara bluetooth mudah alih

Lelaki terutama remaja dan dewasa sudah tentu ada yang suka mendengar musik yang kuat untuk menghilangkan stress dan menghiburkan hati. Dengan harga tak sampai RM 50 anda boleh dapat 3 set speaker yang mempunyai bunyi yang kuat dan jelas.

Lebih menarik apabila speaker ini boleh disambungkan dengan Bluetooth. Speaker dari jenama Vinnfier sememangnya berkualiti dan memuaskan.

Beli di Shopee

Kemeja

Kemeja lelaki berwarna biru untuk bekerja

Baju kemeja sesuai dipakai untuk ke pejabat, menghadiri majlis formal dan untuk keluar bersama pasangan. Pakai baju kemeja kelihatan lebih segak dan bergaya.

Kemeja dari jenama Forest sangat berkualiti dan diperbuat daripada kain cotton dan woven. Kolar yang klasik mencantikkan lagi design kemeja ini dengan lengannya yang pendek.

Beli di Shopee

Portable 3D VR

Alat 3D VR mudah alih

Buat anda yang mempunyai pasangan yang suka bermain game, pasti mereka seronok jika menerima hadiah 3D VR. Alat ini mampu membuatkan pemakai merasai pengalaman sebenar dalam game walaupun realitinya berada di alam maya kerana memaparkan pandangan 360 darjah.

Produk ini mempunyai kanta blu-ray dimana dapat melindungi mata dari cahaya biru yang terhasil daril skrin yang merbahaya. Pembelian termasuk VR 3D, kain pencuci dan controller.

Beli di Shopee

Mesin kopi

Mesin membuat kopi di rumah

Tak dinafikan ramai peminat kopi terutama dalam golongan lelaki, tak kira warga emas mahupun dewasa. Kopi dapat menyegarkan mata dan memberi pelbagai kelebihan untuk kesihatan. Namun jika berlebihan, pasti dapat memudaratkan diri.

Walaupun begitu, jika pasangan anda gemarkan kopi berikanlah mesin kopi sebagai hadiah. Mesin kopi dari Konka antara yang terbaik kerana fungsi dan bentuknya yang minimal namun dapat menghasilkan pelbagai jenis kopi yang sedap, mudah dan cepat.

Beli di Shopee

Butang Baju Melayu

Butang baju melayu bersulam tradisional

Butang baju melayu juga seperti pin tudung wanita yang sering hilang ketika hendak digunakan. Solusinya, anda boleh borong banyak butang baju dengan harga yang murah di Shopee dan jadikan koleksi di rumah.

Walaupun murah, kualitinya terjamin serta tahan lasak dengan pelbagai design dan warna yang memukau. Antara design yang laris adalah butang keris membuatkan baju kelihatan lebih eksklusif.

Beli di Shopee

Cordless Screw Driver

Alat pemutar skru tanpa wayar

Pasti ramai lelaki akan suka jika dihadiahkan set alatan bertukang termasuk cordless screw driver ni. Pelbagai alat lain juga diletakkan dalam satu beg ini seperti penukul, plier, tali pengukur dan banyak lagi.

Cordless screw driver mampu digunakan sebanyak 250 kali jika di caj penuh selama 60 minit. Tak perlu lagi mencari plug point ketika bertukang, dengan alat ini semua kerja bertukang menjadi mudah.

Beli di Shopee

Jam Loceng

Jam loceng meja retro untuk kebangkitan

Belikan jam loceng buat lelaki yang mempunyai masalah sukar untuk bangun pagi. Jam digital pasti dapat membangunkan mereka dengan pelbagai fungsi lain.

Istimewanya, jam loceng digital ini mempunyai fungsi Bluetooth, speaker dan cermin bersama lampu LED. Memang sesuai dijadikan lampu tidur. Setiap pembelian akan peroleh 1 jam digital, 1 usb dan panduan penggunaan.

Beli di Shopee

Sapu Tangan

Sapu tangan kotak lelaki untuk tujuan formal

Sapu tangan bukan sahaja digunakan untuk mengelap, malah kini menjadi trend untuk berfesyen terutama sewaktu memakai suit atau tuxedo. Sesuai untuk lelaki bekerjaya atau yang sering menghadiri majlis korporat.

Beli di Shopee

Gundam

Model robot Gundam yang telah dipasang

Gundam atau turut dikenali sebagai Gunpla adalah model mini atau miniatur anime yang perlu dipasang sendiri. Ianya menjadi satu hobi khususnya buat pencinta anime walaupun cara pemasangannya agak sukar tetapi memuaskan. Setiap gundam boleh dicipta mengikut citarasa dan kreativiti sendiri.

Beli di Shopee

Massage Gun

Alat pengurut badan dengan tekanan tinggi

Massage gun sering digunakan untuk mereka yang aktif bermain atau bersenam di gym. Kalau ada di rumah macam-macam boleh buat. Contohnya, jika mengantuk dan penat urut guna massage gun ini terus segar.

