Bersukan adalah aktiviti riadah yang menjadi pilihan ramai. Tak kira apa pun peringkat umur, bersukan adalah aktiviti yang seronok untuk dilakukan lebih-lebih lagi jika dilakukan bersama orang yang tersayang. Terdapat pelbagai jenis sukan yang boleh kita pilih seperti:

  • Berenang
  • Berolahraga
  • Zumba
  • Angkat berat
  • Badminton
  • Menunggang kuda
  • Bola sepak
  • Hiking

Yang sebenarnya ada banyak faedah bersukan yang kita terlepas pandang. Itulah sebabnya kenapa kita berasa liat untuk bersukan dan memilih untuk meluangkan masa berehat di atas sofa sambil menonton televisyen atau sibuk mengadap handphone tanpa mahu menggerakan anggota badan. Istimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan 5 faedah bersukan yang kita terlepas pandang. Lepas membaca artikel ini pastinya anda akan lebih rajin bersukan.

Sumber: Technobeez

Meningkatkan kesihatan dan stamina

Tidak dinafikan bahawa semua orang sedia maklum akan faedah bersukan yang pertama ini. Sememangnya bersukan akan meningkatkan kesihatan dan meningkatkan stamina seseorang. Ini kerana apabila kita bersukan, tubuh badan akan aktif bergerak. Apabila kita aktif bergerak, degupan jantung akan menjadi laju. Kadar degupan jantung yang laju akan meningkatkan kesihatan jantung. Senaman jenis kardio adalah sangat baik untuk kesihatan jantung. Di antara contoh senaman kardio adalah seperti berikut:

  • Mengayuh basikal
  • Berlari
  • Berjoging
  • Mendaki bukit
  • Mengangkat berat
  • Berzumba

Semasa bersukan, tubuh badan akan mengeluarkan peluh dengan banyak. Peluh yang keluar adalah penuh dengan toksik dan toksin yang terkumpul dalam badan. Lama-kelamaan toksik dan toksin yang terkumpul dalam badan akan menyebabkan tubuh badan mula menjadi lemah dan kurang bertenaga. Toksin dan toksik juga boleh menjadi racun kepada tubuh badan. Oleh itu, semakin kerap anda bersukan, semakin banyak toksik dan toksin yang dikeluarkan dari tubuh badan melalui peluh. Apabila semua toksik dan toksin dikeluarkan dari badan, kita akan menjadi semakin sihat dan bertenaga.

Selain itu, bersukan juga akan membantu meningkatkan stamina lalu menjadikan seorang yang lebih cergas dari segi fizikal. Bandingkan di antara individu yang aktif bersukan dengan seorang lagi individu yang memilih untuk banyak berehat di rumah. Pastinya individu kedua akan jauh ketinggalan dari segi stamina dan kecergasan. Badan yang cergas akan melahirkan otak yang cerdas. Oleh itu, marilah kita rajinkan diri untuk bersukan agar mendapat tubuh badan yang cergas dan otak yang cerdas.

Mengekalkan tubuh badan yang langsing

Yang ini pastinya ramai orang suka. Lebih-lebih lagi golongan wanita. Bersukan membantu untuk kita kurus dan mengekalkan tubuh badan yang langsing. Macam mana bersukan membantu kita untuk kurus? Pertama sekali anda perlu tahu bahawa untuk kurus, formulanya ialah 80% pemakanan dan 20% bersenam.

Maksudnya, kalau anda nak kurus perkara paling penting yang perlu dijaga ialah pemakanan. Amalkan pemakanan seimbang dan pastikan jumlah kalori yang masuk adalah kurang berbanding kalori yang keluar. Di sinilah pentingnya bersukan walau pun cuma memainkan peranan sebanyak 20% untuk kurus.

Apabila kita bersukan, tubuh badan akan aktif bergerak dan jantung akan berdegup dengan laju. Bersukan akan menyebabkan tubuh badan membakar kalori dengan banyak. Semakin aktif kita bersukan, semakin banyak kalori yang dibakar. Seperti yang kami nyatakan di atas tadi, untuk kurus kita kena pastikan kalori yang masuk adalah kurang daripada kalori yang keluar atau dibakar oleh tubuh badan. Oleh itu, kalau kita rajin bersukan maka banyak kalori yang terbakar lalu mempercepatkan proses untuk kurus.

Bersukan juga akan membantu tubuh badan untuk mengeluarkan toksik dan toksin yang menjadi puca tubuh badan menjadi gemuk. Bersukan juga akan membantu membakar lemak yang terkumpul dalam tubuh badan. Oleh itu, tidak dinafikan bahawa sesungguhnya bersukan membantu kita untuk kurus dan kekal langsing.

Mengelakkan daripada terjebak dengan aktiviti yang kurang sihat

Faedah bersukan yang seterusnya ialah ia mampu mengelakkan daripada terjebak dengan aktiviti yang kurang sihat. Apabila rajin bersukan, masa kita akan terisi dengan aktiviti yang berfaedah dan kita tidak akan ada banyak masa lapang dan tidak akan sempat untuk berasa bosan. Berasa bosan adalah di antara punca kenapa ramai yang terjebak dengan aktiviti kurang sihat dan tak berfaedah seperti lumba haram, menghabiskan masa di kelab malam, penyalah gunaan dadah, dan sebagainya.

Malah apabila kita aktif bersukan, kita juga tidak akan terjebak dengan permainan online yang boleh menyebabkan ketagihan dan kita lupa dengan dunia sekeliling termasuk orang yang tersayang. Permainan online juga telah memusnahkan banyak rumah tangga. Oleh itu elakkan diri daripada terjebak dengan aktiviti yang tidak berfaedah dengan memilih untuk aktif bersukan.

Mengeratkan hubungan

Bersukan juga membantu untuk mengeratkan hubungan dengan orang di sekeliling kita. Jika kita bersukan dengan keluarga pada hujung minggu, pastinya kasih sayang di antara ahlim kelurga akan menjadi semakin kukuh. Bersukan juga akan mengeratkan hubungan sesame rakan malah menambahkan kenalan kita. Semakin ramai kenalan, semakin bagus kehidupan sosial. Kehidupan sosial yang bagus akan melahirkan kesihatan emosi dan mental.

Mengelakkan daripada anda membazirkan masa dan wang

Faedah bersukan yang terakhir ialah ia membantu mengelakkan kita daripada membazirkan masa dan wang. Apabila kita memilih untuk aktif bersukan, kita tidak akan membazirkan masa untuk melakukan perkara yang tidak berfaedah dan sia-sia. Selain itu, bersukan juga akan menjimatkan wang kerana anda tidak lagi akan menghabiskan masa berpeleseran di pusat membeli-belah dan bershopping membeli barang yang tidak diperlukan.

Itulah dia info tentang faedah bersukan yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian kami, anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang  faedah membaca kanak-kanak, dan faedah memakai bengkung

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.