Seperti kebiasaan, setiap kali sebelum memulakan sesuatu majlis kita akan membaca doa pembuka majlis bagi tujuan untuk memperoleh keberkatan majlis yang dilaksanakan itu. Pembaca doa sama ada ustaz ataupun mereka yang mempunyai keahlian tertentu akan dipilih untuk mengetuai bacaan doa.
Dalam majis, kita mempunyai beberapa adab berpandukan syarak yang perlu dipatuhi. Contoh yang terdekat adalah dengan memulakan majis dengan doa, zikir, selawat, dan puji-pujian kepada Allah SWT.
Imam an-Nawawi Rahimahullah Ta‘ala menyebutkan bahawa antara akibat daripada sesuatu majlis yang kosong daripada mengingati Allah SWT itu adalah seperti yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:
“Tiada satu kaum pun apabila mereka berdiri (meninggalkan) daripada suatu majlis, mereka tidak mengingati Allah SWT di dalamnya, melainkan mereka berdiri (bersurai) seumpama bangkai keldai dan bagi mereka itu suatu kerugian.” – (Hadis riwayat Abu Daud)
“بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
Alhamdulillahi rabbil ‘alamin wassalatu
Wassalamu ‘ala asyarafil anbiya’e wal
Mursalin wa’ala alihi
Wasahbihi ajma’in
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahiim
Hanya pada Mu sahaja kami panjangkan kesyukuran atas segala rahmat dan berkat Mu.
Bersempena dengan majlis pada hari ini, kami memohon inayah dan taufik Mu, kurniakanlah kesejahteraan dan kebahagiaan kepada kami.
Bukakanlah hati-hati kami, lapangkanlah dada kami supaya kami dapat mengisi ilmu dan pengetahuan yang berguna untuk agama, bangsa, dan negara.
Kami memohon kepada Mu, agar Engkau berkatilah majlis ini dengan limpahan rahmat Mu, semoga segala usaha kami dalam menjayakan majlis ini mendapat keredhaan dan hidayah Mu.
Sesungguhnya pada hari ini kami berkumpul kerana Mu Ya Allah. Kami berkumpul untuk menghubungkan silaturahim dan memberi sokongan ke arah meningkatkan lagi prestasi kami.
Kami memohon kekuatan dari hadrat Mu Ya Allah, supaya kami yang hadir pada hari ini, agar kami dapat melaksanakan segala kebajikan.
Dan kami pohon perlindungan dengan Engkau daripada melakukan keburukan. Ya Allah, kurniakanlah kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut.
Serta muliakanlah kami sengan ketakwaan dan indahkanlah diri kami dengan kesihatan.
“بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
Alhamdulillahi rabbil ‘alamin wassalatu
Wassalamu ‘ala asyarafil anbiya’e wal
Mursalin wa’ala alihi
Wasahbihi ajma’in
Ya Karim, Ya Wadud
Sesungguhnya, kami berhimpun pada hari ini, bagi menyatakan kesyukuran di atas kurniaan Mu yang tidak ternilai.
Jadikanlah kami hamba-hamba Mu yang sentiasa bersyukur sama ada nikmat yang sedikit lebih-lebih lagi nikmat yang melimpah ruah kepada kami.
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim.
Engkau berkatilah dan rahmatilah perjalanan Majlis …… pada hari hari ini. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa kami di sini ingin menimba ilmu Mu yang sangat luas bagi mengembangkan ilmu pengetahuan kami sebagai hamba Mu yang Engkau redhai.
Justeri berkati dan rahmatilah perhimpunan kami ini. Kurniakanlah kepada kami ilmu Mu. Sinarilah hati-hati kami dengan cahaya dan hidayah Mu.
Semoga dengannya kami mudah menerima dan menghayati serta mengamalkannya.
Ya Zal Jalali Wal Ikram,
Kurniakanlah jua kepada kami kesihatan anggota, kecergasan minda, ketenangan jiwa, kekuatan semangat. Semoga denganya kami mampu mendepani cabaran, berdaya saing dan mampu mengangkat martabat diri, keluarga, masyarakat dan negara.
“بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
Alhamdulillahi rabbil ‘alamin wassalatu
Wassalamu ‘ala asyarafil anbiya’e wal
Mursalin wa’ala alihi
Wasahbihi ajma’in
Allahumma Antal ‘Azizul Jalil,
Sesungguhnya kami pada pagi ini, ingin merafakkan kesyukuran dan pujian terhadap Mu, atas kurniaan Mu yang tidak ternilai.
Allahumma Ya Hakim Ya Azim,
Sesungguhnya kami berhimpun di sini bagi menyatakan kesungguhan komitmen dan iltizam kami dengan roh dan semangat untuk membangun, membina serta mendidik dan memartabatkan anak bangsa supaya berbudi dan berjasa kepada agama, bangsa, dan negara.
Justeru, berkatilah pertemuan kami, berkatilah jua usaha-usaha kami, ilhamkanlah dalam fikiran dan minda kami, idea-idea yang bernas, pandangan-pandangan yang jelas dan keputusan-keputusan yang waras.
Kurniakanlah kepada kami limpahan ilmu yang berguna dan kefahaman yang benar. Satukanlah hati-hati kami, eratkanlah silaturahim di kalangan kami.
Jadikanlah kami Ya Allah, hamba-hamba Mu yang taat dan bersyukur. Jauhilah kami Ya Allah, dari melanggar perintah mu.
Kurniakanlah apa kiranya ya Allah kepada kami kesihatan yang berpanjangan, kesejahteraan yang sempurna, fikiran yang waras, minda yang cergas, rezeki yang halal, zuriat yang generasi yang beriman serta segala kebaikan di dunia, dan di akhirat.
“بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
Alhamdulillahi rabbil ‘alamin wassalatu
Wassalamu ‘ala asyarafil anbiya’e wal
Mursalin wa’ala alihi
Wasahbihi ajma’in
Segala puji hanya untuk Mu Ya Allah atas segala nikmat pemberian yang Engkau kurniakan kepada kami.
Ya Allah, pada hari yang berkat ini, kami berhimpun di majlis ini sebagai tanda kesyukuran kami atas nikmat Mu bersempena dengan majlis perkahwinan yang diadakan oleh keluarga kedua-dua mempelai dengan selamat dan sempurna bagi pernikahan anakanda mereka….
Bersempena dengan majlis ini juga kami memohon rahmat Mu ya Allah. Kurniakanlah kepada kedua mempelai yang diraikan ini kehidupan yang sihat dan selamat sejahtera serta dikurniakan zuriat yang soleh.
Perkukuhkanlah ikatan kasih sayang dan hormat menghormati antara mereka, berakhlak mulia dan berbudi bahasa, serta beriman dan bertakwa kepada Mu Ya Allah.
Kami memohon rahmat Mu agar dikurniakan keampunan, keberkatan dan sihat wal afiat kepada seisi keluarga, tuan rumah dan sekalian yang hadir bagi meraikan majlis yang diberkati ini.
“بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
Alhamdulillahi rabbil ‘alamin wassalatu
Wassalamu ‘ala asyarafil anbiya’e wal
Mursalin wa’ala alihi
Wasahbihi ajma’in
Ya Allah, kami memohon agar pertemuan mesyuarat ini dianugerahkan hidayah dan taufik agar urusan sepanjang majlis ini berjalan dengan lancar dan mendapat keberkatan Mu.
Ya Allah, kami bersyukur akan segala nikmat yang diberikan oleh Mu. Segala nikmat sama ada banyak atau sikit, kami bersyukur dengan segala pemberian itu.
Jadikanlah majlis ini sentiasa mendapat pertunjuk ke jalan yang diredhai serta hindarkanlah hati-hati kami dari sifat-sifat buruk yang boleh merosakkan jiwa dan kehidupan kami.
Selamatkanlah kami dari azab api neraka Mu, dan kurniakanlah kami kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.
Semoga dengan usaha kita sentiasa dekat kepada Allah tidak kira di mana-mana ini membolehkan kita tergolong dalam kalangan hamba yang dicintai oleh Nya.
Selain dari doa pembuka majlis ini, anda juga boleh baca artikel lain kami yang menarik seperti:
Rujukan: