Remaja kini lebih tertarik kepada artis-artis di luar atau dalam Malaysia. Jika dilihat sekarang, remaja mula menjadikan artis kegemaran mereka sebagai idola dan bercita-cita untuk berjaya seperti idola mereka. Ia bukanlah perkara yang buruk jika anak kita menjadikan artis sebagai idola mereka. Malah, ia boleh menjadi semangat kepada mereka untuk melakukan sesuatu perkara.

Tetapi alangkah bagusnya jika ayah yang menjadi idola pertama mereka untuk menaikkan semangat. Banyak manfaat jika anak menjadikan ayah mereka sebagai idola dan ia mampu mengeratkan lagi hubungan antara ayah dan anak.

Apakah faktor-faktor kenapa ayah harus menjadi idola anak-anak ?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai faktor-faktor utama ayah harus menjadi idola anak. Info ini dikongsikan oleh Dr. Taufiq Razif. Beliau banyak berkongsikan tips untuk mendidik dan menjaga anak-anak. Beliau juga pengasas “Telegram Channel Parenting” terbesar di Asia. Selain itu, beliau merupakan CEO di The Proparenting. Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr. Taufiq.

Faktor-faktor utama ayah harus menjadi idola anak

ayah idola anak
Imej via Bidadari.my

Antara faktor-faktor utama ayah harus menjadi idola kepada anak-anak adalah ketika meningkat remaja, perubahan hormon dan fizikal membuatkan anak perempuan kita mula tertarik dengan mereka yang berlainan jantina.

Ketika itu akan berlaku satu perlawanan bonding kerana anak kita akan mula membuat bonding dengan kawan kawan dan orang yang mereka minat dan suka. Jika bonding kita dengan anak perempuan kita lebih kuat, maka kita yang akan memenangi hati anak perempuan kita. Dia akan lebih mendengar pendapat dan nasihat kita. Dia akan lebih menurut kata kita.

Tetapi bahaya jika bonding orang luar lebih kuat dibandingkan bondingnya dengan kita. Maka anak perempuan kita akan lebih mendengar kata mereka. Ketika itu, kalau baik kawan kawan anak kita maka baiklah dia. Kalau rosak kawan kawan anak kita maka rosak jugalah anak kita. Untunglah kalau anak kita dikelilingi orang baik tetapi kalau sebaliknya? Itu yang bahaya.

Jadi kepada semua Daddy, Papa, Ayah, Abi dan semua yang mempunyai anak perempuan. Jadilah cinta pertama anak kita. Ajarkan mereka rasa cinta kepada agama. Ajarkan kepada mereka rasa cinta kepada kita ibubapanya dan ajarkan kepada mereka rasa cinta kepada diri mereka sendiri juga.

Tanpa kita sedar, seorang ayah bukan cuma pencari nafkah semata. Ayah juga adalah idola anak perempuannya. Seorang ayah juga adalah superhero anak anak mereka sehingga ke hujung usia

*Kesimpulannya, sebagai seorang ayah, kita perlu memastikan anak perempuan kita selamat dan selesa apabila bersama. Lebih baik lagi, jika anak perempuan kita mula terbuka hati untuk berkongsikan masalah mereka kepada kita dan membuatkan kita adalah orang yang sangat dipercayai di mata mereka. Maka, jadilah hero dan idola di mata mereka.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.