Tahukah anda bermula tahun 2024, semua rakyat Malaysia yang mahu bercuti ke negara-negara Kesatuan Eropah (EU) perlu melalui prosedur imigresen baru yang dikenali sebagai ETIAS. Bagaimanakah cara mohon ETIAS ini?

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan ETIAS dan cara mohon ETIAS dengan mudah untuk memberi kebenaran untuk anda melancong ke Eropah.

Apa itu ETIAS?

cara mohon etias

European Travel Information and Authorisation System (ETIAS) adalah sistem automatik terbaru yang berfungsi untuk mengesan risiko, dari sudut pandangan imigresen dan keselamatan, kepada orang yang boleh pergi ke kawasan Schengen tanpa visa. 

ETIAS ini bukanlah keperluan visa dan sebaliknya ia diperlukan untuk menyimpan rekod siapa yang masuk dan keluar dari Zon Schengen.

Rakyat Malaysia perlu menunjukkan kebenaran ETIAS di sempadan Zon Schengen bersama pasport, bukti tujuan kemasukan dan dokumen sokongan seperti tempahan hotel atau jemputan untuk mesyuarat perniagaan, serta bukti kewangan yang mencukupi.

ETIAS akan menjalankan pemeriksaan keselamatan terperinci ke atas setiap pemohon untuk menentukan sama ada mereka boleh dibenarkan memasuki mana-mana negara Zon Schengen.

Walaupun rakyat dari negara yang tidak memerlukan visa untuk tujuan perjalanan sehingga 90 hari di EU, ETIAS akan memastikan bahawa mereka ini bukan ancaman keselamatan.

Negara-negara yang mewajibkan ETIAS mulai 2024

Dokumen kebenaran perjalanan ETIAS diperlukan mulai 2024 untuk memasuki Austria, Belgium, Bulgaria, Croatia, Cyprus, Czechia, Denmark, Estonia, Finland, Perancis, Jerman, Greece, Hungary, Iceland, Italy, Latvia.

Liechtenstein, Lithuania, Luxembourg, Malta, Belanda, Norway, Poland, Portugal, Romania, Slovakia, Slovenia, Sepanyol, Sweden dan Switzerland.

Ia juga diperlukan untuk melawat negara mikro Eropah yang sempadannya terbuka seperti Monaco (melalui Perancis), San Marino (melalui Itali) dan Vatican City (melalui Itali).

Sebelum membuat permohonan ETIAS

Bagi anda yang ingin memohon ETIAS, anda perlu siapkan dan sertakan semua butiran yang telah ditetapkan seperti di bawah ini:

  1. Butiran peribadi anda seperti nama, jantina, tarikh dan tempat kelahiran
  2. Alamat rumah terkini
  3. Maklumat hubungan
  4. Kewarganegaraan
  5. Maklumat dokumen perjalanan

Semasa proses permohonan atau rayuan pula, anda mungkin akan ditanya berkenaan:

  1. Sejarah jenayah
  2. Penjara yang lalu
  3. Status felon
  4. Perjalan Eropah yang lalu
  5. Penggunaan dadah
  6. Sejarah kesihatan
cara mohon etias

Cara mohon ETIAS secara online

Cara mohon ETIAS ini boleh dilakukan secara online. Selain itu, setiap pemohon ETIAS akan dikenakan bayaran Euro 7 (RM36) namun tiada bayaran dikenakan untuk pemohon di bawah umur 18 tahun, kanak-kanak dan warga emas percuma.

ETIAS juga sah digunakan untuk tempoh tiga tahun Permohonan boleh dibuat di pautan ini: https://etias.com/etias-application.

Selepas membuat permohonan, ETIAS akan membuat semakan mengenai diri anda di beberapa peringkat tapisan keselamatan seperti Interpol, Eurodas, Europol dan sebagainya bagi mementukan anda bukan ancaman dan hanya datang untuk melancong.

Justeru itu, anda dinasihatkan untuk membuat permohonan kebanaran perjalanan ETIAS lebih awal untuk mengelakkan terpaksa menunggu lama bagi lulus permohonan.

Carta infografik cara mohon ETIAS

cara mohon etias

Untuk maklumat lanjut mengenai ETIAS bagi pelancong dari Malaysia. Anda boleh baca pada pautan ini: ETIAS For Malaysian Citizenship

Selain dari panduan cara mohon ETIAS ini, anda juga boleh baca artikel tips kami yang lain berkenaan permohonan seperti:

Sumber:

  1. Apakah ETIAS? Schengenvisum
  2. Schengen Visa Information. Schengen Visa Info

Penulis: hannani

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.