Jemput baca artikel doa nabi Yusuf ini. Seringkali ianya dikaitkan denga doa penyeri muka.

Kisah Nabi Yusuf as diceritakan secara panjang lebar dalam Surah Yusuf. Surah Yusuf adalah satu-satunya surah yang memuatkan kisah seorang Nabi secara lengkap dan disebut sendiri oleh Allah sebagai sebaik-baik kisah.

Surah Yusuf adalah kisah seorang Nabi yang diberi mukjizat oleh Allah untuk menafsir mimpi. Kisah seorang Nabi yang sangat dicintai oleh bapanya, namun dizalimi oleh adik-beradiknya kerana perasaan iri hati. Kisah seorang Nabi yang menjadi hamba, kemudian menjadi seorang pembesar Mesir. Dan kisah seorang Nabi yang tampan dan digoda oleh wanita, namun tetap teguh keimanannya serta menjaga kehormatannya.

 

Doa Nabi Yusuf AS

doa

Imej via islamidia

Jika anda membuat carian di internet tentang Doa Nabi Yusuf, anda akan jumpai banyak perkongsian tentang doa Nabi Yusuf untuk mencantikkan wajah dan dijadikan sebagai Doa Pengasih. Namun, sebenarnya banyak lagi doa yang Nabi Yusuf panjatkan kepada Allah swt seperti yang tertulis di dalam Surah Yusuf as.

Kehidupan Nabi Yusuf sering diuji. Bukan sahaja diuji dengan adik-beradiknya, malah juga diuji dengan fitnah wanita. Pastilah saat Nabi Yusuf diuji, Nabi Yusuf akan sentiasa memanjatkan doa kepada Allah swt untuk meletakkan sepenuh pengharapan kepada Allah swt.

Antara doa yang dipanjatkan kepada Allah swt adalah:

#1 Dimatikan Dalam Keadaan Islam

تَوَفَّنِي مُسْلِمًا وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ

Maksudnya, “Wafatkanlah aku dalam keadaan Islam dan himpunkanlah aku dengan orang-orang yang soleh.” (Surah Yusuf, Ayat 101)

Pengakhiran yang baik (husnul khatimah) adalah impian dan cita-cita bagi kita seorang Muslim. Kita sentiasa berharap agar kita mati dalam keadaan iman dan Islam. Oleh sebab itu, kita boleh amalkan doa ini agar sewaktu Malaikat Izrail mencabut nyawa kita, kita dalam keadaan yang beriman. Mudah-mudahan Allah swt menempatkan kita selepas mati bersama para solihin.

#2 Doa Penyeri Muka Wajah Berseri & Dihormati

إِذْ قَالَ يُوسُفُ لِأَبِيهِ يَا أَبتِ إِنِّي رَأَيْتُ أَحَدَ عَشَرَ كَوْكَبًا وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ رَأَيْتُهُمْ لِي سَاجِدِينَ

Maksudnya, “(Ingatlah), ketika Yusuf berkata kepada ayahnya: “Wahai ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas bintang, matahari dan bulan; kulihat semuanya sujud kepadaku.” (Surah Yusuf, Ayat 4)

Surah Yusuf ayat 4 yang dibaca 3 kali ini merupakan salah satu amalan ilmu pengasih yang sangat ampuh dalam kalangan para penggiat ilmu hikmah. Amalan Surah Yusuf ayat 4 ini banyak diamalkan untuk yang menginginkan aura pengasih, aura jodoh, aura ketampanan dan kecantikan keluar terpancar dari diri kita.

Malah ada juga yang berkongsikan c agar membaca Ayat 39 Surah Taha, selepas membaca Ayat 4 Surah Yusuf.

وَأَلْقَيْتُ عَلَيْكَ مَحَبَّةً مِّنِّي وَلِتُصْنَعَ عَلَى عَيْنِي

Maksudnya, “…Dan Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu; dan supaya Engkau dibela dan dipelihara Dengan pengawasanKu.” (Surah Taha, Ayat 39)

Gandingan kedua-dua potongan ayat al-Quran ini sering diamalkan sebagai ayat pengasih antara suami isteri, ibu bapa dan anak-anak, antara sesama sahabat dan saudara, juga untuk mereka yang ingin mencari jodoh.

love

Imej via flickr

Namun begitu, adab dalam berdoa, kita haruslah meletakkan sepenuh pergantungan dan pengharapan hanya kepada Allah swt. Hanya Allah swt yang berkuasa menentukan segala ketentuan mengikut kehendakNya. Kita sebagai hamba, hanya perlu berdoa, dalam masa yang sama berusaha untuk melakukan segala suruhan serta meninggal larangan Allah swt dan meraih redha Allah swt.

