‘Membaca Jambatan Ilmu’. Membaca adalah satu aktiviti yang tidak ada kerugian baginya. Sedangkan wahyu pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad saw juga adalah ayat ‘Iqra’ yang bermaksud bacalah. Ini menunjukkan bahawa agama Islam sangat mementingkan budaya membaca dalam kalangan umatnya.

Budaya membaca boleh dipupuk kepada anak-anak seawal usia mereka masih bayi. Walaupun pada usia ini mereka masih belum boleh membaca, tetapi ibu bapa boleh berperanan untuk membacakan buku-buku yang mudah dan ringkas kepada bayi.

baca

Imej via nurraysa

Kemahiran membaca peringkat awal ini berkait dengan tiga agenda kehidupan manusia sepanjang masa. Masa yang paling sesuai untuk mengajar kanak-kanak membaca ialah ketika otak mereka sedang pesat membangun iaitu 25% ketika lahir, 50% ketika berumur enam bulan, 85% ketika berumur tiga tahun dan 95% ketika mencapai umur enam tahun. Maklumat yang diperolehi daripada kajian ini menunjukkan kadar kepesatan otak membangun dan berkembang ialah semasa berumur 0 hingga 3 tahun. Jika rangsangan dan kemahiran membaca diberikan pada masa ini, ia akan memberi kesan yang paling optimum untuk meningkatkan tahap kecerdikannya.

Justeru itu, terdapat kata-kata mutiara yang sangat bererti, ‘Membaca adalah hak setiap kanak-kanak’. Membaca untuk anak-anak terlalu banyak faedahnya. Maka, menjadi tanggungjawab setiap ibu bapa memperkenalkan budaya membaca kepada anak-anak sedari kecil.

10 Faedah Membaca Untuk Kanak-kanak

1) Menambah Perbendaharaan Kata

Melalui pembacaan, anak akan terbiasa mendengar/melihat pelbagai perbendaharaan kata yang baru. Ini akan memperkaya kosa kata mereka dan membantu mereka dalam memahami berbagai perkara yang ada di sekitar mereka.

Hal ini juga merupakan salah satu cara yang paling efektif untuk membuat otak agar lebih berkembang kerana anak dirangsang untuk memperkaya bahasa mereka.

kosa kata

Imej via umiuma

Sebagai contoh, sebuah penelitian di Rhode Island Hospital, Amerika Syarikat, telah membandingkan dua kelompok bayi yang berusia lapan bulan.

Kelompok pertama adalah kelompok yang sering dibacakan buku cerita oleh orang ibu bapanya, manakala kelompok kedua sebaliknya. Hasil menunjukkan bahawa bagi kelompok pertama, kosa kata beserta pemahaman si bayi meningkat menjadi 40%, sedangkan kelompok kedua hanya meningkat 16%.

2) Meningkatkan Keterampilan Komunikasi

Dengan perbendaharaan kata yang semakin banyak, ia dapat membantu anak lebih mudah dalam berkomunikasi. Mereka akan lebih percaya diri dalam berucap kerana mereka kaya dengan berbagai kata dan perkataan. Malah, hal ini juga dapat membantu anak-anak untuk menyusun perkataan dengan baik.

petah bercakap

Imej via veracidadchannel

Selain itu, sewaktu ibu bapa membacakan buku kepada anak-anak, sebaiknya pembacaan tersebut berlaku dengan nada suara serta intinasi yang dapat didengar dengan baik oleh anak-anak (read a loud).

Kerana dengan read a loud, ibu bapa sebenarnya telah mengajarkan banyak keterampilan dalam berkomunikasi. Anak-anak juga akan belajar bagaimana cara untuk berkata-kata, mendengar dan membaca dengan baik.

3) Mengenalkan Konsep Baru

konsep baru

Imej via keluarga

Berbagai konsep dalam kehidupan dapat ibu bapa kenalkan kepda anak-anak melalui membaca. Mulai dari pengenalan berbagai jenis warna, bentuk, huruf, angka dan lain-lain.

Malah, kebiasaannya, anak-anak yang bersifat inkuiri akan sering bertanya soalan sekiranya ibu bapa membacakan sesuatu konsep atau ilmu yang baru kepada mereka. Sesi soal jawab ini secara tidak langsung sangat membantu anak-anak untuk memahami seuatu konsep baru.

4) Melatih Kemampuan Berfikiran Logik

Membaca dapat melatih anak untuk berfikiran logik. Ketika ibu bapa membacakan buku untuk anak, mereka akan belajar untuk memahami sebab dan akibat, belajar untuk memahami konsep ilmu logik, serta berfikir secara abstrak. Anak juga akan belajar mengenai akibat dari suatu tindakan, dan hukum-hukum apa yang benar dan salah.

pemikiran

Imej via theasianparent

Biasakan anak untuk berani mengambil keputusan sendiri. Contohnya, anak dibacakan buku cerita tentang ‘Akibat membuang sampah merata-rata’. Dari bacaan tersebut, anak akan dilatih berfikir bahawa kalau mereka membuang sampah merata-rata akan menyebabkan kesan-kesan yang tidak elok, seperti banjir, penyakit dan pencemaran dan lain-lain.

