Di Malaysia, biasanya kasut akan disusun di depan pintu masuk ke rumah memandangkan budaya orang kita ialah untuk membuka kasut sebelum masuk ke rumah. Oleh itu, di antara perkara pertama yang akan dilihat oleh para tetamu semasa datang ke rumah ialah susunan kasut para penghuni yang tinggal di rumah. Semakin ramai penghuni rumah, semakin banyak kasut yang bersusun di muka pintu.
Kebanyakan ibu-ibu memilih untuk menyusun kasut di atas rak berbanding membiarkan kasut disusun di atas lantai kerana kasut di atas rak akan kelihatan lebih kemas dan teratur. Namun ketahuilah bahawa harga rak kasut bukannya murah. Kalau anda teringin nak ada rak kasut tapi belum ada bajet untuk membeli yang baru, apa kata kalau anda buat sendiri rak kasut untuk kegunaan di rumah?
Istimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan cara buat DIY rak kasut dengan kos yang murah dan cara yang mudah. Mak-mak boleh buat sendiri tanpa perlukan bantuan suami, asalkan cukup semua bahannya boleh terus buat. Nak tahu cara DIY rak kasut? Jom kami ceritakan.
Anda kenal paip pvc? Papip pvc ialah paip air yang selalu digunakan dibawah sinki. Kalau anda tak kenal, minta saja suami tolong belikan atau pergi ke kedai hardware dan minta paip pvc. Rak kasut dengan menggunakan paip pvc ialah di antara DIY rak kasut yang paling mudah untuk anda lakukan. Bahan dan cara untuk menyediakannya adalah seperti berikut:
Bahan-bahannya:
Cara-caranya:
Selain menggunakan paip pvc, anda juga boleh menjadi kreatif dengan membuat rak kasut DIY dari bakul. Bahan-bahan dan cara-caranya adalah seperti berikut:
Bahan-bahannya:
Cara-caranya:
Tahukah anda bahawa anda boleh membuat rak kasut sendiri dengan menggunakan botol air plastic bersaiz 1.5 liter. Biasanya lepas minum anda akan terus membuang botol tadi ke dalam tong sampah bukan? Lepas ni sila simpan botol air selepas habis diminum. Untuk menyediakan rak kasut dari botol air, apa yang anda perlukan lakukan ialah:
Anda suka minum milo? Tahukah anda bahawa anda boleh menggunakan tin milo untuk dijadikan sebagai rak kasut DIY. Apa yang anda perlukan ialah:
Bahan-bahannya:
Cara-caranya:
Idea DIY rak kasut terakhir yang ingin kami kongsikan pada hari ini ialah dari kotak terpakai. Anda boleh gunakan mana-mana kotak dengan mana-mana saiz asalkan kotaknya keras dan tidak mudah kemek. Malah anda juga boleh gunakan semula kotak yang anda dapat semasa membeli kasut baru. Apa yang anda perlu lakukan ialah menghias kotak tadi supaya kelihatan cantik. Di antara idea hiasan yang boleh anda lakukan ialah:
Susun kotak yang telah dihias tadi di tepi dinding dan simpan kasut anda ke dalam kotak tersebut. Mudah sahaja, kosnya pun murah namun sangat membantu untuk membuatkan rumah anda kelihatan lebih kemas dan teratur.
Itulah dia perkongsian tentang DIY rak kasut yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Semoga kita semua dirahmati Allah dan dilimpahkan dengan keberkatan dan kasih sayang. Jika anda sukakan artikel ini,anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang tips tambah pendapatan dan tips dekorasi rumah