Anda pernah dengar tentang Gunung Hijau? Bagi anda yang sukakan aktiviti hiking pastinya anda biasa dengar tentang gunung yang mencabar dan menguji kekuatan ini. Selain itu, jika anda seorang yang sukakan bidang paranormal dan misteri. Gunung Hijau juga adalah destinasi penjelajahan yang menjadi tumpuan ahli paranormal di Malaysia. Apa yang lebih menarik, Gunung Hijau juga menjadi tumpuan para pengkaji herba dan mereka yang mengamalkan perubatan tradisional.

Menarik kan Gunung Hijau? Bukan sahaja menjadi pusat hiking malah menjadi pilihan mereka yang sukakan aktiviti paranormal dan mencari herba. Pastinya anda tertarik untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang gunung ini. Istimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan beberapa info menarik tentang Gunung Hijau yang anda wajib tahu.

gunung hijau

Sumber: Peakery

Di manakah lokasi Gunung Hijau?

Gunung Hijau atau juga dikenali sebagai gunung Maxwell  terletak di daerahTaiping, Perak. Ia mempunyai ketinggian setinggi 1,449 meter  atau 4,751 kaki dari aras laut. Gung hijau kaya dengan flora dan fauna dan masih mempunyai ekosistem yang terpelihara dari sebarang pencerobohan dan pencemaran lalu menjadikan ia destinasi pilihan para hikers di Malaysia untuk melakukan aktiviti hiking. Dari segi geografi, Gunung Hijau mempunyai 3 jenis hutan iaitu:

  • Hutan Dipterokarp Bukit
  • Hutan Dipterokarp Atas
  • Hutan Montane.

Selain kaya dengan hidupan liar yang unik, Gunung Hijau juga kaya dengan tumbuhan dan herba yang mempunyai nilai perubatan lalu menjadikan ia lokasi pilihan bagi pengkaji herba dan mereka yang sukakan perubatan herba dan tradisional. Tak cukup dengan itu, pelbagai kisah paranormal di Gunung Hijau menjadikan ia lokasi pilihan para pengkaji paranormal di Malaysia.

Aktiviti hiking atau mendaki gunung

Jika anda ingin mendaki Gunung Hijau, pendakian ke gunung Hijau biasanya dimulakan dari Bukit Larut memandangkan ia mempunyai laluan yang lebih mudah untuk dilalui berbanding laluan yang lain. Starting point di Bukit Larut adalah berhampiran dengan pecawang TM puncak Bukit Larut. Oleh itu, jika anda mempunyai rancangan untuk mendaki Gunung Hijau, kami cadangkan anda untuk memulakan perjalanan dari Bukit Larut dan bukannya laluan yang lain. Namun begitu ingin juga kami ingatkan bahawa untuk mendaki Bukit larut juga tidak mudah.

Untuk sampai ke Puncak Bukit Larut, anda perlu meninggalkan kenderaan anda di bawah dan menaiki kenderaan pacuan empat roda yang boleh disewa bersama pemandu yang berpengalaman mendaki Bukit Larut. Anda akan dibawa melalui perjalanan off road yang agak mencabar sehingga sampai di puncak. Disebabkan oleh perjalanan yang agak mencabar dan penuh berliku, pada kami adalah agak kurang sesuai untuk anda membawa anak kecil dalam pengembaraan ini kerana faktor keselesaan dan keselamatan.

Untuk sampai ke puncak Gunung Hijau akan memakan masa sehingga sehari namun jangan risau kerana jalan untuk ke atas adalah cantik dan perjalanan anda tidak begitu sukar. Apa yang penting anda mempunyai tahap kecergasan dan stamina yang tinggi. Setiba sahaja di puncak, pastinya anda akan terpukau dengan pemandangan hutan sekitar yang sangat indah dan masih dara. Ditambah lagi dengan kabus tebal yang tercipta hasil kelembapan udara yang tinggi memandangkan Taiping merupakan kawasan tadahan hujan paling kerap di semenanjung Malaysia.

gunung hijau

Sumber: Youtube

Herba yang terdapat di Gunung Hijau

Gunung hijau kaya dengan pelbagai tumbuhan dan herba yang sangat berkhasiat untuk kesihatan manusia. Terdapat pelbagai tumbuhan herba di sana yang menjadi buruan para pencinta herba. Namun apa yang menarik, terdapat sejenis hidupan kecil di sana yang menjadi buruan para ahl herba iaitu lintah gunung. Anda pernah dengar tentang lintah gunung?

Lintah gunung adalah lintah yang tidak tinggal di dalam sungai atau laluan air yang perlahan, sebaliknya ia tinggal di atas Gunung Hijau. Ia akan melekat pada batu-batu yang basah dan merayap di atas tanah yang lembap di Gunung Hijau. Bagi mereka yang ingin hiking di Gunung Hijau, sila bersedia untuk dihurung oleh lintah gunung yang banyak di sana.

Para ahli herba akan mencari dan menangkap lintah gunung yang banyak di Gunung Hijau dan dimasukkan ke dalam botol untuk dibawa pulang. Kemudian lintah gunung akan direbus bersama beberapa akar dan herba lain untuk dijadikan minyak dan dijual secara komersial. Di antara resepi minyak lintah gunung Gunung Hijau yang popular adalah seperti berikut:

  • Lintah gunung hijau
  • Akar kayu hutan yang terpilih
  • Minyak Jarak
  • Minyak belut tulang
  • Susu kambing

Kesemua bahan ini akan direbus dalam api perlahan untuk tempoh masa yang lama bagi memastikan semua kebaikan dan khasiat dari lintah gunung tadi keluar dan diserap masuk ke dalam minyak. Minyak lintah Gunung Hijau sangat berkhasiat bukan sahaja untuk kegagahan dan kekuatan lelaki malah digunakan oleh golongan wanita untuk mencantikkan asset dengan cara menyapukan minyak tadi kepada bahagian tubuh badan yang berkenaan.

gunung hijau

Sumber: Pasmoni

Selain lintah gunung, Gunung Hijau juga kaya dengan tumbuhan herba seperti kacip fatimah, tongkat ali, akar kayu, manjakani, dan pelbagai herba yang lain. Tidak hairanlah mengapa Gunung Hijau menjadi lokasi pilihan bagi pencari herba di Malaysia.

Itulah dia info tentang Gunung hijau yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat. Semoga  kita semua dirahmati Allah dan dilimpahkan dengan keberkatan dan kasih sayang. Jika anda sukakan artikel ini,anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang tempat menarik di Putrajaya,  tempat menarik di Penang dan tempat menarik di Pahang.

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.