Bagaimanakah cara mendaftarkan anak dalam sistem ePrasekolah secara dalam talian dan manual?

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan permohonan masuk ke ePrasekolah.

Apa itu ePrasekolah?

eprasekolah

ePrasekolah adalah sistem yang dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memberi kemudahan para ibu bapa mendaftarkan anak-anak mereka untuk menduduki prasekolah secara atas talian.

Syarat kelayakan permohonan Prasekolah

ePrasekolah
  • Kanak-kanak warganegara Malaysia sahaja
  • Kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2019 hingga 15 Januari 2021 sahaja yang layak untuk memohon

Tarikh permohonan ePrasekolah

Permohonan secara dalam talian bagi tahun 2025/2026 akan dibuka bermula dari 1 Mac sehingga 30 April 2024.

Untuk permohonan manual pula bermula 1 Mac sehingga 31 Mei 2024. Anda boleh terus ke sekolah bersama sijil lahir asal anak untuk mendaftar.

Cara daftar Prasekolah dalam ePrasekolah online

1. Layari laman sesawang Sistem ePrasekolah melalui komputer atau telefon pintar anda

ePrasekolah

2. Buat pendaftaran sebagai pengguna baru

ePrasekolah
ePrasekolah
  • Pastikan maklumat yang didaftarkan adalah maklumat ibu bapa/penjaga.
  • Pastikan nama yang didaftarkan adalah nama penuh dan no mykad yang betul bagi mengelakkan sebarang masalah ketika pendaftaran.
  • Pastikan pengguna mengingati kata laluan dan tidak mendedahkan kata laluan kepada orang lain.
  • Pastikan alamat emel dan nombor telefon yang di daftarkan adalah aktif.

3. Log masuk ke dalam sistem

ePrasekolah

4. Isikan permohnan kemasukan ke Prasekolah KPM

ePrasekolah
  • Maklumat yang dipaparkan adalah berdasarkan maklumat dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
  • Bagi Mykid yang tiada rekod dalam JPN, ibu bapa/penjaga perlu melengkapkan maklumat yang diperlukan
  • Alamat yang dipaparkan adalah berdasarkan maklumat dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Ibu bapa/penjaga mesti mengemas kini berdasarkan alamat semasa pemohon.
  • Pada ruangan pendapatan ibu bapa/penjaga (jika berkaitan), sila isikan angka “0.00” jika tiada pendapatan
  • Kanak-kanak yang memohon juga mesti dimasukkan dalam maklumat tanggungan ibu bapa/penjaga
  • Setiap pemohon hanya dibenarkan untuk memohon satu sekolah sahaja
  • Ibu bapa/penjaga disarankan untuk membuat semakan maklumat sebelum hantar permohonan.

5. Semak dan cetak permohonan

6. Semakan dan kemas kini permohonan melalui laman utama

Status adalah merujuk kepada status permohonan sama ada;

  • Menunggu Pengesahan: Cetakan borang permohonan dan salinan dokumen belum dihantar dan diterima oleh pihak prasekolah.
  • Disahkan: Borang permohonan telah diterima dan salinan dokumen telah disahkan oleh pihak prasekolah.
  • Berjaya: Permohonan telah berjaya dan ditawarkan tempat di prasekolah yang dimohon.
  • Tidak Berjaya: Permohonan tidak berjaya dan boleh membuat rayuan.
  • Kemas kini permohonan boleh dibuat selagi permohonan berstatus MENUNGGU PENGESAHAN (tindakan pengesahan BELUM dibuat oleh pihak sekolah).
  • Ibu bapa/penjaga perlu mencetak dan menghantar semula borang permohonan sekiranya membuat sebarang pindaan maklumat dalam sistem.
  • Setelah permohonan disahkan oleh pihak sekolah, pemohon hanya dibenarkan untuk mencetak borang permohonan sahaja.
  • Sekiranya terdapat perubahan maklumat setelah permohonan disahkan oleh pihak sekolah, ibu bapa/penjaga perlu memaklumkan kepada pihak sekolah maklumat yang berkaitan untuk dikemaskini

7. Semak keputusan setelah diumumkan

Pastikan id pengguna dan kata laluan yang diguna untuk membuat semakan adalah id dan kata laluan yang sama semasa permohonan dibuat.

Cara buat permohonan rayuan

Bagi permohonan yang tidak berjaya, ibu bapa atau penjaga boleh mengemukakan rayuan melalui lawan sesawang Sistem ePrasekolah dalam tempoh 2 minggu selepas keputusan tersebut diumumkan.

Berikut adalah cara memohon rayuan secara dalam talian:

Semakan status rayuan

Bagi mana-mana, ibu bapa atau penjaga yang mengemukakakn permohonan secara manual, anda boleh mengemukakan rayuan sama ada di sekolah yang dimohon atau Pejabat Pendidikan Daerah(PPD)/Pejabat Pendidikan Wilayah(PPW) atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi negeri yang tiada PPD/PPW.

Keputusan rayuan boleh disemak melalui laman sesawang Sistem ePrasekolah pada tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Manakala untuk rayuan yang dihantar secara manual, anda juga boleh menyemak di tempat rayuan dihantar pada tarikh yang akan dimaklumkan kelak juga.

Pertanyaan lanjut

Anda boleh kemukakan sebarang pertanyaan melalui emel rasmi Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing.

Selain artikel berkenaan dengan cara mohon Prasekolah dalam ePrasekolah, anda boleh juga baca perkongsian artikel kami yang lain seperti:

Sumber:

  1. Manual Penggunaan (Ibu Bapa/Penjaga) Sistem Permohonan ePrasekolah. Kementerian Pendidikan Malaysia
  2. Cara memohon kemasukan ke Prasekolah KPM. Mr Maba Studio

Penulis: hannani

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.