7 Doa Pengasih Untuk Suami Sayang Isteri Boleh Amal (I Love You Si Much)
Isteri mana yang tak sayangkan suami dan mengimpikan suaminya mengasihi dirinya dengan sepenuh hati? Dalam islam, kita sangat digalakkan untuk berdoa dan…

Nota: artikel ini mungkin mengandungi pautan afiliasi. Bidadari.my mungkin memperoleh komisen kecil tanpa kos tambahan kepada anda.
Isteri mana yang tak sayangkan suami dan mengimpikan suaminya mengasihi dirinya dengan sepenuh hati? Dalam islam, kita sangat digalakkan untuk berdoa dan memohon kepada-Nya.
Oleh itu, jika anda inginkan sebuah rumah tangga yang bahagia, aman, harmoni, dan penuh dengan kasih sayang, jom amalkan doa pengasih untuk suami sebagai doa dan usaha memperbaiki hubungan, dengan izin Allah.
Sebelum kami kongsikan doa pengasih untuk suami, jom kami ceritakan dulu adab-adab berdoa sebagai panduan memohon kepada Allah dengan penuh adab dan keyakinan. Adab berdoa adalah seperti berikut:
- Sebelum berdoa, mulakan dengan memuji-muji Allah dan diikuti oleh selawat ke atas nabi.
- Pastikan niat anda berdoa adalah betul. Betulkan niat.
- Pastikan anda berdoa bukan dalam cara atau keadaan yang melanggar ajaran islam seperti berdoa di tepi perigi, berdoa di busut, berdoa di atas kubur, dan sebagainya.
- Berdoa dengan penuh keyakinan bahawa Allah adalah sebaik-baik tempat untuk kita meminta dan Allah adalah maha pengasih lagi maha penyayang terhadap hambanya.
#1 Zikir Ya Latif
Latif bermaksud lembut. Apabila anda mengamalkan zikir Ya Latif, maksudnya anda mendoakan agar suami anda menjadi lembut hatinya dan menyayangi anda tanpa berbelah bahagi, tidak mudah marah, dan mengurangkan perselisihan dalam rumah tangga. Anda boleh amalkan membaca zikir Ya Latif sekerap yang mungkin setiap hari.
Tips istimewa untuk anda, amalkan zikir ini secara terbuka bersama pasangan sambil berniat memohon kebaikan rumah tangga kepada Allah SWT. Sekiranya anak-anak anda selalu bergaduh atau tidak mendengar cakap, boleh juga diniatkan sekali untuk mereka.
#2 Surah Yassin ayat 36
Surah Yassin merupakan jantung Al-Quran. Alangkah baiknya kalau anda mampu membaca surah tersebut setiap hari. Namun memandangkan gaya hidup kita yang sangat sibuk pada hari ini, mungkin anda tak mampu untuk meluangkan masa untuk membaca keseluruhan Surah Yassin setiap hari. Apa yang boleh anda lakukan ialah membaca ayat ke 36 dari surah tersebut sebagai doa dan usaha memperbaiki hubungan, dengan izin Allah. Baca sekali sehari sudah memadai, jadikan sebagai amalan harian.
Maksudnya: “Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya”.
#3 Surah Al-Hujurat ayat 13
Doa pengasih untuk suami yang seterusnya ialah ayat ke 13 dalam surah Al-Hujurat. Amalkan membaca ayat ini setiap hari sebagai doa untuk kebaikan rumah tangga, dengan izin Allah.
Maksudnya: “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).”
#4 Surah Ali Imran ayat 14
Doa pengasih untuk suami yang seterusnya ialah Surah Ali Imran ayat ke 14 yang berbunyi seperti berikut:
Maksudnya: “Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang dingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; hartabenda yang banyak berpikul-pikul, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).”
#5 Surah Ali Imran ayat 31
Anda juga boleh mengamalkan Surah Ali Imran ayat 31 setiap hari untuk memohon kebaikan keluarga dan memperbaiki hubungan suami isteri, dengan izin Allah.
Maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad): “jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutlah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
#6 Surah Yusuf ayat ke 4
Ayat ini boleh diamalkan sebagai doa untuk kebaikan rumah tangga, dengan izin Allah. Amalkan secara terbuka bersama pasangan.
Maksudnya : “Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku”.
#7 Surah Toha ayat 39
Ayat ini boleh anda amalkan setiap hari sebagai doa untuk kebaikan rumah tangga, dengan izin Allah. Kejujuran dan sikap berterus terang sememangnya antara perkara yang paling penting dalam rumah tangga. Anda boleh membaca bahagian akhir ayat ini bermula daripada kalimah “Wa alqaitu ‘alaika mahabbatan minni walitusna’a ‘ala ‘aini” secara terbuka bersama pasangan.
Maksudnya : Dan Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu; dan supaya engkau dibela dan dipelihara dengan pengawasanKu.
Itulah dia doa pengasih untuk suami yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Doa perlu diiringi usaha: komunikasi, kaunseling dan tanggungjawab bersama. Anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang ucapan hari lahir buat suami, tanda suami curang, dan tanggung jawab isteri.