Hai pecinta kucing! Adakah anda pernah terfikir untuk diy wet food kucing sendiri di rumah? Ramai pemilik kucing memilih untuk memasak makanan kucing buatan sendiri sebagai alternatif kepada makanan komersial.
Dalam artikel ini, kita akan melihat resepi makanan kucing buatan sendiri dan bagaimana ia dapat memberi manfaat kepada kucing anda.
Resepi 1
Bahan-bahan yang diperlukan:
Labu (direbus)
Isi ayam (direbus)
Kuning telur mentah
Cara-cara membuatnya:
Gaulkan tiga bahan ini dan beri pada kucing 2-3 kali seminggu.
Resepi 2
Bahan-bahan yang diperlukan:
Ikan/daging/ayam (direbus) – protein
Labu rebus – mineral
Lobak rebus – vitamin
Agar-agar (optional) – untuk tesktur
Cara-cara membuatnya:
Rebus kosong tanpa garam.
Air rebusan ayam/ikan/daging jangan dibuang.
Guna ayam/ikan/daging yang fresh sebab sesetengah kucing memilih tak nak makan kalau tak fresh.
Elakkan ayam/ikan/daging/telur mentah yang tidak dimasak kerana mengandungi bakteria merbahaya kepada haiwan.
Masukkan semua bahan ke dalam mesin pengisar.
Masukkan sekali air rebusan ikan/ayam tadi dan blend halus.
Perhatikan teskturnya sama ada terlalu pekat atau cair. Boleh seimbangkan dengan menambah air rebusan atau agar-agar.
Gaul sebati.
Siap! Boleh dihidang terus atau simpan dalam bekas.
Resepi 3
Bahan-bahan yang diperlukan:
Ikan sardin 10 ekor
Lobak merah sebatang
Sayur bayam
Cara-cara membuatnya:
Potong bahagian kepala ikan sardin, rebus bersama lobak merah dan bayam sehingga lembut.
Masukkan semua ke dalam blender, dan kisar bersama air rebusan tadi.
Masukkan agar-agar ke dalam campuran ikan dan lobak merah yang baru dikisar tadi, panaskan semula untuk agar-agar sebati.
Tutupkan api, sejukkan dan boleh diasingkan ke dalam bekas untuk disimpan dalam peti sejuk.
Resepi 4
Bahan-bahan yang diperlukan:
1 cawan ikan trout yang dimasak
1 biji kuning telur masak
1 sudu besar brokoli kukus, dicincang kecil
2 sudu besar sos epal tanpa gula
Cara-cara membuatnya:
Campurkan dan masukkan semua bahan ke dalam blender lalu kisar.
Setelah halus, boleh dihidang terus atau simpan dalam bekas.
Resepi 5
Bahan-bahan yang diperlukan:
Seekor ayam 2 kg
Sebiji labu 1 kg
Agar-agar sepaket
Cara-cara membuatnya:
Rebus seekor ayam bersama-sama labu yang telah dipotong halus.
Rebus seekor ayam terus kerana boleh mengeluarkan lemak semula jadi ayam ke dalam air rebusan.
Setelah ayam mulai lembut, tutup api, angkat dan carikkan ayam tadi untuk dikisar.
Kisar bersama-sama potongan labu hingga sebati.
Masukkan adunan ayam dan labu kisar tadi ke dalam air rebusan.
Campurkan agar-agar, panaskan sekejap agar ia sebati dengan air rebusan.
Tutup air, siap untuk dihidangkan.
Simpan di dalam bekas asing-asing untuk kegunaan kemudian hari.
Resepi 6
Bahan-bahan yang diperlukan:
1 ekor ayam (bebas hormon atau antibiotik)
2 cawan beras perang
6 tangkai saderi
8 lobak merah (kulit digosok tetapi tidak dikupas)
2 atau 3 potong labu kuning (dilenyek)
2 atau 3 zucchini
1 potong brokoli kecil
segenggam kacang hijau
Cara-cara membuatnya:
Basuh ayam, kemudian rebus.
Potong sayur-sayuran menjadi kepingan kecil dan masukkan ke dalam periuk.
Masukkan beras.
Masak sehingga ayam terlerai daripada tulang dan sayur-sayuran menjadi lembut.
Asingkan ayam daripada tulang sepenuhnya. Ini sangat penting, kerana tulang ayam yang dimasak dapat pecah dan menyebabkan kerosakan usus yang serius.
Tuangkan rebusan ke dalam pengisar dan kisar atau potong hingga campuran jadi halus (mudah untuk digigit).
Bekukan dalam beg plastik bersaiz makanan dan boleh dihidang pada bila-bila masa
Resepi 7
Bahan-bahan yang diperlukan:
4 ounce tuna (boleh guna yang di dalam tin tanpa garam tambahan)
1 biji telur (rebus dan cincang)
1 sudu besar minyak canola
2 tablet bonemeal (dihancurkan, 10 biji atau setara)
1 tablet vitamin-mineral berganda
Cara-cara membuatnya:
Campurkan semua bahan dengan sebati, dan sajikan segera, atau sejukkan sedikit sebelum disajikan kepada kucing anda!
Kesimpulannya, memasak makanan kucing sendiri boleh menjadi pilihan yang baik jika anda ingin mengawal bahan yang digunakan dan mengelakkan bahan-bahan yang tidak diingini.
Walau bagaimanapun, ia memerlukan komitmen dan pengetahuan tentang nutrisi kucing. Oleh itu, adalah penting untuk mendapatkan nasihat dari doktor haiwan sebelum memulakan diet buatan sendiri.
Selain dari petua diy wet food kucing ini, anda juga boleh baca artikel fakta menarik tentang kucing seperti:
Resipi Homemade Wet Food Untuk Kucing Anda! Kucing
Kongsikan Artikel ini
Apabila kita menyebarkan kebaikkan walaupun satu ayat, kelak kebaikkan juga yang akan datang kepada kita. Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah satu usaha untuk menyebarkan kebaikkan. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.