Nota Editor : Wanita adalah makhluk ciptaanNya yang berbeza daripada lelaki. Lebih-lebih lagi dari sudut kehendak emosi. Wanita mahukan lebih pujian daripada lelaki. Semoga artikel ini membantu dalam memperolehi pujian yang betul.

____________________________________________________________________

dipuji suamihealthygaylifestyles.com

Bagaimanakah caranya seorang isteri ingin mendapatkan pujian daripada suaminya yang matanya jenis “buta warna”. Kerana hanya pujian daripada orang yang disayangi sahaja yang boleh menambahkan hormon oxytocinnya (hormon keceriaannya).

Jika dia terima pujian daripada orang lain, hormon oxytocinya belum pasti keluar kerana fikirannya berputar-putar memikirkan apakah maksud pujian orang itu kepadanya jujur atau sebaliknya.

Tetapi kalau daripada orang yang dia sayang yang ada “chemistry” pasti melonjak oxytocinnya.

5 Cara Untuk Dipuji Suami

#1 Beritahu Kepadanya

Setiap kali anda beli pakaian atau asesori, tunjukkan kepada suami anda agar dia sedar perkara itu. Jangan harap suami anda tahu dengan sendiri melainkan anda sendiri beritahu kepadanya.

#2 Waktu Yang Sesuai

Jika inginkan pandangan dia mengenai pakaian baru anda itu, carilah waktu suami yang sesuai. Iatu semasa dia selesai makan dan sedang bersantai merehatkan badan di sofa kesayangannya. Waktu dia tidak sibuk dengan tugasannya.

#3 Meminta Pandangan Dan Bukannya Keputusan

Hanya meminta pandangannya bukan meminta buat keputusan serius mengenai pakaian itu. Contoh, “Abang, Yam nak minta pandangan abang je, bukan apa-apa, Yam baru beli baju ni, nak kongsi dengan Abang je”.

Jika percakapan anda menggambarkan dia perlu menyelesaikannya, dia terus stres. Dia sedar yang dirinya buta warna dan tidak pandai membuat keputusan.

#4 Soalan Berbentuk Objektif

Sila sediakan soalan objektif yang ada dua jawapan untuk dia pilih. Contoh, “Abang, sesuai tak baju baru ni jika Yam pakai ke pejabat?.” “Diantara baju merah ini dengan baju biru, yang mana abang suka?”

Jangan gunakan soalan subjektif yang memerlukan jawapan terbuka. Ini menyebabkan dia terus stres. Contoh, “Apa pandangan abang baju baru ini?”.

#5 Memberi Hadiah Kepada Dirinya

Beri kucupan di pipinya jika dia telah memenuhi kehendak emosi anda walaupun anda tahu yang dia buta warna dan mungkin dia sendiri tidak faham akan pujiannya tadi.

Selamat mencuba

Penulis: Pak Utih

Pak Utih merupakan pakar mengenai perbezaan lelaki dan wanita. Beliau banyak berkongsikan tips-tips mengenai perhubungan di blog beliau. Selain itu beliau juga sibuk dalam mengendali kursus tentang tips membina keluarga bahagia.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.