Khuatir ahli-ahli keluarga lain dijangkiti penyakit yang sama? Apabila sudah berkeluarga, hendaklah lebih berhati-hati apabila jatuh sakit. Apatah lagi kalau ada budak kecil di dalam rumah, alahai kesiannya.
Jikalau yang dewasanya semua sakit, si suami sakit, si isteri sakit, si abang sakit, si kakak sakit, hujung-hujungnya nanti siapa yang akan jagakan si kecil. Tidak cukup kudrat dibuatnya. Contohnya apabila terkena selesema, tahu-tahulah ubatnya bikin mengantuk.
Sebenarnya, jangkitan sesama ahli-ahli keluarga boleh dielak jika perkara-perkara berikut dilakukan, di mana info pencegahan ini dikongsi dari Facebook peribadi Dr Ezairy M.Sallih.
1. Kerap membasuh tangan. Ini bagi mengelakkan cecair titisan daripada batuk atau ketika kita bersin merebak kepada anak.
2. Elak ke tempat ramai orang. Risiko jangkitan lebih rendah.
3. Segera bawa periksa doktor jika simptom anak semakin teruk. Jangan tunggu sehingga anak lemah dan tidak aktif ketika di rumah.
4. Nasihat mereka yang sedang alami masalah batuk dan selesema supaya tidak dekat dengan anak kecil seperti mencium, memeluk, mendukung dan seumpamanya.
*Mahu kekalkan keluarga yang sihat dan harmoni? Ia hendaklah bermula dari tindak-tanduk yang dipraktikkan oleh ahli-ahli rumah itu sendiri. Jadi, share ya info ini!
*Artikel ini telah diterbitkan dengan kebenaran penulis. Untuk post asal penulis, boleh rujuk di sini.