Massage gun boleh digunakan untuk mengurut seluruh badan menggunakan enam kepala berlainan seperti fork head, flat head, shavel head, bullet head dan lain-lain. Terdapat 30 kelajuan berbeza mengikut jenis urutan yang anda mahukan.

Beli di Shopee

Set Joran

Set joran memancing dalam beg

Kaki pancing pasti memerlukan alatan yang lengkap untuk memancing pada waktu lapang. Hadiahkan untuk suami set memancing yang baru pasti beliau suka.

Set memancing di atas lengkap dengan beg memancing, joran, kelili, mata kail dan lain-lain. Memang mudah di bawa ke mana-mana kerana rekabentuk joran yang boleh diselaraskan dengan sepanjang 33cm sahaja.

Beli di Shopee

Go Pro

Kamera aksi GoPro untuk merakam

Kini bukan sahaja golongan wanita yang sukakan fotografi dan videogarfi, malah golongan lelaki turut mempunyai hobi seperti ini. Jika pasangan anda salah satu yang memiliki minat yang sama, hadiahkan Go Pro yang mudah di bawa bersama kerana bentuknya yang kecil.

Walaupun kecil namun kualiti gambar dan video sangat jelas dan cantik. Sesuai untuk rakam gambar, buat vlog dan sebagainya. Antara kelebihan Go Pro adalah mempunyai wide angle, kalis air, mampu merakam gambar dari jauh dan aktiviti lasak.

Go Pro Hero 10 Black merupakan go pro terbaru yang mempunyai berat 153g dan kamera aksi yang menawarkan 5.3K rakaman video. Antara kelebihan Go Pro Hero 10 Black adalah salutan kanta hidrofobik serta kadar bingkainya meningkat.

Beli di Shopee

Komik

Buku komik superhero berwarna-warni

Komik bukan sahaja digemari oleh golongan kanak-kanak, golongan dewasa turut menjadikan ia sebagai hobi pada waktu lapang. Khas untuk penggemar anime, hadiahkan mereka siri-siri anime yang menarik di pasaran.

Salah satu komik yang terlaris di pasaran adalah Attack On Titan yang mempunyai 33 volume. Borong sebanyak mana yang anda mampu untuk hadiahkan buat yang tersayang.

Beli di Shopee

Planner

Buku perancang tahunan untuk kerja

Planner sangat sesuai untuk golongan yang bekerjaya, ahli perniagaan dan lain-lain. Dalam kesibukan bekerja, planner diperlukan agar setiap urusan disusun teratur, catat perkara atau peristiwa penting dan sebagai peringatan terhadap apa yang ingin dilakukan.

Plain planner yang berbentuk segi empat tepat sesuai untuk lelaki kerana tidak terlalu besar dan mudah untuk di bawa. Planner ini menggunakan kualiti kertas yang tinggi serta mempunyai penanda buku.

Beli di Shopee

Stoking

Pasang stoking lelaki berwarna gelap

Set stoking dari jenama Nike juga boleh dijadikan hadiah untuk lelaki. Terdapat 5 pasang stoking yang mempunyai logo Nike. Design yang simple tapi kelihatan eksklusif. Kualiti selesa yang tak terlalu tebal dan tak terlalu nipis. Sesuai dipakai untuk bersukan, kasual dan lain-lain.

Beli di Shopee

Electric Cooker

Periuk masak elektrik mudah alih

Electric Cooker ini sangat efisyen dan sesuai untuk lelaki yang baru belajar untuk memasak atau selalu kerja ke luar kawasan. Mudah untuk digunakan kerana menggunakan elektrik dan tidak perlu dikawal tahap kepanasan. Sistem keselamatan juga baik kerana jika melebihi paras 200 degree celsius, electric cooker ini automatik akan ditutup sendiri.

Selain itu, ianya tidak mudah melekat, mudah dibasuh dan boleh digunakan untuk menggoreng, mengukus dan rebus. Dengan sekali tekan pada butang on/off sahaja sudah boleh digunakan.

Beli di Shopee

Dashcam

Kamera papan pemakaian kereta

Dashcam juga merupakan salah satu aksesori kereta yang amat diperlukan sekarang. Ianya penting sebagai bukti rakaman jika berlaku sebarang kemalangan atau sesuatu kejadian berlaku terhadap diri atau orang sekeliling.

Ddpai dash cam antara model yang terlaris dan terbaik di pasaran. Bentuknya yang minimal tidak menyesakkan pandangan pemandu. Kualiti gambar jelas walaupun dalam gelap.

Beli di Shopee

60 hadiah untuk lelaki sudah kami sediakan untuk anda dengan link pembelian di Shopee agar urusan anda lebih mudah. Idea hadiah tersebut sudah tentu bermanfaat buat penerima dan tahan lama. Kami juga ada menulis artikel lain seperti hadiah untuk ibu, hadiah untuk ayah dan hadiah untuk suami

Pendapat di atas tidak mewakili pendapat Bidadari. Ia merupakan pendapat dan pandangan penulis.