#3 Memohon Perlindungan Allah swt

رَبِّ قَدْ آتَيْتَنِي مِنَ الْمُلْكِ وَعَلَّمْتَنِي مِن تَأْوِيلِ الْأَحَادِيثِ ۚ فَاطِرَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ أَنتَ وَلِيِّي فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ

Maksudnya, “Ya Tuhanku, sesungguhnya Engkau telah menganugerahkan kepadaku sebahagian kerajaan dan telah mengajarkan kepadaku sebahagian ta’bir mimpi. (Ya Tuhan) Pencipta langit dan bumi. Engkaulah Pelindungku di dunia dan di akhirat” (Surah Yusuf, Ayat 101)

Doa ini dipanjatkan ketika Nabi Yusuf as sudahpun berada di puncak karearnya sebagai Menteri di Mesir. Walaupun Baginda sudah dibebaskan daripada penjara serta terlepas daripada tuduhan fitnah, tetapi Baginda tetap menyerahkan diri dengan penuh kerendahan kepada Allah swt. Baginda hanya memohon pelindungan di dunia dan akhirat daripada Allah swt.

 

Pengajaran Penting Dari Kisah Nabi Yusuf as

Banyak pengajaran yang kitab oleh ambil daripada kisah Nabi Yusuf as. Namun begitu, pengajaran yang paling penting dan paling utama adalah menahan diri daripada melakukan zina. Dugaan yang dialami oleh Nabi Yusuf as sewaktu digoda oleh isteri pemerintahnya adalah sangat berat berbanding ujian yang Nabi Yusuf alami ketika ditinggalkan oleh adik-beradiknya di dalam hutan.

telaga

Imej via republika

Sewaktu Nabi Yusuf ditinggalkan oleh adik-beradiknya, Nabu Yusuf pada waktu itu tiada pilihan lain, hanya boleh bersabar dan terus berdoa kepada Allah swt. Namun, ujian dengan wanita yang juga merupakan seorang wanita jelita yang menjadi isteri kepada pemerintah juga majikan Nabi Yusuf, ia adalah satu ujian teramat berat bagi kita seorang manusia.

Ini kerana, sewaktu kejadian Nabi Yusuf as digida dan diajak untuk berzina, terdpat banyak faktor yang boleh mendorong Nabi Yusuf as untuk terjerat dengan godaan tersebut. Namun, hanya keimanan kepada Allah swt, ketaqwaan serta keikhlasan Nabi Yusuf yang dapat menyelamatkannya daripada ujian tersebut.

Oleh sebab itu, kita perlu sentiasa ingat bahawa hanya dengan pertolongan Allah swt sahaja dapat menyelamatkan kita daripada maksiat.

لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ

Maksudnya, “Tidak ada daya dalam menjauhi maksiat dan tidak ada upaya menjalankan ketaatan melainkan dengan pertolongan Allah.”

Ibnu Mas’ud ra berkata,

لاَ حَوْلَ عَنْ مَعْصِيَةِ اللهِ إِلاَّ بِعِصْمَتِهِ، وَلاَ قُوَّةَ عَلَى طَاعَتِهِ إِلاَّ بِمَعُوْنَتِهِ

Maksudnya, “Tidak ada daya untuk menghindarkan diri dari maksiat selain dengan perlindungan dari Allah. Tidak ada kekuatan untuk melaksanakan ketaatan selain dengan pertolongan Allah.” (Syarah Shahih Muslim)

niqab

Imej via muslimahzone

Sungguh godaan wanita itu sangat dahsyat bagi seorang lelaki. Sekiranya kita yang berada di posisi Nabi Yusuf as, tentu kita sendiri tidak kuat untuk menghadapi godaan tersebut. Namun kita perlu sentiasa ingat bahawa maksiat itu boleh dihindarkan hanya dengan pertolongan Allah swt.

 

Artikel Menarik Lain

Bagaimana dengan artikel berkenaan Husnuzon yang dikongsikan? Anda dapat manfaat?

Jangan lupa untuk like dan share ya. Selain artikel di atas, kami juga menulis artikel lain untuk anda baca iaitu:

Rujukan:

  1. Sinar
  2. Shafiqolbu
  3. Rumaysho
  4. Al-Manhaj

Penulis: Aniuna

Penulisan sebagai medium berkongsi info dan ilmu kepada masyarakat. Semoga bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.