Di Malaysia, biasanya kasut akan disusun di depan pintu masuk ke rumah memandangkan budaya orang kita ialah untuk membuka kasut sebelum masuk ke rumah. Oleh itu, di antara perkara pertama yang akan dilihat oleh para tetamu semasa datang ke rumah ialah susunan kasut para penghuni yang tinggal di rumah. Semakin ramai penghuni rumah, semakin banyak kasut yang bersusun di muka pintu.

Kebanyakan ibu-ibu memilih untuk menyusun kasut di atas rak berbanding membiarkan kasut disusun di atas lantai kerana kasut di atas rak akan kelihatan lebih kemas dan teratur. Namun ketahuilah bahawa harga rak kasut bukannya murah. Kalau anda teringin nak ada rak kasut tapi belum ada bajet untuk membeli yang baru, apa kata kalau anda buat sendiri rak kasut untuk kegunaan di rumah?

Istimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan cara buat DIY rak kasut dengan kos yang murah dan cara yang mudah. Mak-mak boleh buat sendiri tanpa perlukan bantuan suami, asalkan cukup semua bahannya boleh terus buat. Nak tahu cara DIY rak kasut? Jom kami ceritakan.

diy rak kasut

Sumber: Pinterest

1. DIY dari paip pvc

Anda kenal paip pvc? Papip pvc ialah paip air yang selalu digunakan dibawah sinki. Kalau anda tak kenal, minta saja suami tolong belikan atau pergi ke kedai hardware dan minta paip pvc. Rak kasut dengan menggunakan paip pvc ialah di antara DIY rak kasut yang paling mudah untuk anda lakukan. Bahan dan cara untuk menyediakannya adalah seperti berikut:

Bahan-bahannya:

  1. Paip PVC paling besar
  2. Paku

Cara-caranya:

  1. Potong paip PVC kepada saiz sepasang kasut.
  2. Pakukan ke dinding.
  3. Paip dipotong mengikut saiz sepasang kasut kerana cuma sepasang kasut akan disimpan ke dalam setiap slot.
  4. Semasa memasukan paip pvc ke dinding, anda boleh susun mengikut imaginasi dan kreaiviti tersendiri sama ada mahu susun memanjang atau buat corak seperti sarang lebah yang cantik.

2. DIY dari bakul

Selain menggunakan paip pvc, anda juga boleh menjadi kreatif dengan membuat rak kasut DIY dari bakul. Bahan-bahan dan cara-caranya adalah seperti berikut:

Bahan-bahannya:

  1. Anda boleh beli beberapa buah bakul yang sama saiz dan sama warna. Pastikan bakul yang dibeli boleh disusun bertingkat di atas satu sama lain.
  2. Cable tie

Cara-caranya:

  1. Susun bakul tadi mengikut ketinggian yang anda kehendaki.
  2. Kemudian ikatkan dengan cable tie dengan kemas.
  3. Potong hujung cable tie yang terkeluar.
  4. Siap.
diy rak kasut

Sumber: Impiana

3. DIY dari botol plastik

Tahukah anda bahawa anda boleh membuat rak kasut sendiri dengan menggunakan botol  air plastic bersaiz 1.5 liter. Biasanya lepas minum anda akan terus membuang botol tadi ke dalam tong sampah bukan? Lepas ni sila simpan botol air selepas habis diminum. Untuk menyediakan rak kasut dari botol air, apa yang anda perlukan lakukan ialah:

  1. Basuh botol tadi sehingga bersih dan keringkan.
  2. Buang label pembalut.
  3. Ukur panjang kasut yang akan disimpan ke dalam botol dan potong bahagian atas botol.
  4. Siap! Kalau anda rajin, boleh juga hias botol tadi dengan diwarnakan atau ditampal dengan hiasan seperti manic, reben, tali, dan sebagainya.
  5. Masukkan kasut ke dalam botol tadi dan simpan ke dalam rak kasut. Ini adalah salah satu cara untuk membuat rak kasut DIY untuk mengemaskan lagi rak kasut anda dengan cara simpanan yang kemas. Atau pun jika anda tidak mempunyai rak kasut, simpan sahaja kasut anda ke dalam botol tadi dan susun botol dengan kemas di depan pintu.

4. DIY rak kasut dengan tin milo

Anda suka minum milo? Tahukah anda bahawa anda boleh menggunakan tin milo untuk dijadikan sebagai rak kasut DIY. Apa yang anda perlukan ialah:

Bahan-bahannya:

  1. Tin milo
  2. Paku dinding

Cara-caranya:

  1. Bersihkan tin milo. Keringkan.
  2. Tandakan dinding yang ingin dilekatkan dengan tin milo tadi. Jika anda mempunyai banyak tin milo, anda boleh susun mengikut kreativiti sendiri.
  3. Setelah ditanda, pakukan tin milo ke dinding mengikut tanda yang telah dibuat. Pakukan dibahagian tengah dasar tin.
  4. Masukkan sepasang kasut ke dalam setiap tin. Pastinya rumah anda akan semakin berseri dengan DIY rak kasut yang anda sediakan ini.

5. DIY rak kasut dari kotak terpakai

Idea DIY rak kasut terakhir yang ingin kami kongsikan pada hari ini ialah dari kotak terpakai. Anda boleh gunakan mana-mana kotak dengan mana-mana saiz asalkan kotaknya keras dan tidak mudah kemek. Malah anda juga boleh gunakan semula kotak yang anda dapat semasa membeli kasut baru. Apa yang anda perlu lakukan ialah menghias kotak tadi supaya kelihatan cantik. Di antara idea hiasan yang boleh anda lakukan ialah:

  1. Membalut dengan kertas pembalut ( wrapping paper )
  2. Mengecat dengan warna air
  3. Diwarnakan dengan pensel warna atau crayon
  4. Ditampal dengan manic atau batu hiasan
  5. Ditampal dengan riben atau tali hiasan

Susun kotak yang telah dihias tadi di tepi dinding dan simpan kasut anda ke dalam kotak tersebut. Mudah sahaja, kosnya pun murah namun sangat membantu untuk membuatkan rumah anda kelihatan lebih kemas dan teratur.

diy rak kasut

Sumber: Diymalaysia

Itulah dia perkongsian tentang DIY rak kasut yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Semoga  kita semua dirahmati Allah dan dilimpahkan dengan keberkatan dan kasih sayang. Jika anda sukakan artikel ini,anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang tips tambah pendapatan dan tips dekorasi rumah

Sumber/Rujukan

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.