5) Melatih Konsentrasi

konsentrasi

Imej via chrisspeechtherapy

Aktiviti membaca memerlukan perhatian yang cukup lama. Ini dapat melatih konsentrasi anak, bagaimana mereka tetap dalam posisi tenang, mendengarkan dan memproses informasi agar diterima dengan baik.

Bila anak sudah terbiasa sejak kecil dilatih konsentrasinya, maka ia akan lebih mudah untuk melaksanakan serta menyelesaikan suatu pekerjaan dengan hasil yang maksimum.

6) Mengembangkan Imaginasi dan Kreativiti

kreatif

Imej via penuliscilik

Membaca tentang aneka ragam kehidupan dapat membuka fikiran anak-anak. Informasi yang mereka terima dapat membantu mengembangkan kreativiti otak mereka. Ini kerana anak akan terpanggil untuk memiliki rasa ingin tahu terhadap sesuatu cerita atau ilmu baru yang diperolehi daripada pembacaannya.

Secara tidak langsung, ia dapat memotivasikan mereka untuk membuat suatu inovasi melalui daya imaginasi dan kreativitinya.

7) Mewujudkan Hubungan dan Interaksi Antara Anak Dengan Ibu Bapa

bapa baca buku untuk anak

Imej via siraplimau

Proses membaca buku merupakan proses komunikasi yang interaktif antara ibu bapa dan anak-anak. Hal ini membantu menjalinkan ikatan emosional antara kedua-dua pihak.

Anak akan merasa dihargai dan diberi perhatian dan dicintai oleh ibu bapa. Kebahagiaan itulah yang akan membuat mereka merasa dekat dengan kedua ibu bapa. Anak merasa memiliki sahabat terbesar dalam hidupnya yang setia menemani mereka dalam apa keadaan sekalipun.

8) Membentuk Akhlak Dan Nilai Sosial

Pembacaan juga merupakan salah satu cara untuk membangunkan karektor anak-anak. Pilih bacaan yang mengandungi nilai-nilai sosial. Dengan cara ini, anak dapat belajar untuk berperilaku dengan baik dan tahu berkenaan adab serta adat masyarakat.

nilai sosial

Imej via agussiswoyo

Sebagai contoh, jika kakak bakal menerima adik baru, ibu bapa boleh memilih cerita yang bertemakan adik beradik dan kekeluargaan. Dari cerita itu, ibu bapa boleh mempersiapkan si kakak dari segi mental, fizikal dan emosi untuk menerima kehadiran ahli baru dalam hidupnya.

Kakak perlu merasa bahagia dan berbesar hati kerana memiliki seorang adik. Bukannya perlu merasa iri hati serta merasa tersisih jika dia memiliki adik.

9) Memupuk Minat Membaca

Jika dari kecil anak-anak sudah terbiasa dibacakan buku oleh ibu bapa mereka, hal ini akan mendorong untuk anak-anak suka membaca buku jika mereka sudah pandai membaca sendiri. Ini kerana, mereka sudah terbiasa berada dalam lingkungan kondusif yang menmpengaruhi mereka untuk melakukan aktiviti membaca.

Hal ini akan memupuk minat serta budaya membaca dalam diri mereka. Pada tahap ini, amalan membaca bukanlah suatu hal yang harus dipaksakan lagi kerana kesedaran itu akan timbul sendiri dalam  diri anak betapa pentingnya membaca.

pupuk minat membaca

Imej via malaysiaaktif

Malah, amalan membaca juga akan menjadi hiburan buat mereka. Dengan cara ini juga, mungkin menjadi satu terapi buat mereka. Ini kerana, membaca akan membuatkan anak dapat duduk dengan tenang. Malah dapat merehatkan minda serta tubuh mereka.

10) Meningkatkan Prestasi Akademik

anak belajar

Imej via kaltim

Anak yang terbiasa dibacakan buku sejak kecil, tidak akan mengalami kejutan budayasewaktu mereka memasuki zaman persekolahan. Sebuah data statistik di Amerika Syarikat menunjukkan bahawa anak-anak yang pintar di sekolah adalah seorang pembaca yang baik.

Malah mereka juga memiliki ibu bapa yang rajin membacakan buku kepada mereka. Kajian lain yang diterbitkan dalam Perspective Psychological Science pada Januari 2013 menyatakan bahawa, “Membaca pada anak-anak dengan gaya interaktif meningkatkan IQnya lebih dari 6 poin”.

Kesimpulan

Begitu banyak faedah yang ibu bapa serta anak-anak boleh perolehi daripada amalan membaca buku untuk kanak-kanak. Tidak ada istilah kata terlambat. Mulailah dari sekarang. Membaca membuatkan anak menjadi lebih pintar. Malah, dengan membaca juga, anak-anak akan belajar banyak perkara tentang kehidupan. Dengan ini, ia bukan sahaja menambah kepintaran, malah menambah kematangan anak-anak.

Rujukan:

  1. Bimba AEIOU
  2. Mahir BM
  3. Haluan

Artikel Menarik Lain

Bagaimana dengan artikel berkenaan Faedah Membaca Untuk Kanak-kanak yang dikongsikan? Anda dapat manfaat?Jangan lupa untuk like dan share ya. Selain artikel di atas, kami juga menulis artikel lain untuk anda baca iaitu:

Penulis: Aniuna

Penulisan sebagai medium berkongsi info dan ilmu kepada masyarakat. Semoga bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.