Haiwan yang bernama nyamuk ini bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh. Hal ini kerana ia mampu membawa penyakit berbahaya dan mengancam nyawa. Anda selalu menggunakan perangkap nyamuk yang dibeli di kedai? Terasa mahal dan cepat habis?

Kali ini, mari kami kongsikan kepada anda 5 DIY perangkap nyamuk menggunakan barang-barang yang berada di rumah anda dan mudah untuk membuatnya. Anda juga boleh jimat kerana tidak perlu keluarkan wang yang banyak membeli barang lain lagi.

1. DIY Perangkap Nyamuk Dengan Botol

diy perangkap nyamuk
Imej via [youtube]

Barang-barang yang diperlukan adalah:

  1. Botol plastik yang berukuran 1 liter
  2. 4 senduk 50 gram gula perang
  3. Satu senduk teh ragi roti
  4. 200 ml air panas
  5. Pisau
  6. Mangkuk
  7. Pita pelekat

Cara-caranya adalah seperti berikut:

  1. Basuh botol plastik sehingga bersih dan keringkan botol tersebut.
  2. Potong botol tersebut kepada dua bahagian menggunakan pisau. Pastikan tinggi botol dipotong kira-kira sejengkal dari mulut botol.
  3. Masukkan 50 gram gula perang ke dalam mangkuk dan campurkan dengan 200 ml air. Kacaukan adunan tersebut.
  4. Masukkan adunan itu ke dalam botol kemudian campurkan satu sudu teh lagi dan kacaukan.
  5. Tutup bahagian atas botol dengan bahagian mulut botol yang dipotong secara terbalik.
  6. Lekatkan pita pelekat agar tidak tercabut.
  7. Balut botol itu dengan kain atau kertas hitam.
  8. Letakkan botol tersebut di sudut rumah anda yang mempunyai banyak nyamuk. Dalam masa 2 minggu, anda akan melihat banyak nyamuk terperangkap di dalamnya. 

2. DIY Perangkap Nyamuk Dengan Limau

diy perangkap nyamuk
Imej via [kelliskitchen]

Barang-barang yang diperlukan adalah:

  1. Piring
  2. 3 biji limau
  3. Beberapa bunga cengkih

Cara-caranya adalah seperti berikut:

  1. Hiris limau kepada 2 bahagian. Kemudian, letakkan limau di atas piring.
  2. Cucuk bunga cengkih pada limau yang dihiris itu. Letakkan piring itu di luar halaman rumah. 
  3. Nyamuk akan berkumpul pada limau itu dan tidak akan memasuki rumah anda.

Perangkap DIY cara ini amat mudah sekali kerana ia tidak memakan masa yang lama untuk anda lakukan dan bahan-bahannya juga tidak rumit. Pasti ada di dapur anda sahaja. Mudah bukan?

3. DIY Perangkap Nyamuk Dengan Pinggan

diy perangkap nyamuk
Imej via [impiana]

DIY kali ini berfungsi sebagai perangkap namun ia memerlukan sedikit usaha dan kemahuan. Jangan risau, terdapat penyelesaian yang boleh anda lakukan. Barang yang anda perlukan adalah sebuah pinggan plastik dan gam. Apa yang perlu anda lakukan adalah oleskan gam pada permukaan piring. 

Selepas itu, anda boleh menampar nyamuk dengan piring tersebut dan anda akan melihat hasilnya. Jika anda membuat aktiviti itu di persekitaran yang mempunyai banyak nyamuk, anda akan mendapat hasil yang memberangsangkan.

Anda juga boleh meletakkan sedikit sabun di pinggan tersebut. Namun, agak rumit kerana memerlukan tenaga anda untuk menampar nyamuk. Teringat ketika zaman sekolah rendah dahulu, ada seorang kawan lelaki yang mempunyai ‘buku nyamuk’ dimana dalam buku tersebut penuh dengan nyamuk, bekas nyamuk mati serta darah nyamuk.

Geli jika melihatnya walaupun itu merupakan cara pelajar tersebut menangkap nyamuk. Dengan mengambil buku dan menutup buku tersebut di tengah-tengah nyamuk yang terbang. Aduh. Itu adalah bertentangan dengan DIY nyamuk yang kami kongsikan menggunakan pinggan ini.

4. DIY Perangkap Nyamuk Dengan Air

diy perangkap nyamuk
Imej via [flickr]

DIY nyamuk ini amat mudah dilakukan. Malah ada yang sudah membuatnya tetapi tidak perasan bahawa ia sebenarnya boleh menjadi perangkap nyamuk.

Cara-caranya adalah anda isi air ke dalam baldi dan masukkan cecair detergen ataupun sabun ke dalamnya. Pada kebiasaannya nyamuk akan bertelur di dalam air yang bertakung. 

Permukaan air yang telah bercampur dengan cecair detergen akan menjadi tegang sekaligus nyamuk tidak boleh bertelur di dalamnya. Oleh itu, bukan sahaja tidak dapat bertelur malah kesan cecair detergen itu akan menenggelamkan nyamuk. 

Anda boleh letakkan bekas yang berisi air dan detergent tersebut di

5. DIY Lilin Semulajadi Penghalau Nyamuk

diy perangkap nyamuk
Imej via [pestctrl]

Lilin ini bukanlah memerangkap nyamuk sebaliknya lebih kepada bersifat menghalau nyamuk. Kebaikannya adalah ia tidak beracun seperti sesetengah produk penghalau nyamuk di pasaran, tetapi ia berkesan seolah-olah produk pasaran yang terbukti berkesan.

Barang-barang yang diperlukan:

  1. Jar kaca kecil seperti jar jem roti
  2. Minyak esensial lavender
  3. Hirisan jeruk dan kulitnya
  4. Sedikit daun thyne,rosemary dan lavender
  5. Air hangat
  6. Lilin kecil
  7. Sebatang kayu manis

Cara-caranya adalah seperti berikut:

  1. Ramas dan gaulkan daun thyne, rosemary dan lavender. Kemudian, masukkan ke dalam bekas jar kaca.
  2. Masukkan hirisan jeruk serta kulitnya, minyak esensial sekitar 15 titisan dan kayu manis.
  3. Tuang sedikit air hangat. Selepas itu, tutup jar kaca dan kocakkan. Kemudian, tunggu selama 5 minit.
  4. Akhir sekali, buka penutup dan apungkan lilin kecil di dalam jar serta nyalakannya. Letakkan di bahagian rumah anda yang banyak nyamuk.

Walaupun memerlukan beberapa bahan dan lebih banyak sedikit berbanding cara lain, namun DIY perangkap nyamuk ini dikatakan berkesan. Ramai yang berpuas hati melakukan diy gaya ini. Minta bantuan suami atau mak di rumah untuk melakukan diy perangkap nyamuk ini bersama-sama.

diy perangkap nyamuk
Imej via [nature]

Demikianlah 5 DIY perangkap nyamuk yang boleh anda cuba di rumah. Ia terbukti berkesan dan sangat mudah untuk dibuat. Dapatlah anda menjimatkan wang poket anda kerana kebanyakan barang yang diperlukan ada di rumah anda! Selamat mencuba.

Jom baca juga Diy non-toxic play dough, Diy pepper spray, Diy kad ucapan hari ibu dan Diy permainan anak.

Rujukan:

  1. youtube
  2. fivegallonideas
  3. .99.co

Penulis: zulrina

Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.