Apakah doa lailatul qadar yang boleh anda amalkan dalam mencari dan menjemput datangnya malam kemuliaan ini.
Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda beberapa doa lailatul qadar dan amalan pada 10 malam terakhir Ramadhan yang boleh anda amalkan.
Lailatul qadar adalah terdiri dari dua kalimah iaitu lailah dan al-Qadar. Lailah bermaksud apabila tenggelamnya matahari sehingga terbitnya fajar.
Manakala al-Qadar pula bermaksud kemuliaan atau hukum dan ketetapan. Dari segi istilah pula lailatul qadar adalah malam teragung penuh kemuliaan yang Allah SWT hadiahkan kepada umat Nabi Muhammad SAW yang hanya akan berlaku pada salah satu malam dalam bulan Ramadan.
Malam lailatul qadar ada disebutkan dalam dua surah Al-Quran iaitu pada surah al-Dukhan dan al-Qadr.
Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya kami telah turunkan al-Quran itu pada malam yang penuh keberkatan dan sesungguhnya Kami-lah yang memberi peringatan.” (Surah al-Dukhan, ayat 2)
Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya kami telah turunkan al-Quran itu pada malam kemuliaan.” (Surah al-Qadr, ayat 1)
Berdasarkan dari ayat di atas, maka jelaslah bahawa malam lailatul qadar juga dikenali sebagai malam yang penuh keberkatan.
Allah SWT juga memberikan ganjaran kebaikan yang sama nilainya dengan beramal seribu seperti mana firman Allah dalah surah al-Qadr, ayat 3 yang bermaksud:
“Malam al-Qadar itu itu lebih baik daripada seribu bulan.”
Justeru carilah lailatul qadar pada sepuluh malam yang akhir dari Ramadhan.
Berikut adalah himpunan doa lailatul qadar yang boleh dibaca dengan bantuan bahasa rumi serta terjemahannya:
اللَّـهُـمَّ إنَّكَ عَفُوٌّ تُـحِبُّ العَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي
Allahumma Innaka ‘Afuwwun Tuhibbul ‘Afwa Fa’fu ‘Annii
Maksudnya:
“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan amat suka akan keampunan, maka berikanlah keampunan kepadaku.”
Dari Aisyah RA, beliau bertanya kepada Nabi SAW:
يَا رَسُولَ اللَّهِ أَرَأَيْتَ إِنْ عَلِمْتُ أَيُّ لَيْلَةٍ لَيْلَةُ القَدْرِ مَا أَقُولُ فِيهَا؟ قَالَ: قُولِي: اللَّهُمَّ إِنَّكَ عُفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي
Maksudnya: Wahai Rasulullah, jika aku menjumpai satu malam merupakan Lailatul Qadar, apa yang harus aku ucapkan di malam itu?
Baginda menjawab: Ucapkanlah: Allahumma Innaka ‘Afuwwun Tuhibbul ‘Afwa Fa’fu ‘Annii
(HR. Ahmad 25384, At-Tirmizi 3513, Ibn Majah 3850, An-Nasai dalam Amal Al-yaum wa lailah, dan Al-Baihaqi dalam Syua’bul Iman 3426).
Menerusi hadis ini kita mendapat pengajaran bahawa sesiapa yang mendapat lailatul qadar, hendaklah dia berdoa untuk kebaikan diri sendiri, ahli keluarga serta seluruh umat Nabi Muhammad SAW.
Dahuluilah setiap doa dengan puji-pujian kepada Allah SWT, berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan memohon keampunan kepada Allah SWT.
Selain itu anda juga boleh baca doa yang lain untuk meraih keutamaan malam lailatul qadar:
1. Sayyidul Istighfar
اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لاَ إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي، فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ
Allaahumma Anta Rabbii Laa ilaaha illaa Annta Kholaq-tanii Wa Anaa ‘Abduka Wa Anaa ‘Ala ‘Ahdika Wawa’ Dika Mas-tatha’-tu Auudzu-bika Min Syarrimaa Sona’-tu Abuu-U Laka Bini’matika ‘Alayya Wa Abuu-U Bidzanmmbi, Faghfirlii Fainnahu Laa Yagh-Firudz-zunuuba Illaa Annta.
Maksudnya:
Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan kecuali Engkau, Engkau telah menciptakan aku dan aku adalah hambaMu, dan hamba pasti menuruti ketentuan-ketentuanMu, janji-janjiMu sesuai kemampuanku. Aku meminta penjagaanMu dari buruknya segala perbuatanku, aku mengakui segala nikmat yang Engkau berikan dan mengakui adanya dosa-dosa yang aku lakukan. Tidak ada yang mengampuni dosa-dosa kecuali engkau.
2. Doa memohon kebaikan di dunia dan akhirat
ِرَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّار
Maksudnya: “Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari seksa api neraka.” – (Surah al-Baqarah: 201)
3. Doa agar dipermudahkan untuk sentiasa memperbaiki ibadah
اَللَّهُمَّ أَعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ
Maksudnya: “Ya Allah, bantulah aku untuk mengingati-Mu, bersyukur kepada-Mu, dan memperbaiki ibadah kepada-Mu.” – (HR Ahmad)
4. Doa agar diterima amalan
رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا إِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ وَتُبْ عَلَيْنَآ إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمُ
Maksudnya: “Ya Tuhan kami terimalah amalan kami, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar dan Maha Mengetahui. Terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.”
5. Doa memohon kebaikan di dunia dan akhirat
ِرَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّار
Maksudnya: “Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari seksa api neraka.” – (Surah al-Baqarah: 201)
Daripada Aisyah RA, beliau berkata,
“Adalah Rasulullah SAW lebih bersungguh-sungguh (dalam beribadah) pada sepuluh hari terakhir (Ramadhan) tidak sebagaimana Baginda bersungguh-sungguh pada hari-hari lainnya.” – (Hadis Riwayat Muslim, No. 1175)
Berikut ini kami kongsikan hanyalah sekadar amalan umum yang boleh anda gandakan dalam 10 hari terakhir di bulan Ramadhan ini:
Selain dari doa lailatul qadar ini, anda juga boleh baca artikel agama kami yang lain berkenaan doa amalan seperti:
Sumber: