Apabila hampir hari jadi ayah atau hari ayah sedunia, pasti ramai mencari-cari apakah hadiah terbaik untuk ayah anda. Percayalah, konsepnya sama sahaja, anda pasti berikan hadiah yang cukup ringkas buat ayah anda. Apa kata anda buat sedikit kelainan dengan memberikan hadiah yang luar biasa untuk mereka.

Anda perlu elakkan dari memberi hadiah yang selalu ayah terima, tetapi berilah hadiah yang unik dan luar biasa jarang atau tidak pernah mereka terima. Sama ada barang kegunaan atau perhiasan, asalkan ayah amat sukakannya.

Untuk itu, penting bagi anda ketahui minat mereka supaya mudah anda memilih hadiah untuk ayah. Jom lihat hadiah untuk ayah yang menarik dan luar biasa.

hadiah untuk ayah
Imej via [amazon]

1. Smart Bluetooth A1 Smart Watch

Berikan hadiah untuk ayah yang belum pernah mereka ada. Jam smart bluetooth ini berfungsi menghubungkan jam dengan telefon bimbit anda. Dengan melihat di jam sahaja, ayah anda akan melihat mesej dan panggilan telefon yang masuk. Ia juga dapat memantau waktu tidur ayah anda supaya ayah mendapat tidur dan rehat secukupnya.

2. Set Memancing

Sekiranya ayah anda seorang kaki pancing, apa salahnya anda jadikan set memancing sebagai hadiah untuk ayah. Mereka pasti teruja mendapat hadiah berupa minat mereka. Ayah akan bertambah gembira dan tersenyum sepanjang hari.

hadiah untuk lelaki
Imej via [maskulin]

3. Perfume

Wangian adalah sesuatu yang menenangkan. Hadiahkan perfume atau wangian kegemaran ayah anda untuk memberikan ketenangan kepada mereka. Apa sahaja minyak wangi yang anda pilih, pasti mereka terima, namun berilah minyak wangi kegemaran mereka dan bersesuaian untuk seorang lelaki.

4. Rayban

Hadiah untuk ayah yang sesuai diberikan juga adalah Rayban. Rayban berwarna hitam dan dilengkapi khas dengan kad hadiah, kotak hadiah adalah sangat cantik dijadikan hadiah ayah anda. Anda boleh pilih pelbagai rayban yang cantik dan sesuai di Lazada.

hadiah untuk ayah
Imej via [flipkart]

5. Set Penjagaan Diri

Set penjagaan diri adalah set terbaik untuk ayah anda memanjakan diri di rumah. Mereka pasti akan gunakan set penjagaan diri pemberian anda itu. Pastikan jenama yang anda pilih menepati citarasa anda. Sebagai contoh, pilihlah set grooming for men Nivea. Ia pasti menjadi pilihan ramai lelaki.

6. Jam Tangan

Pilihan jam tangan sebagai hadiah untuk ayah bukanlah sesuatu yang luar biasa. Ramai yang akan membeli jam tangan untuk ayah, namun bezanya jenis jam tangan bagaimana yang harus anda beli? Bergantung kepada minat ayah anda juga, jika mereka sukakan jam tangan klasik, anda boleh dapatkan jenama DANIEL WELLINGTON Classic Black St Mawes Watch. Banyak lagi pilihan yang boleh anda pilih selain jam tangan minimalis ini.

hadiah untuk ayah
Imej via [uadbrand]

7. Baju Kurta

Terdapat banyak jenis baju kurta yang mempunyai design menarik akhir-akhir ini, baju kurta ini juga sesuai dipakai keluar rumah ke kerja dan majlis-majlis. Apa kata hadiahkan ayah anda sehelai baju kurta. Pilih sahaja design kurta yang anda inginkan, ayah pasti sukakannya. Hadiah untuk ayah ini sesuai dipakai ke mana sahaja yang mereka pergi.

8. Supplemen Vitamin

Hadiah untuk ayah yang amat bernilai adalah supplemen vitamin. Vitamin seperti Berocca, Blackmores dan lain-lain lagi sesuai diambil oleh mereka yang berusia seperti ayah anda. Ia penting untuk kesihatan jantung dan tubuh badan mereka. Belilah satu untuk mereka!

hadiah untuk ayah
Imej via [instamood]

9. Set Buah-Buahan Dan Coklat

Sama seperti surprise delivery yang lain, set buah-buahan dan coklat adalah hadiah untuk ayah yang amat mengejutkan. Ayah pasti tak sangka akan hadiah yang mereka terima ini. Tambah-tambah apabila anda meminta surprise planner menghantar set hadiah ini ke pejabat ayah anda.

10. Beg Poket Lelaki

Beg poket lelaki ini sesuai dijadikan hadiah untuk ayah. Mereka boleh gunakannya untuk ke mana sahaja bagi meletak barang-barang penting seperti dompet, kunci kereta, rokok, kitab dan lain-lain lagi. Untuk travel, ia amat sesuai digunakan.

hadiah untuk ayah
Imej via [shopee]

11. Mesin Cukur Lelaki

Ayah siapa yang tidak pernah ada jambang, janggut atau misai? Pasti semuanya ada dan pasti akan suka untuk kemaskan bahagian tersebut, bukan? Inilah dia mesin cukur lelaki yang boleh anda jadikan hadiah untuk ayah anda. Mesin pencukur lelaki elektrik ini agak mewah dan mudah untuk digunakan.

12. Set Kitab Selawat Barakah Makkiyah

Kitab selawat Barakah Makkiyah adalah himpunan selawat-selawat nabi SAW yang sesuai untuk diamalkan oleh anda sekeluarga dalam mendapatkan sesuatu hajat. Hadiah untuk ayah ini mempunyai dua jenis iaitu kitab selawat dan juga kitab terjermahan. Ayah anda akan menghargainya sekiranya mengetahui nilai dan kebaikan beramal dengan kitab ini.

hadiah untuk ayah
Imej via [datoksirkronik]

13. Mesin Urut

Mesin urut sama ada mesin urut badan, tangan atau kaki sesuai untuk digunakan oleh ayah anda. Anda boleh menghargai mereka dari segi menghadiahkan sesuatu yang dapat melegakan otot dan saraf mereka. Ia juga amat bagus untuk kesihatan, ayah pasti akan menghargainya!

14. Pakej Spa Lelaki

Hadiah untuk ayah yang pasti akan buatkan mereka teruja adalah pakej spa lelaki. Pakej spa yang merangkumi facial, menicure, pedicure, shaving, srub, massage dan lain-lain lagi akan membuatkan ayah anda tenang dan gembira. Jarang sekali seorang lelaki bergelar ayah menghabiskan masa di spa, inilah masanya untuk anda hadiahkan pakej ini kepada mereka.

hadiah untuk ayah
Imej via [goldenoaksspa]

Menarik bukan hadiah untuk ayah kali ini? Pilihlah mana satu hadiah yang sesuai untuk diberikan pada ayah anda. Semuanya luar biasa dan agak unik, mereka pasti akan suka. Semoga hadiah untuk ayah ini juga menjadi kenangan indah seorang ayah dan diingati selamanya.

Jemput baca Hadiah untuk ibu dan ayah, Hadiah untuk ibu dan Hadiah hari jadi anak perempuan.

Rujukan:

  1. glamlelaki
  2. lazada
  3. productnation

Penulis: zulrina

Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.